Ini Sebab Kita Kena Makan Bawang Putih! Libido Wanita Pun Boleh Meningkat?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 20/05/2020

Dalam kalangan masyarakat kita, bawang putih memang banyak kegunaannya. Ramai yang gunakan ia dalam masakan serta ubatan secara tradisional.

Ini kerana sayuran ini memang mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan. Antara contohnya adalah ia dikatakan boleh meningkatkan kemampuan seksual individu.

Akan tetapi, adakah ia fakta atau sekadar mitos semata-mata? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui jawapan sebenar dengan lebih mendalam lagi!

Apa manfaat bawang putih terhadap kesihatan?

Sebelum pergi lebih lanjut, wajarlah kita tahu tentang perkara ini terlebih dahulu. Ya, bawang putih memang mempunyai banyak manfaat yang telah dibuktikan secara saintifik.

Berikut adalah manfaat sayuran ini terhadap kesihatan tubuh badan kita:

bawang putih

#1. Meningkatkan imuniti tubuh badan

Menurut kajian yang dijalankan oleh Iowa Women’s Health Study yang melibatkan 41,000 wanita pertengahan umur, 35% daripada mereka lebih rendah risiko kanser jika makan bawang putih secara rutin.

Ini kerana sayuran ini adalah antara makanan yang didapati dapat membunuh sel kanser di dalam tabung uji. Namun, kelebihan ini hanya akan didapati jika makan bawang putih mentah – bukan suplemen.

#2. Membaikpulih sistem kardiovaskular

Belum dapat dibuktikan jika bawang putih boleh membantu menurunkan kadar kolesterol.

Namun kajian menunjukkan ia memang boleh mendatangkan impak yang positif terhadap arteri dan tekanan darah.

Ini kerana para pengkaji percaya bahawa sel darah merah akan mengubah sulfur yang terdapat dalam sayuran ini menjadi gas hidrogen sulfida yang boleh membantu mengembangkan saluran darah.

#3. Melindungi makanan anda yang lain

Apa maksudnya? Untuk pengetahuan anda, bawang putih mempunyai sifat antibakteria yang boleh membantu membunuh bakteria penyebab keracunan makanan seperti salmonella dan E.coli.

bawang putih

Pun begitu, ia hanya sekadar membantu dan tidak boleh menghapuskan bakteria 100% pada makanan lain. Jadi, jangan gunakan ia sebagai bahan untuk sanitasi makanan.

#4. Memberikan kulit yang cantik

Sifat bawang putih yang antibakteria serta antioksidan ini bukan sahaja boleh membunuh bakteria penyebab keracunan makanan, malahan bakteria penyebab jerawat juga.

Oleh itu, anda mungkin boleh guna ia dengan meletakkan pada kawasan jerawat pada kulit. Namun sila berhati-hati kerana ia boleh merengsakan kulit jika digunakan secara berlebihan.

#5. Bermanfaat untuk kemampuan seksual lelaki

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa pengambilan bawang putih memang bagus untuk kesihatan seksual buat insan yang bergelar lelaki.

Namun, untuk wanita masih belum ditemukan kesahihannya.

Ia boleh membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh badan termasuklah pada zakar. Jadi, ia tentu sahaja sangat penting dalam usaha mengelakkan masalah mati pucuk dan libido rendah.

Adakah terdapat manfaat bawang putih untuk wanita?

bawang putih

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa sayuran ini memang mempunyai banyak kelebihannya terhadap kesihatan tubuh badan serta kemampuan seksual lelaki.

Namun bagaimana pula dengan dakwaan yang mengatakan ia mampu meningkatkan libido wanita?

Jawapannya adalah ya, ada kemungkinan bahawa ia juga boleh terjadi.

Ini kerana bawang putih adalah salah satu daripada makanan yang mempunyai efek afrodisiak – bagus untuk kesihatan seksual individu tidak kira lelaki atau wanita.

Selain itu, ia juga kaya dengan kandungan estrogen yang sangat penting dalam membina libido seorang wanita. Jadi, bawang putih berpotensi tinggi meningkatkan libido seorang wanita!

Dalam erti kata yang lebih mudah, memang wujud manfaat bawang putih untuk wanita. Namun, kajian lanjutan masih perlu dijalankan untuk benar-benar tahu kesahihannya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Lelaki Lebih Puas Di Ranjang Jika Buah Dada Isteri Besar! Fakta Atau Auta?

    Sebagai lelaki, adakah kalian suka buah dada besar, sederhana atau kecil? Anda sendiri tidak tahu jawapannya? Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Risau Peranakan Jatuh? Ini 7 Petua Untuk Kecutkan Rahim Kembang

    Anda ada masalah peranakan jatuh? Jangan bimbang, ini kami senaraikan beberapa petua kecutkan rahim yang kembang yang wajib dicuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Wanita Tahu Tentang Orgasma Puting? Ini 4 Cara Untuk Mendapatkannya! – Rugi Tak Cuba

    Tidak dinafikan, ramai wanita yang tidak tahu apa itu orgasma puting payudara. Tenang, sila ikuti artikel ini untuk mengetahui tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Wanita, Adakah Kerap Bersenggama “KUNCI” Untuk Tangguh Menopaus? Ini Jawapannya!

    Setiap wanita akan mengalami menopaus. Namun, ada kajian terkini yang mengatakan seks dengan kerap boleh jadi cara lambatkan menopaus. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    orgasme-wanita-normal-untuk-tidak-dialami

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    mengerang semasa seks

    Kenapa Wanita Mengerang Semasa Berhubungan Intim? Ia Bukan Sekadar Tanda Bahagia…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/05/2020
    wanita beronani

    Perempuan Melancap? Ada 5 Perkara Tentang Onani Wanita Yang Mungkin Anda Tidak Tahu, Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 06/05/2020
    jenis klimaks wanita

    Jangan Terkejut, Wanita Sebenarnya Ada 11 Jenis Klimaks! #5 Paling Syok

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/04/2020