Pembengkakan Kelenjar Limfa

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu Pembengkakan Kelenjar Limfa?

Kelenjar limfa, nodus limfa atau kadangkala dikenali dengan nama kelenjar getah bening adalah rangkaian tisu yang kecil, bulat dan meluas di seluruh badan anda. Mereka adalah sebahagian daripada sistem imun anda – lebih khusus sistem limfa – yang diperlukan untuk memerangi jangkitan dan penyakit. Nodus limfa bengkak menandakan jangkitan.

Apakah kebarangkalian Pembengkakan Kelenjar Limfa?

Masalah kesihatan ini agak biasa. Ia boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Walau bagaimanapun, wanita didapati lebih mudah terdedah kepada keadaan kesihatan ini.

Lokasi nodus limfa adalah bertaburan di seluruh badan. Mereka boleh ditemui di bawah kulit di banyak tempat termasuk:

  • dalam ketiak
  • di bawah rahang
  • mana-mana sisi leher
  • mana-mana bahagian pangkal paha
  • di atas tulang selangka

Masalah ini boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Pembengkakan Kelenjar Limfa?

Simptom umum bagi keadaan ini adalah:

  • Kesakitan daripada menekan pada nodus limfa
  • Kelenjar limfa membengkak dengan besar
  • Batuk
  • Keletihan
  • Hidung berair
  • Rasa sejuk dan berpeluh
  • Sakit tekak
  • Demam
  • Kulit yang merah, hangat, dan bengkak

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor jika anda mendapati yang berikut:

  • Kelenjar yang membengkak semakin membesar/merebak pada tempoh yang lama
  • Kelenjar yang membengkak kerana jangkitan menjadi keras atau kenyal
  • Demam berterusan, berpeluh pada malam hari atau penurunan berat badan
  • Sakit kerongkong atau mengalami kesukaran menelan atau bernafas

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Pembengkakan Kelenjar Limfa?

  • Jangkitan telinga
  • Jangkitan virus
  • Jangkitan bakteria
  • Jangkitan HIV / AIDS
  • Jangkitan gigi
  • Mononukleosis (mono)
  • Jangkitan kulit
  • Jangkitan strep pada tekak
  • Gangguan sistem imun
  • Kanser
  • Penyakit keradangan

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Pembengkakan Kelenjar Limfa?

Terdapat banyak faktor risiko untuk pembengkakan kelenjar limfa, seperti:

  • Berumur lebih dari 65 tahun
  • HIV / AIDS
  • Pengambilan alkohol
  • Diabetes

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Pembengkakan Kelenjar Limfa didiagnosis?

Untuk menentukan punca pembengkakan kelenjar limfa anda, doktor anda mungkin perlu:

  • Semak riwayat perubatan anda
  • Menjalankan pemeriksaan fizikal
  • Mengendalikan ujian darah
  • Ambil imbasan X-ray atau CT
  • Mengendalikan biopsi pada nodus limfa

Bagaimana pesakit Pembengkakan Kelenjar Limfa dirawat?

  • Antibiotik atau ubat antivirus: ini adalah rawatan yang paling biasa untuk kelenjar bengkak yang disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus.
  • Merawat penyebab utama: Kadang-kadang, kelenjar yang bengkak adalah hasil daripada keadaan kesihatan yang negatif, seperti lupus atau artritis reumatoid. Merawat masalah-masalah kesihatan ini akan menyembuhkan kelenjar anda.

Rawatan kanser: rawatan ini digunakan untuk kelenjar bengkak yang disebabkan oleh kanser. Jenis-jenis kanser akan menentukan rawatan yang boleh melibatkan pembedahan, penyinaran (radiasi) atau kemoterapi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Pembengkakan Kelenjar Limfa?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda dalam mengatasi masalah kesihatan ini:

  • Mengambil ubat penahan sakit belian kaunter seperti Tylenol atau ubat anti-radang bukan steroid seperti Advil, Motrin, atau Aleve.
  • Menghindari memberikan aspirin kepada kanak-kanak kerana risiko untuk sindrom Reye.
  • Menggunakan kain lap yang hangat dan basah ke kawasan tersebut.
  • Banyak berehat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan