Kongsi Tuala Boleh Jadi Punca Kudis Buta!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kebanyakan kita mesti ada seorang bff yang selesa berkongsi apa je kan? Daripada pakaian, makanan, rahsia, gosip, kekasih, semuanya sedia dikongsikan! Well, sharing is caring kan? Pun begitu, bukan semua perkara kita boleh share tau. Antara perkara yang perlu digunakan oleh anda seorang sahaja secara peribadi adalah tuala. Hmmm, kenapa ye?

Kuman boleh berpindah melalui perkongsian tuala

Tanpa mengira anda adalah kawan baik, ahli keluarga atau suami isteri, tuala adalah barangan peribadi dan tetap tidak boleh dikongsikan. Ini kerana perbuatan berkongsi tuala boleh memindahkan kuman di antara satu individu kepada individu yang lain. 

Untuk pengetahuan anda, kita semua mempunyai kuman pada permukaan kulit kita tidak kira anda menjaga kebersihan atau tidak. Kebiasaannya, ia tidak berbahaya namun boleh menyebabkan infeksi kepada individu lain yang ada masalah kulit.

Perbuatan berkongsi tuala ini sudah pasti akan memindahkan kuman di antara individu. Kebanyakan kuman tidak boleh memasuki kulit yang normal, jadi ia akan berkumpul di permukaan kulit dan menunggu untuk dipindahkan lagi kepada individu lain pula.

Apa akibatnya?

Bukan sahaja perbuatan ini akan menyebabkan tubuh badan anda menjadi tempat pembiakan kuman, malahan ia juga boleh mengakibatkan beberapa kondisi kesihatan kepada individu. Antaranya kondisi yang mungkin terjadi adalah:

  • Infeksi staph
  • Infeksi yis
  • Jerawat
  • Ringworm
  • Jock Itch
  • Pink eye
  • Athelete’s foot

Perunding Dermatologi Dr Saadiah Sulaiman turut menjelaskan bahawa perbuatan berkongsi barangan peribadi terutamanya pakaian yang dipakai pada kulit boleh menyebabkan jangkitan kudis buta.

Jangkitan ini disebabkan oleh kutu halus yang dikenali sebagai Sarcoptes scabiei. Kutu halus ini akan menetaskan telur di kawasan kudis buta sebelum menjadi ulat yang kemudiannya menjadi punca kepada serangan ekzema dan pelbagai lagi kondisi kulit yang lain.

Jadi, anda masih mahu berkongsi?

tuala

Sebenarnya, kondisi-kondisi ini bukan sahaja disebabkan oleh perkongsian tuala semata-mata. Perkongsian pakaian seperti baju, seluar, kasut atau pakaian dalam juga boleh mendatangkan kesan yang sama!

Apa yang anda boleh lakukan?

Perkara paling penting yang anda perlu lakukan adalah berhenti daripada berkongsi barangan peribadi anda seperti tuala. Jika ada yang ingin meminjamnya, cuba tolak dengan baik. Selain itu, anda juga perlu membasuhnya secara berkala. Mungkin seminggu sekali? Bergantung kepada anda. Cuma jangan tunggu sehingga ia berbau busuk dan berwarna keruh ya?

Konklusi

Kesimpulannya, tidak semua perkara boleh dikongsikan. Ya, mungkin benar sharing is caring. Tapi ‘care’ sangat ke kalau kita ‘share’ benda yang tak elok seperti kuman? Jadi, simpan dan guna barangan peribadi anda untuk anda seorang sahaja.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut