Disebabkan saiznya yang kecil, kanak-kanak adalah lebih sensitif terhadap keracunan alkohol berbanding orang dewasa. Mereka mungkin terhantuk, kelihatan mengantuk atau muntah. Alkohol juga boleh menyebabkan tahap gula di dalam darah menurun dengan mendadak membawa kepada sawan dan koma.
Bagaimanakah orang dewasa boleh mencegah keracunan pembersih tangan?
Pembersih tangan selalunya terdapat di dalam senarai barang bekalan sekolah. Kebanyakan orang dewasa tidak mengetahui bahawa pembersih tangan mengandungi alkohol yang banyak atau jenis alkohol yang boleh membawa kepada keracunan. Walaupun membasuh tangan dengan sabun dan air adalah digalakkan, adalah dipercayai membasuh tangan dengan pembersih tangan yang mengandungi alkohol adalah pilihan terbaik untuk menjaga kebersihan tangan. Sekiranya anda ingin membeli pembersih tangan kepada anak anda, ia mungkin lebih baik untuk menggunakan jenama yang tidak mengandungi alkohol atau hanya memberikan pengelap tangan sahaja.
Pastikan kanak-kanak menggunakan pembersih tangan ini dengan betul di bawah pengawasan orang dewasa. Ini boleh membantu mencegah sebarang masalah. Untuk menggunakan pembersih tangan dengan betul, gunakan satu atau dua pancut atau pam. Gosokkan kedua-dua tangan dengan pantas, di depan dan belakang, di celah jari, sekitarnya dan di bawah kuku sehingga tangan kering. Orang dewasa haruslah meletakkan pembersih tangan di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai kanak-kanak. Pengawasan ibu bapa atau guru adalah penting semasa menggunakan produk pembersih tangan, terutamanya kepada kanak-kanak yang lebih besar yang berkemungkinan menyalahgunakan produk ini sepanjang sesi persekolahan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen