backup og meta

Selaran Matahari: Makanan Yang Membantu Melindungi Diri Anda

Selaran Matahari: Makanan Yang Membantu Melindungi Diri Anda

Dengan mendedahkan diri kepada sinaran UV matahari untuk tempoh beberapa minit, kita akan memperolehi vitamin D. Namun, pendedahan secara berlebihan kepada sinaran UV akan mendedahkan kita kepada radikal bebas yang boleh mengakibatkan kanser kulit dan penuaan. Tetapi, ada masanya kita sukar untuk mengelakkan diri dari terdedah kepada sinaran UV untuk tempoh yang lama yang menyebabkan berlakunya selaran matahari. Tetapi, tahukah anda sebenarnya terdapat makanan yang dapat membantu melindungi diri anda dari selaran matahari?

  1. Tembikai dan tomato

Kedua-duanya mengandungi lycopene – antioksidan yang bertanggungjawab untuk warna merah pada tembikai – ia menyerap sinaran UVA dan UVB. Pengambilan secara konsisten akan menjadikan lycopene untuk dapat bertindak sebagai pelindung matahari semula jadi.

  1. Lobak dan sayuran berdaun hijau

Beta karoten kepada vitamin A – mineral yang sangat penting untuk kesihatan kulit. Memakan pelbagai jenis makanan yang tinggi kandungan nutrien ini memudahkan kuota keperluan harian anda. Lobak dan sayuran berdaun hijau seperti bayam, merupakan sumber beta karoten yang baik untuk diet pemakanan anda. Lebih baik, sayuran berdaun adalah tinggi kandungan antioksidan lutein dan zeaxanthin yang dapat melindungi kulit dari kedutan, kerosakan berpunca dari sinaran matahari dan juga kanser kulit.

  1. Teh hijau

Minuman teh ini didapati dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat cahaya UVA dan melindungi daripada penurunan kolagen – protein yang paling banyak dalam badan, memberikan keanjalan. Ia juga minuman yang tinggi kandungan antioksidan dalam catechin yang dapat melindungi kulit dari kerosakan UV.

  1. Bunga kubis

Apabila berkaitan dengan sayuran dan buahan, kita lebih tertarik dengan warna yang lebih menyerlah kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Tetapi, bunga kubis, walaupun warna tidak seceria sayuran lain, ia mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi yang dapat membantu melawan tekanan oksidatif daripada radikal bebas. Sayuran ini juga merupakan makanan yang berperanan sebagai pelindung matahari semula jadi. Ini kerana kewujudan histidin – asid alfa-amino yang merangsang pengeluaran asid urokanik, yang menyerap sinaran UV.

  1. Salmon

Salmon mengandungi lemak sihat tinggi yang terkandung asid lemak omega-3 yang berperanan sebagai pelindung antiradang yang hebat. Ikan ini juga merupakan sumber utama antioksidan karotenoid yang dikenali sebagai astaxanthin – yang membantu memperbaiki kerosakan daripada sinaran UV dan menjaga keserian kulit.

  1. Badam

Merupakan kacang yang penting yang dapat melindungi kerosakan kulit. Badam, walnut dan biji bunga matahari – mengandungi vitamin E – antioksidan penting yang dipercayai dapat melindungi kulit dari sinaran matahari apabila digabungkan dengan beta karoten yang terkandung dalam buah-buahan, sayuran dan juga suplemen lain.

  1. Jambu batu

Buahan yang kaya dengan antioksidan ini mengandungi kandungan vitamin C tinggi – penting sebagai perlindungan kulit – yang dapat menyediakan kulit kepada sinaran matahari. Anda juga boleh memilih buahan sitrus lain atau sayuran brokoli yang kaya dengan vitamin C.

  1. Koko

Koko yang terkandung dalam kebanyakan coklat, terutama coklat gelap bukan sahaja dapat melindungi kulit daripada selaran matahari tetapi juga mencantikkannya. Koko membantu peredaran darah dan menghidrat kulit. Memakan coklat yang tinggi kandungan koko dapat membantu menguat dan melindungi kulit daripada sinaran matahari.

  1. Avokado

Seperti vitamin C, vitamin E yang terkandung dalam avokado juga merupakan sumber antioksidan penting yang dapat melindungi kulit daripada kerosakan berpunca daripada radikal bebas. Vitamin E juga memainkan peranan sebagai antipenuaan. Jadi pengambilan avokado bukan sahaja dapat melindungi kulit daripada kedutan berpunca dari sinaran UVA, tetapi dalam masa yang sama anda juga melindungi kulit daripada penuaan.

  1. Delima

Butiran buahan kecil berwarna merah ini merupakan sumber antioksidan yang hebat yang dapat memperlahankan dan mencegah tekanan oksidatif daripada radikal bebas yang akan menjejaskan kelembutan kulit.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

6 Sun-Protection Foods to Turn Your Skin Into an Anti-Wrinkle Fortress

https://www.healthline.com/health/food-nutrition/foods-reverse-sun-damage-skin-protection#1 / Accessed on April 9, 2019.

 

16 Foods That Will Help Prevent and Treat Your Summer Sunburn

https://spoonuniversity.com/lifestyle/16-foods-that-will-help-prevent-your-summer-sunburn / Accessed on April 9, 2019.

 

7 Foods to Eat to Help Prevent Sunburn

https://www.eatthis.com/foods-to-prevent-sunburn/  / Accessed on April 9, 2019.

Versi Terbaru

15/07/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Rahsia Untuk Cepat Tambah Berat Badan, Amalkan 5 Jenis Makanan Sihat Ini!

Mengapa Orang Dewasa Perlu Minum Susu Tepung? Ini 4 Khasiatnya Ramai Orang Tak Tahu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan