Pastikan anda memilih produk yang sesuai. Jika kulit anda berminyak, pelembap berasaskan air atau pelembap bebas minyak tidak akan menyekat liang, dan boleh digunakan oleh orang yang mempunyai jerawat atau kulit berminyak. Selain itu, elakkan juga krim berat.
Masa terbaik untuk menyapu pelembap adalah selepas mencuci muka anda dengan menggunakan pencuci muka untuk kulit berminyak. Pada masa itu liang pori anda masih dibuka, sekali gus pelembap akan meresap jauh ke dalam kulit anda. Sapuan ketika kulit masih dalam lembap selepas membilas juga berkesan untuk mengelakkan kelembapan secara berlebihan.
6. Melindungi kulit daripada kerosakan matahari
Kini, banyak penjagaan kulit dan solekan juga mengandungi pelindung matahari di dalamnya. Walau bagaimanapun, untuk iklim panas yang terik, jumlah pelindung matahari mungkin tidak mencukupi.
Menggunakan pelindung matahari yang berasingan adalah lebih baik. Perlindungan matahari adalah sangat penting untuk mencegah penyakit kulit seperti kanser kulit. Cari pelindung matahari yang berfungsi terhadap kedua-dua sinaran UVA dan UVB dengan SPF sekurang-kurangnya 30.
Anda juga boleh mengambil beberapa langkah lanjut dengan memakai pakaian perlindungan UV dan mengelakkan cahaya matahari langsung dari 10 pagi hingga 4 petang.
7. Jadilah bijak dalam memilih produk solekan
Sewaktu memilih barangan solekan, gel, cecair dan berasaskan serbuk adalah pilihan yang baik. Di samping itu, pilih berasaskan air, bukan berasaskan minyak. Jenis krim boleh menutup liang roma.
Jika anda perlu memakai alat solek, pilih produk yang dilabelkan berasaskan minyak “non-acnegenic” atau “non-comedogenic”. Ini bagi mengurangkan kemungkinan untuk menyebabkan liang tersumbat dan jerawat di muka anda. Adalah penting untuk memastikan bahawa anda mengganti produk anda selepas tarikh tamat tempohnya.
8. Lakukan penjagaan mingguan
Pengelupasan (exfoliate) berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati. Ingat untuk tidak menggunakan pengelupasan terlalu kerap kerana ia boleh memusnahkan lapisan perlindungan kulit dan menjadikannya lemah.
Lakukan pengelupasan kulit anda sekali seminggu untuk menghilangkan kotoran dan minyak terkumpul di liang roma. Selain itu, jangan peras atau picit jerawat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen