Jangkitan Virus Selesema Mudah Merebak, Lindungi Diri Anda Dengan 4 Benda WAJIB Ini Mulai Sekarang!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 30/06/2020 . 4 minit bacaan

Virus selesema mudah merebak kepada individu lain melalui batuk, bersin dan sentuhan langsung. Fakta tersebut membuatkan ia kelihatan menakutkan.

Namun, pada tahun 2010, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengumumkan bahawa H1N1 tidak lagi mengancam nyawa penduduk seperti apa yang kita jangkakan. Gejala yang dialami oleh individu yang dijangkiti menyerupai selesema biasa sahaja. 

Namun, itu tidak bermakna kita boleh goyang kaki dan mengabaikan langkah-langkah untuk mengelakkannya daripada tersebar. Artikel ini akan menyenaraikan beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengelakkan diri anda daripada dijangkiti. Teruskan membaca.

Jangan gunakan hand sanitiser. Gunakan air suam

Salah satu etika ketika bersin atau batuk adalah untuk menutup mulut. Secara amnya, kebanyakan individu menggunakan tangan bagi menutup mulut. Ini berikutan bukan semua individu mempunyai kain sapu tangan yang tersimpan di dalam kocek.

Tatkala seseorang itu menutup mulut ketika bersin, virus yang menyebabkan selesema seperti Influenza akan terdeposit pada kulit. Jika anda tidak bersentuhan dengan sesiapa dalam tempoh 10 hingga 15 minit, virus tersebut akan mati.

Namun, jika ia berjaya dipindahkan kepada permukaan barang seperti ketika anda memulas tombol pintu, virus tersebut boleh hidup selama 24 jam. Ini bermakna, amat penting untuk seseorang itu membersihkan tangan seusai bersin atau batuk.

Walaupun hand sanitiser kelihatan seperti cecair yang berkesan dalam membunuh kuman selesema, namun pakar menyarankan anda untuk menggunakan air dan sabun. Ini disebabkan oleh keberkesanan alkohol yang terkandung dalam hand sanitiser berkurangan kerana lendiran hingus yang turut ada pada permukaan tangan anda.

Perkara ini telah dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Hirose et al pada tahun 2019. Melalui kajian tersebut, kebarangkalian untuk virus selesema tersebar apabila menggunakan hand sanitiser adalah lebih tinggi berbanding dengan penggunaan air suam dan sabun.

Secara amnya, gel hand sanitiser mengambil masa lebih daripada 4 minit untuk membasmi virus selesema dengan kehadiran lendiran hidung. Ia jauh lebih lama berbanding dengan air suam dan sabun yang hanya memerlukan 30 saat untuk membasmi virus tersebut.

Jadi, jika anda bersin atau batuk, tutup mulut anda menggunakan tangan. Jangan sentuh sesiapa atau apa-apa di persekitaran dalam tempoh 20 minit. Jika anda perlu berbuat demikian, basuh tangan anda menggunakan sabun dan air suam.

Bergerak pergi kira-kira 6 kaki daripada individu yang bersin

Menurut seorang Professor daripada Universiti Oxford, anda perlu bergerak sejauh 2 meter daripada individu yang bersin. Ini bertujuan untuk merendahkan risiko jangkitan virus selesema. Ingat, partikel virus tersebut boleh hidup di dalam udara (airborne) selama beberapa jam. Semakin rendah suhu persekitaran, semakin lama ia akan kekal berlegar-legar dari satu individu ke individu yang lain.

Ketika seseorang individu itu bersin, cuba hembus keluar udara menggunakan hidung selama 10 saat. Sambil-sambil itu, kekalkan jarak 2 meter di antara anda dan individu tersebut.

Walaupun teknik ini berkesan, namun pertimbangkan juga situasi sosial anda dan individu yang bersin.

Jika anda berdua sedang bersembang, jangan pula anda terus bergerak pergi daripada lokasi tersebut tanpa sebarang penjelasan. Terangkan kepadanya mengapa anda perlu berdiri pada jarak sekurang-kurangnya dua meter. Anda juga boleh galakkan mereka untuk memakai topeng muka. Ia boleh merendahkan kebarangkalian untuk individu lain dijangkiti oleh virus selesema. 

Jika salah seorang daripada ahli keluarga anda mendapat jangkitan tersebut, galakkan mereka untuk berehat di dalam bilik. Situasi sosial perlu dielakkan dalam tempoh 2 ke 3 hari dan mereka hanya dibenarkan untuk keluar dari bilik untuk ke tandas.

Begitu juga dalam konteks hubungan suami isteri. Jika suami dijangkiti dengan virus selesema, isteri digalakkan untuk tidur di bilik yang berlainan. Jika anda tidak mengendahkannya dan tidur bersama dengan mereka yang selesema, kebarangkalian anda untuk dijangkiti tinggi. Bantal, cadar dan tilam kebiasaannya menjadi sarang buat virus tersebut.

Tidur pada awal waktu dan sekurang-kurangnya 7 jam

Secara amnya, tidur penting bagi mengekalkan kesihatan individu pada tahap optimum. Malahan, ketika anda sedang mengalami jangkitan selesema, kebiasaannya anda akan digalakkan untuk tidur

Kajian yang dijalankan oleh Daniel et al pada tahun 2017 menunjukkan bahawa mereka yang mengalami masalah insomnia mempunyai ketahanan imuniti yang rendah berbanding dengan individu yang cukup tidur. 

Kajian tersebut mempunyai dapatan yang sama dengan kajian pada tahun 2019 berkaitan dengan keberkesanan vaksin selesema dalam kalangan mereka yang cukup tidur. Ia memberikan keupayaan dua kali ganda kepada antibodi berbanding dengan mereka yang tidak cukup tidur untuk melawan virus.

Ini bermakna, bukan sahaja anda boleh cepat sembuh jika anda mendapatkan tidur yang cukup malahan kebarangkalian anda untuk mendapat jangkitan tersebut rendah. Menurut Professor Openshaw, seorang pensyarah daripada Kolej Imperial London, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa sistem imun badan boleh dipengaruhi dengan tidur anda.

Jika anda mendapatkan tidur yang cukup, anda mempunyai sistem imun yang kuat.

Elakkan daripada berkongsi peralatan peribadi

Menurut Professor Openshaw, adalah lebih baik jika anda membawa perkakasan seperti pen, kalkulator dan sebagainya ke tempat kerja. Elakkan daripada menggunakan peralatan individu lain memandangkan risiko untuk mendapat jangkitan tinggi jika tuan empunya barang mempunyai virus selesema.

Gunakan telefon bimbit anda sendiri, pastikan anda membawa lebih daripada satu pen dan elakkan daripada meminjam peralatan mereka yang sedang sakit. Seperti yang disebutkan, apabila virus selesema dipindahkan pada permukaan barangan, ia boleh hidup sekurang-kurangnya 24 jam. 

Ini bermakna peralatan seperti telefon pejabat, mesin air dan tombol pintu boleh menjadi sumber utama dalam proses penyebaran penyakit. Jangan lupa untuk basuh tangan anda secara kerap sebelum makan atau menyentuh muka.

Konklusi

Walaupun jangkitan selesema tidak serius bagi individu yang mempunyai sistem ketahanan tubuh yang normal, namun ia boleh mempengaruhi produktiviti.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik atau jangkitan kronik seperti HIV, jangkitan selesema tersebut boleh menyebabkan keadaan kesihatan yang lebih serius.

Jika anda mengalami gejala jangkitan selesema, dapatkan rawatan kesihatan daripada klinik atau hospital dan berehatlah di rumah. Jika anda khuatir akan impak jangkitan selesema terhadap kualiti hidup anda, dapatkan vaksin influenza daripada klinik swasta berdekatan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Cendawan Mekah Jadi Buruan, Tapi Usah Pandang Ringan Akan Mudaratnya!

    Anda mungkin pernah mendengar mengenai khasiat kombucha atau teh cendawan Mekah ini. Tetapi adakah anda tahu, teh kombucha juga mempunyai mudaratnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 08/04/2020 . 3 minit bacaan

    Cuci Sayur Guna Sabun? Ini Mengarut! Bukan Saja Tak Hapus COVID-19, Tapi Juga Bahaya

    Anda risaukan virus COVID-19 pada permukaan sayur? Anda sebenarnya tidak perlu untuk mencuci sayuran dengan penggunaan sabun. Ini sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 02/04/2020 . 4 minit bacaan

    Kerap Cuci Tangan Guna Air & Sabun Satu SENJATA Utama Perangi COVID-19? Bukan Hanya Hand Sanitizer!

    Ketika pandemik wabak COVID-19 ini berlangsung, kita wajar menjaga kebersihan serta amalkan cara cuci tangan dengan air dan sabun ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 02/04/2020 . 3 minit bacaan

    Belum Habis COVID-19, Kini Muncul Pula Hantavirus! Ini 8 Cara Elak Jangkitan

    Dalam kegawatan kita dilanda wabak COVID-19, seorang lelaki di wilayah Yunnan, China maut akibat jangkitan hantavirus, virus lazim bagi haiwan perosak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Artikel lain untuk anda

    bulan ramadhan

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan
    bersin sambil mata terbuka

    Kenapa Mustahil Untuk Kita Bersin Sambil Mata Terbuka? – Ini Jawapan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 06/05/2020 . 2 minit bacaan
    hari kebersihan tangan sedunia

    Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2020: Tiada Senjata Terkuat Perangi COVID-19 Kecuali Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 2 minit bacaan
    kepentingan vaksin

    8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/04/2020 . 4 minit bacaan