backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Kaki Bengkak Lepas Tersepak Bucu Kerusi? Ini Tanda Badan Anda Alami Keradangan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh [email protected] · Disemak pada 25/07/2023

    Kaki Bengkak Lepas Tersepak Bucu Kerusi? Ini Tanda Badan Anda Alami Keradangan!

    Anda mungkin selalu dengar tentang keadaan kesihatan keradangan. Tetapi apakah maksud radang yang sebenarnya?

    Di dalam istilah perubatan, ia disebut sebagai inflammation dan ia juga disebut sebagai itis’ di setiap akhir organ atau bahagian yang mengalami keradangan tersebut.

    Contohnya radang jantung (cardiac) disebut carditis, radang apendiks (appendix) sebagai appendicitis.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

    Apakah maksud radang?

    Apabila kaki terseliuh, selalunya anda akan mengalami bengkak pada bahagian terbabit. Atau kepala terhantuk di dinding, benjol akan keluar.

    Bengkak dan benjol itu adalah contoh tindak balas keradangan.

    maksud radang

    Secara ringkasnya, keadaan kesihatan dialami ini adalah tindak balas yang diberikan oleh badan apabila berlaku kecederaan atau jangkitan. Ia adalah sebahagian daripada mekanisme perlindungan oleh badan.

    Lebih banyak darah akan mengalir di tempat yang terbabit dan beberapa bahan kimia dilepaskan serta sel-sel darah putih juga akan turut terlibat.

    Tujuannya adalah untuk melawan jangkitan dan membantu dalam proses pemulihan.

    Semua tindak balas tersebut akan menyebabkan simptom-simptom berikut:

    • Bengkak.
    • Kemerahan dan panas.
    • Sakit.
    • Hilang fungsi – contohnya sendi tak boleh bergerak, jantung gagal berfungsi dengan baik.

    Radang di luar kawalan

    Dalam beberapa keadaan, maksud radang berlaku walaupun tanpa kehadiran apa-apa jangkitan mahupun kecederaan.

    Keadaan seperti ini boleh berlaku dalam sekumpulan penyakit yang disebut sebagai penyakit autoimun.

    Dalam penyakit ini, sistem ketahanan badan berada di luar kawalan. Ia dengan sendirinya menyerang sel-sel normal di dalam badan.

    Disebabkan ia berlaku bukan kerana jangkitan atau kecederaan, maka ia hanya akan membawa kemudaratan berbanding kebaikan.

    Antara contoh penyakit autoimun adalah:

    • Sistemik lupus eritomatosus (SLE).
    • Artritis reumatoid (RA).
    • Osteoartritis (OA).
    • Hepatitis autoimun.
    • Penyakit Chrohn.
    • Ulseratif kolitis (UC).
    maksud radang
    Sistemik lupus eritomatosus (SLE)

    Malangnya, masih tiada rawatan khusus bagi penyakit autoimun secara amnya.

    Apa yang terbaik dapat dilakukan adalah dengan melemahkan sistem imun badan agar sistem tersebut tidak lagi menyerang sel-sel normal.

    Namun, kesannya adalah pesakit lebih terdedah kepada jangkitan dan mudah jatuh sakit.

    Apakah rawatan bagi keadaan kesihatan ini?

    Jika berlaku keradangan biasa dan tidak melibatkan organ dalaman, anda boleh lakukan perkara berikut:

    • Letakkan bahagian terbabit di posisi yang tinggi untuk mengurangkan peredaran darah, seterusnya mengurangkan bengkak – angkat tangan dan kaki yang bengkak.
    • Tuam dengan ais atau air sejuk.
    • Ambil ubat tahan sakit – panadol, aspirin.
    • Rehatkan bahagian yang terbabit.
    • Jumpa doktor jika tidak berlaku perubahan dalam tempoh 3 hari atau terasa sangat sakit.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh [email protected] · Disemak pada 25/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan