Patutkah Keluarga Anda Mengambil Vaksin Influenza?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 4 mins read

Jika anda mempunyai rakan atau ada dalam kalangan anda yang telah dijangkiti dengan virus influenza, pasti anda tertanya-tanya akan keperluan mengambil vaksin. Vaksin influenza telah mendapat permintaan yang tinggi sejak akhir tahun 2019.

Kebanyakan orang awam mengambil vaksin tersebut daripada fasiliti swasta memandangkan stok yang ada di hospital kerajaan terhad dan dikhususkan kepada golongan tertentu sahaja. Artikel ini akan membicarakan berkenaan dengan keperluan anda sekeluarga untuk mengambil vaksin. Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Perlu ke ambil vaksin influenza

Vaksin influenza adalah alternatif selamat jika anda ingin melindungi diri anda daripada jangkitan influenza. Mereka yang mempunyai sistem pertahanan yang normal kebiasaannya boleh sembuh dalam masa seminggu dua. 

Namun bagi golongan berisiko seperti orang tua, kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun dan mereka yang mempunyai masalah dengan sistem imun, mereka mudah untuk mendapat komplikasi yang teruk akibat daripada jangkitan tersebut.

Oleh itu mereka yang terbabit, digalakkan untuk mengambil vaksin influenza. Bagaimana pula dengan ahli keluarga yang lain? Adakah mereka yang tidak mempunyai sebarang penyakit berkaitan sistem imun tidak perlu mengambil vaksin?

Semua individu digalakkan untuk mengambil vaksin. Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) menyarankan semua  individu yang berusia 6 bulan dan ke atas perlu mendapatkan vaksin influenza setiap tahun berikutan virus tersebut mudah untuk mengalami mutasi.

Mereka yang berusia 6 bulan sehingga 8 tahun memerlukan 2 dos vaksin manakala individu yang berusia 9 tahun dan ke atas memerlukan satu dos suntikan vaksin setahun. Walaupun vaksin yang diberikan tidak memberikan perlindungan kepada semua jenis strain namun ia masih berkesan dalam menghindarkan jangkitan influenza daripada berlaku.

Mekanisme vaksin influenza

Vaksin influenza berupaya untuk menghasilkan antibodi bagi strain virus tertentu untuk mengelakkan jangkitan influenza. Kandungannya berubah setiap tahun mengikut kepada kajian terbaharu mengenai strain paling lazim dijumpai. 

Penghasilan antibodi akan memakan masa selama 2 minggu selepas anda mengambil suntikan vaksin. Ia digunakan bagi merangsang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus influenza. 

Maklumat berkenaan strain influenza tersebut akan disimpan dalam ingatan sel darah putih. Jika virus yang sama memasuki tubuh badan individu, ia akan menghasilkan antibodi pada kadar yang cepat untuk melawan virus tersebut. 

Individu tersebut dianggap imun terhadap jangkitan virus influenza memandangkan sistem pertahanan badan sudah mempunyai “senjata” untuk membasmi kemasukannya ke dalam tubuh badan.

Selamat ke vaksin influenza?

vaksin influenza

Seperti produk vaksin yang lain, vaksin influenza telah melalui pelbagai jenis kajian dan ujian klinikal bagi memastikan keberkesanan dan keselamatannya. Ada ura-ura yang mengatakan bahawa vaksin ini akan menyebabkan terjadinya masalah selesema sebagai kesan sampingan. Namun menurut CDC, tiada bukti klinikal yang menunjukkan bahawa vaksin ini akan menyebabkan permasalahan tersebut.

Jika ingin dibandingkan kesan sampingan vaksin influenza dengan komplikasi yang berisiko dialami oleh individu, ia tidaklah seserius mana. Perkara yang perlu anda ingat adalah virus influenza kerap mengalami mutasi dan ia berpotensi untuk menyebabkan komplikasi yang serius.

“Kalau saya alergi dengan telur, bolehkah saya mengambil vaksin influenza?”.

Menurut CDC, vaksin influenza masih boleh diberikan jika pengambilan telur hanya menyebabkan anda mengalami hives (gegata). Namun, jika anda risau atau khuatir dengan risiko terhadap kesan alergi tersebut, rujuk doktor anda untuk mendapatkan khidmat nasihat perubatan.

Dengan kata lain, jika anda alergi dengan telur, keputusan untuk membenarkan atau melarang pengambilan vaksin adalah bersifat klinikal. Tanpa pemeriksaan yang teliti oleh doktor, tiada keputusan boleh dibuat memandangkan risiko kesan sampingan berbeza pada setiap individu.

Namun, jika anda mempunyai sejarah komplikasi teruk akibat mengambil vaksin yang berasaskan telur, maka ia merupakan kontraindikasi (keadaan yang menandakan ketidaksesuaian suatu bentuk rawatan) kepada pengambilan vaksin. Apa yang anda boleh buat adalah menggalakkan pengambilan vaksin oleh individu yang berada dalam lingkungan sosial anda.

Jika mereka terlindung daripada jangkitan influenza, maka anda turut terlindung. Perkara ini memberi penekanan terhadap pengambilan vaksin oleh ahli keluarga anda terutamanya mereka yang berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi influenza.

Vaksin untuk bayi berusia 6 bulan ke bawah?

Jika anda sedar, CDC menyarankan had usia minimum bagi menerima vaksin iaitu pada usia 6 bulan. Anda mesti tertanya-tanya kan? Bagaimana pula dengan mereka yang berusia 6 bulan dan ke bawah? Adakah mereka tidak berisiko untuk mendapat jangkitan influenza?

Tidak banyak kajian yang dijalankan bagi menyiasat kesan vaksin influenza dari konteks fisiologi dan kesan negatif terhadap kanak-kanak yang berusia 6 bulan ke bawah. Buat masa sekarang, masih tiada lagi bukti yang menunjukkan bahawa pemberian vaksin kepada golongan tersebut dapat memberikan kebaikan imunologi untuk melawan virus influenza.

Kanak-kanak yang berusia 6 bulan ke bawah mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami komplikasi serius jangkitan influenza. Terutama sekali jika anak tersebut dilahirkan oleh ibu yang tidak pernah terdedah kepada virus influenza. Walau bagaimanapun, jumlah kajian yang membuktikan mengenai hal ini sangatlah sedikit.

Tanpa dapatan kajian yang cukup berkaitan dengan keberkesanan vaksin dalam menghindarkan jangkitan virus influenza, pemberiannya terhadap golongan kanak-kanak berusia 6 bulan ke bawah dianggap tidak beretika. Walaupun ada negara yang membenarkan pemberian vaksin kepada bayi yang berusia 2 bulan dan ke atas, polisi pemberian vaksin seharusnya berteraskan dapatan kajian klinikal.

Pada tahun 2005, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan pemberian vaksin kepada ibu mengandung. Kajian pada tahun 2009 telah menunjukkan bahawa penggunaan vaksin tersebut kepada ibu mengandung bukan sahaja selamat, malah ia boleh menghindarkan bayi daripada jangkitan influenza sehingga mereka berusia 6 bulan.

Walau bagaimanapun, menurut CDC, penggunaan vaksin influenza terhadap ibu mengandung masih lagi tidak mencapai tahap yang memberangsangkan. 

Konklusi

Jika anda masih belum mendapatkan suntikan vaksin influenza, dapatkannya daripada klinik swasta terdekat. Ajak rakan dan keluarga anda untuk sama-sama mendapatkan vaksinasi bagi melindungi kelompok sosial anda daripada jangkitan virus influenza.

Harga vaksin influenza kebiasaannya antara RM50 sehingga RM100. Ura-ura yang mengatakan bahawa harga vaksin naik sehingga mencecah RM150 kerana bekalan vaksin tidak mencukupi sudah disangkal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tamiflu: Ubat Terkawal Untuk Influenza Yang Dijual Secara Terbuka, Tak Semua Boleh Ambilnya!

    Runsing bila stok vaksin berkurang dan ada yang memilih untuk mengambil ubat antiviral seperti Tamiflu. Tetapi adakah pengambilan ubat terkawal itu bagus?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Pusat Kesihatan, Selesema/Flu 20/01/2020 . 5 mins read

    Vaksin Influenza Di Premis KKM Bukan Untuk Orang Awam

    Vaksin influenza di KKM hanya untuk golongan berisiko. Baca artikel ini untuk tahu berkenaan perkara tersebut dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Berita, Berita Tempatan 17/01/2020 . 4 mins read

    Jangkitan Virus Selesema Mudah Merebak, Lindungi Diri Anda Dengan 4 Benda WAJIB Ini Mulai Sekarang!

    Artikel ini akan menyenaraikan beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengelakkan diri anda daripada dijangkiti virus selesema. Teruskan membaca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 08/01/2020 . 4 mins read

    Tular Kes H1N1 Di Pusat Beli Belah

    Anda mesti tertanya-tanya, apa H1N1 ni? Kenapa namanya H1N1? Apa yang menyebabkan jangkitan tersebut? Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Berita, Berita Tempatan 02/01/2020 . 4 mins read

    Artikel lain untuk anda

    kepentingan vaksin

    8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/04/2020 . 4 mins read
    jangkitan hantavirus

    Belum Habis COVID-19, Kini Muncul Pula Hantavirus! Ini 8 Cara Elak Jangkitan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/04/2020 . 3 mins read

    Cegah Penularan COVID-19, Sarawak Buka Klinik Khas Rawat Penyakit Pernafasan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/03/2020 . 2 mins read
    virus corona di Malaysia

    Wabak Berbahaya Virus Corona Ini SUDAH Masuk Malaysia, Jaga-Jaga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/01/2020 . 4 mins read