backup og meta

Minuman Manis Berkalori Rendah: Baik atau Tidak?

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/07/2020

    Minuman Manis Berkalori Rendah: Baik atau Tidak?

    Kanak-kanak dan remaja di Amerika Syarikat yang mengambil minuman manis berkalori rendah atau tanpa kalori, mengambil kira-kira 200 kalori tambahan pada hari tertentu berbanding mereka yang hanya minum air kosong, dan mereka mengambil jumlah kalori yang sama banyak seperti remaja lain yang meminum minuman manis.

    Menurut Allison C. Sylvetsky, pensyarah dalam bidang senaman dan sains nutrisi di George Washington University Milken Institute School of Public Health (Milken Institute SPH) yang juga pengarang utama penyelidikan, hasil penyelidikan ini mencabar kegunaan atau fungsi minuman manis rendah kalori atau diet apabila ia berkaitan dengan pengurangan kalori dan pengurusan berat badan.

    Penemuan penyelidikan mereka menunjukkan bahawa air kosong perlu disyorkan sebagai pilihan terbaik untuk kanak-kanak dan remaja.

    Penyelidikan sebelumnya yang dilaksanakan oleh Sylvetsky dan rakannya mendapati bahawa kanak-kanak dan remaja sering menggunakan pemanis rendah kalori, bukan sahaja dalam soda diet tetapi juga dalam pelbagai jus rendah kalori dan minuman sukan, serta makanan dan snek.

    Penyelidikan pada tahun 2017 mendapati bahawa pengambilan pemanis rendah kalori melonjak sebanyak 200 peratus dalam kalangan kanak-kanak dan remaja daripada tahun 1999 hingga 2012.

    Namun, walaupun terdapat peningkatan populariti penggunaan pemanis tersebut, para penyelidik masih tidak mengetahui bagaimana pemanis ini menjejaskan pengambilan jumlah tenaga atau jika ia benar membantu pengurusan berat badan seperti yang didakwa.

    Adakah minuman manis berkalori rendah lebih baik?

    minuman berkalori

    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, Sylvetsky dan rakan penyelidikannya melihat kepada pengambilan makanan yang dikumpul dari 7,026 orang kanak-kanak dan remaja yang mendaftar dalam National Health and Nutrition Examination Survey daripada tahun 2011 hingga 2016.

    Kanak-kanak dan remaja melaporkan apa yang mereka makan dan minum dalam tempoh 24 jam. Pasukan penyelidikan itu memfokuskan kepada penggunaan minuman manis yang dilaporkan, iaitu minuman yang mempunyai pemanis rendah kalori dan yang mempunyai gula.

    Pasukan penyelidik menemui bahawa, kanak-kanak dan remaja yang melaporkan meminum minuman manis berkalori rendah, seperti soda diet, tidak hanya mengambil kalori tambahan berbanding dengan individu yang hanya mengambil air kosong.

    Malah mereka turut mengambil lebih banyak kalori daripada gula tambahan dalam makanan dan minuman berbanding dengan mereka yang mengambil air kosong.

    Penemuan penting lain daripada penyelidikan ini termasuklah:

    minuman manis

    • Setelah disesuaikan dengan berat badan, pengambilan minuman manis berkalori rendah, minuman bergula dan gabungan penggunaan kedua-duanya dikaitkan dengan pengambilan jumlah kalori yang lebih tinggi dengan jumlah sebanyak 196, 312 dan 450 berbanding remaja yang pada kebanyakannya hanya mengambil air kosong.
    • Pengguna minuman manis berkalori rendah, minuman bergula dan pengguna kedua-dua jenis minuman mengambil sebanyak 15, 39 dan 46 lebih kalori daripada gula tambahan berbanding pengguna air kosong.
    • Tiada perbezaan pengambilan kalori yang diperhatikan di antara pengguna minuman manis rendah kalori dan minuman bergula.
    • Pengambilan kalori tertinggi dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil kedua-dua minuman manis rendah kalori dan minuman bergula.

    Penemuan penyelidikan ini amat penting kerana hampir satu daripada tiga kanak-kanak di Amerika Syarikat kini berlebihan berat badan atau mempunyai obesiti, yang menjadikan mereka mengalami peningkatan risiko untuk mendapat diabetes jenis 2 dan keadaan kesihatan lain yang serius.

    Penyelidikan ini tidak dirancang untuk menunjukkan bahawa minum minuman rendah atau tanpa kalori akan menyebabkan kenaikan berat badan yang tidak sihat. Sebaliknya, penemuan penyelidikan menunjukkan terdapatnya hubungan antara pengambilan minuman manis (mengandungi gula dan / atau pemanis rendah kalori) dan pengambilan kalori dan gula yang lebih tinggi.

    Alternatif penggantian minuman manis

    minuman manis

    Walaupun peranan minuman diet dalam pengurusan berat badan masih bersifat kontroversi, pakar-pakar telah mencadangkan beberapa nasihat praktikal untuk ibu bapa dan kanak-kanak. Sebagai contoh, kumpulan penasihat sains American Heart Association baru-baru ini menasihatkan, “menentang pendedahan yang berpanjangan terhadap pengambilan minuman manis rendah kalori oleh kanak-kanak.’

    Sylvetsky bersetuju dengan kesimpulan itu. Beliau mengatakan bahawa kanak-kanak dan remaja, dan individu daripada semua peringkat umur, harus mengikuti garis panduan kerajaan persekutuan untuk diet yang sihat, yang menekankan pengambilan air kosong, bukannya minuman ringan, pengambilan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, serta bijirin penuh.

    Untuk alternatif sihat bagi penggantian soda bergula atau minuman diet, Sylvetsky mencadangkan minuman sparkling berperisa dengan kandungan 100% jus buah atau air dengan campuran potongan kecil buah-buahan.

    Bagi mengetahui BMR atau kadar metabolik basal anda, dapatkannya di Kalkulator BMR kami.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Dr. Shelby


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan