backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Normal Ke Kalau Perut Kembung Ketika Haid? Cuba 7 Cara Atasinya Ini Di Rumah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/07/2021

    Normal Ke Kalau Perut Kembung Ketika Haid? Cuba 7 Cara Atasinya Ini Di Rumah!

    Masalah perut kembung ketika haid ataupun lebih dikenali sebagai senggugut adalah simptom awal haid yang sering dilalui oleh kebanyakan wanita. Terdapat juga individu yang tidak berdepan langsung dengan masalah seperti ini.

    Masalah ini biasanya berlaku sebelum serta pada permulaan tempoh haid dan akan hilang sebaik sahaja anda haid selepas beberapa hari.

    Namun, diakui, masalah perut kembung ketika haid ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa dan adakalanya menjejaskan keyakinan diri. Individu yang mengalami masalah kembung perut mungkin akan merasa seperti mengalami kenaikan berat badan dan sebagainya.

    Apa itu perut kembung ketika haid?

    Ia  merupakan salah satu daripada beberapa simptom sindrom pramenstruasi (PMS) yang boleh berlaku dalam tempoh satu atau dua minggu sebelum haid.

    Perut kembung ketika haid ataupun senggugut adalah satu keadaan yang berlaku sebelum dan pada permulaan tempoh haid apabila seorang individu wanita merasa perutnya berat dan membengkak.

    Simptom PMS lain adalah termasuk:

    • Perubahan emosi
    • Keletihan
    • Kekejangan
    • Jerawat
    • Mengidam makanan
    • Payudara membengkak
    • Sakit kepala
    • Sakit belakang

    perut kembung ketika haid

    Punca yang menyebabkan berlaku perut kembung ketika hadi?

    Masalah kembung ini boleh disebabkan oleh perubahan tahap hormon progesteron dan estrogen yang berlaku sebelum dan semasa kedatangan haid.

    Kebiasaanya, seminggu sebelum haid bermula, tahap progesteron menurun. Kekurangan ini akan menyebabkan rahim mengeluarkan lapisannya, yang menyebabkan pendarahan haid.

    Selain mengakibatkan pendarahan haid, perubahan paras progesteron dan estrogen menyebabkan tubuh mengekalkan lebih banyak air dan garam. Ini sekali gus membuatkan sel-sel tubuh menjadi bengkak dengan air, menimbulkan rasa kembung itu.

    Cara mengatasinya senggugut ketika haid, hanya di rumah sahaja!

    Perubahan gaya hidup dan diet pemakanan boleh membantu untuk mengurangkan dan melegakan kesakitan senggugut ketika haid yang dihadapi. Antara tip yang boleh diamalkan adalah:

    1. Hindari makanan masin

    Kandungan natrium di dalam garam berfungsi meningkatkan jumlah air yang disimpan tubuh seseorang individu. Elakkan makanan masin dapat mengurangkan pengekalan air dan membantu mengelakkan masalah kembung.

    1. Tinggi kalium

    Perbanyakan memakan makanan yang tinggi dengan kandungan kalium kerana ia dapat mengurang masalah kembung ketika haid. Kalium dikatakan dapat mengurangkan paras natrium dan meningkatkan pengeluaran air kencing.

    Antara makanan yang kaya dengan kalium adalah:

    • Sayuran berdaun gelap seperti bayam
    • Keledek
    • Pisang
    • Avokado
    • Tomato
    1. Bahan diuretik

    Ia merupakan sejenis bahan yang menggalakkan pengeluaran air kencing. Penghasilan air kencing yang lebih banyak membantu tubuh menyingkirkan air dan mengurangkan pengekalan.

    Diuretik dapat membantu melegakan masalah kembung. Terdapat banyak pilihan makanan semula jadi yang bersifat diuretik. Antara makanan yang boleh di cuba untuk mengatasi masalah kembung ini ialah:

    • Asparagus
    • Nenas
    • Pic
    • Timun
    • Halia
    • Bawang putih

    Diuretik juga boleh didapati dalam bentuk pil. Seorang doktor boleh memberikan preskripsi ubat ini jika masalah kembung ini menjadi lebih teruk. Sebaiknya dapatkan nasihat dan rundingan daripada doktor terlebih dahulu.

    1. Minum air

    Walaupun ia tidak dapat dibuktikan secara saintifik, namun, ada yang mempercayai minum air dengan banyak dapat meningkatkan fungsi buah pinggang dan meningkatkan penghidratan. Jadi tidak salah rasa untuk mencubanya. Sebaiknya banyakkan pengambilan air kosong dan bukan air manis mahupun air karbonat, okay?

  • Alkohol dan kafein
  • Hindari pengambilan alkohol dan kafein kerana dipercayai kedua bahan ini menyumbang kepada masalah kembung dan simptom PMS yang lain.

    Jika anda mengalami kesukaran untuk melangkau meminum kopi pada waktu pagi, cuba untuk menggantikannya dengan minuman yang kurang berkafein seperti teh, atau kopi yang kurang kafein.

    Manakala jika anda sukar untuk terus menghentikan pengambilan alkohol, kurangkan jumlahnya. Sekurang-kurangnya elakkan pengambambilannya ketika menghampiri tempoh kedatangan haid.

    1. Elakkan karbohidrat diproses

    Contoh karbohidrat yang diproses adalah seperti tepung putih, gula yang boleh menyebabkan peningkatan tahap gula dalam darah, sekali gus mengakibatkan buah pinggang menyimpan lebih banyak natrium.

    senggugut

    1. Bersenam

    Melakukan senaman secara teratur dapat membantu mengatasi simptom PMS. Oleh kerana kembung merupakan antara salah satu simptom yang berlaku kerana PMS, maka bersenam dapat mengurangkan dan melegakan masalah ini.

    Melakukan perubahan pada gaya hidup dan pengambilan diet pemakanan anda boleh membantu memperbaiki masalah perut kembung ini. Jika tip di atas tidak membantu dan masalah kembung mengganggu kehidupan seharian anda, anda digalakkan untuk berjumpa dan mendapat rawatan serta nasihat doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan