backup og meta

Menggalakkan Kesihatan Otak: Makanan Kaya Omega-3

Omega-3 sering berada di tangga teratas dalam mana-mana kesihatan otak, mengikut penyelidikan. Kajian membuktikan bahawa 8% berat otak anda diperbuat daripada asid lemak Omega-3. Bagi mendapat manfaat sepenuhnya, kita harus mengetahui makanan yang sesuai dan kuantiti yang perlu dimakan.

Manfaat Omega-3

Asid lemak Omega-3 dapat meningkatkan lapisan otak dan pembentukan sel otak yang baharu. Ia juga dapat membantu anda melawan masalah mental seperti depresi, demensia kerana ia dapat meningkatkan mood dan memori anda. Walau bagaimanapun, ramai golongan dewasa dipercayai mempunyai kekurangan lemak asid Omega-3. Ia dikaitkan dengan penyakit jantung, kanser, artritis dan penyakit kronik yang lain.

Sumber lemak asid Omega-3

Anda boleh mendapati lemak asid Omega-3 di dalam produk tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Biji flaks atau minyak biji flaks, biji chia, kacang walnut, kacang soya merupakan sumber lemak asid Omega-3 yang baik Walau bagaimanapun, minyak sayuran yang lain seperti jagung, soya, kesumba dan minyak soya yang tinggi dengan lemak asid Omega-6, yang mana merupakan sejenis lemak yang bagus, tetapi ia hanya boleh diambil dalam nisbah 3:1 berbanding lemak asid Omega-3 kerana pengambilan lemak asid Omega-6 yang berlebihan boleh menyebabkan keradangan kronik.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

20/06/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Jangan 'Over Eating' Semasa Berbuka, Kelak Perut Anda Juga Yang Merana! Kenapa?

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group · Ditulis oleh Farah Aziz · Dikemas kini 20/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan