Bila Air Ketuban Akan Pecah? Ini Yang Ibu Hamil Perlu Tahu, Ada 6 Cara Nak Beza Dengan Air Kencing

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Diterbitkan pada 20/05/2020

“Macam mana nak tahu jika saya pecah air ketuban dan bukannya terkencing”, soalan yang sering diajukan oleh ibu hamil pertama kali.

Kehamilan sering hadir dengan perkara yang sukar untuk diduga.

Anda tidak tahu anda hamil, jantina bayi, perkembangan semasa, penyakit berkait dengannya dan bila masanya untuk air ketuban pecah.

Penulis pasti, senarai di atas agak pendek jika ingin menggambarkan semua persoalan yang bermain di fikiran ibu hamil.

Artikel ini akan memfokuskan kepada cara untuk mengenal pasti air ketuban pecah.

Oleh sebab kita tidak boleh meramal bila ia akan pecah, lebih baik pelajari bila masanya untuk ibu bergegas ke hospital.

Penyebab air ketuban pecah, tiada punca fizikal yang jelas

Bayangkan, anda sedang membeli belah. Sedang anda berjalan menuju ke kedai baju lain, tiba-tiba seluar/kain anda basah.

Oleh sebab pundi kencing merupakan “mainan” pertama anak ketika di dalam perut, mungkin anda sering beranggapan anda terkencing secara tidak sengaja.

Walhal, ia merupakan tanda awal si manja hendak menyelusuri keluar dari rahim.

Jadi, adakah air ketuban pecah atau dalam info kesihatan disebut kantung amniotik pecah bukan seperti air kencing?

Setelah 20 minggu kehamilan (sekitar 5 bulan), komposisi air ketuban majoritinya terdiri daripada air kencing janin.

Ya, air ketuban juga air kencing namun ia bukan air kencing ibu.

Anda mungkin berminat:

ibu hamil

Apabila sampai masanya, lapisan membran yang melindungi bayi daripada asakan fizikal akan pecah bagi membolehkan mereka keluar.

Mungkin ramai di luar sana yang ingin tahu cara untuk buat air ketuban anda pecah bagi mempercepatkan proses kelahiran berlangsung.

Sayangnya, jika dilihat pada faktor fizikal, tiada aktiviti atau tip yang berkait rapat dengan peningkatan kebarangkalian untuk ia berlaku.

Apa yang digooglekan oleh anda jika ada pun hanya bersifat pendapat dan tidak mempunyai asas sains yang kukuh.

Meskipun begitu, ibu perlu tahu ia air ketuban bagi memastikan mereka faham dan terus bergegas ke hospital. Jadi bagaimana nak tahu yang pecah itu air ketuban?

Terdapat 3 aspek yang boleh dilihat pada air ketuban untuk dibezakan dengan air kencing.

1. Jumlah air ketuban keluar tidak sama dengan air kencing

Jika anda pernah menonton siaran televisyen, terdapat babak air ketuban pecah yang digambarkan dengan kebocoran dalam kuantiti yang banyak.

Persis belon air yang dilepaskan ke tanah.

Walau bagaimanapun, apa yang anda perlu tahu, jumlah air ketuban yang keluar bergantung kepada beberapa faktor:

  1. Berapa banyak air ketuban yang memenuhi ruangan rahim anda?
  2. Lokasi bocor pada membran amniotik ibu.
  3. Kedudukan kepala bayi. Jika mereka sudah pun turun jauh ke bawah, ia boleh bertindak sebagai penyumbat. Ini bermakna, jumlah air tidak keluar dengan banyaknya.

Bagi mereka yang mengalami kebocoran berkuantiti besar, mudah untuk anda kenal pasti air ketuban.

Namun, bagi mereka yang mengalami kebocoran kecil, mungkin anda keliru dengan perkara yang berlaku.

2. Warna air ketuban yang keluar

air ketuban

Tidak banyak perkara yang boleh menjadi penyebab kepada air ketuban pecah.

Secara amnya, ia bermaksud anak anda sudah cukup matang untuk menikmati kehidupan di luar rahim.

Jika cecair yang keluar berwarna kuning, ia jelas menunjukkan anda terkencing sedikit.

Kalau warna air tersebut putih dan seakan-akan krim, ia merupakan lendir faraj yang keluar, biasanya berlaku sebelum proses kelahiran.

Bagaimana pula dengan air ketuban? Warna air ketuban lebih putih dan jernih daripada air kencing.

Namun, bagi mereka yang kencing berwarna jernih, susah untuk meneka jika ia air ketuban.

Apa yang anda perlu beri perhatian adalah jika air yang keluar berwarna kuning kehijauan. Ia mungkin daripada mekonium yang keluar bersama air ketuban.

Mekonium, secara mudahnya, adalah najis janin. Ia menandakan sistem gastrousus mereka sudah mula berfungsi.

Jika perkara ini berlaku, anda perlu bergegas ke hospital dan beritahu pada kakitangan kesihatan anda.

3. Bezakannya melalui bau, ibu hamil tentu tahu bau air kencing kan?

Berbeza dengan air kencing yang berbau hancing, air ketuban tidak berbau dan jika ada pun, ia berlainan daripada bau air kencing.

Perkara ini disebabkan oleh aktiviti bakteria yang berlainan pada sistem yang dilalui oleh kedua-dua cecair tersebut.

Jika anda masih tidak pasti melalui 3 aspek di atas, boleh cuba 3 perkara berikut:

  1. Buat senaman kegel untuk cuba menahan air kencing keluar. Jika cecair tersebut masih keluar tatkala anda berkegel, ia boleh jadi air ketuban.
  2. Pakai seluar dalam baharu, pakai sekali dengan pad dan baring untuk 30 minit. Setelah selesai, cuba berdiri. Jika anda berasa ada kumpulan air yang keluar semasa berdiri, ia boleh jadi air ketuban.
  3. Air kencing biasanya keluar secara berkala. Jika anda rasa cecair yang mengalir berlaku secara berterusan, ia mungkin air ketuban.

Konklusi

Soal air ketuban pecah tidak boleh dipandang ringan.

Jika berlaku tanda tanda mekonium (seperti yang diperjelaskan), ia perlu diuruskan dengan segera.

Kalau terlambat, bayi anda boleh mengalami masalah sukar bernafas.

Pun begitu, penyebab air ketuban pecah adalah anda hampir bergelar seorang ibu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

Ada kepercayaan yang mengatakan kehamilan masih boleh berlaku tanpa kemasukan zakar ke dalam faraj semasa hubungan suami isteri. Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Kandungan Kali Ini Teringin Nak Anak Lelaki, Boleh Ke Ibu Bapa Pilih Jantina Bayi?

Tidak dinafikan, ada ibu bapa yang mahu pilih jantina anak yang dikandungkan. Persoalannya, adakah perkara ini boleh dilakukan? Klik untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Macam Mana Rasanya Sakit Kontraksi? Bakal Ibu Perlu Peka Sebelum Dekat Tarikh Bersalin

Terdapat pelbagai jenis kontraksi yang boleh dirasai oleh ibu hamil. Bagi mereka yang baru pertama kali hamil, pasti anda tertanya-tanya, sakit ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Bahaya Sampai Boleh Ragut Nyawa, Ini Sebab Ibu Hamil Perlu Kenal Tanda Awal Praeklampsia

Praeklampsia atau preeklampsia adalah satu keadaan komplikasi yang melanda ibu hamil. Kenal tanda awal supaya boleh mencegahnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Artikel lain untuk anda

sindrom carpal tunnel semasa hamil

Kebas Jari Dan Tangan, Ini Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/06/2020
waktu-pagi-masa-sesuai-buat-ujian-kehamilan

Nak Buat Ujian Kehamilan Pun Ada Masanya, Tapi Waktu Bila Lebih Sesuai? Pagi, Petang @ Malam?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 03/06/2020
kondom bocor

Isteri Hamil Juga Walau Beraksi Gunakan KONDOM? Ini 7 Sebab Ia Mungkin ‘Bocor’!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/06/2020
hamil

Tak Perlu Guna Kalkulator, Ini Cara Mudah Nak Kira Waktu Subur Selepas Period

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 29/05/2020