Pernah Nampak Orang Kumpul Air Daripada Tepi Bukit? Boleh Minum Terus Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/06/2020 . 2 minit bacaan

Pernahkah anda melihat sekumpulan individu mengumpulkan air bukit daripada saliran-saliran air tepi bukit atau tepi jalan dan disimpan di dalam botol? 

Penulis sering melihat aktiviti ini berlaku di depan mata dalam perjalanan pulang ke kampung yang terletak di selatan tanah air. Mereka berkumpul beramai-ramai sambil menunggu giliran untuk mengambil air yang keluar daripada salur paip yang tertanam di sisi bukit.

Sebenarnya, saluran paip tersebut hanya berfungsi untuk mengeluarkan lebihan air daripada bukit tersebut bagi mengelakkan takungan yang boleh menyebabkan tanah runtuh. Bukanlah sebagai punca mata air untuk mengumpulkan sumber air.

Banyak kali terfikir, adakah air bukit yang mereka ambil tersebut diminum terus atau dimasak terlebih dahulu? Adakah ia benar-benar selamat untuk diminum terus?

Tidak selamat diminum terus

air bukit

Barangkali ramai yang berfikir, air bukit yang keluar terus daripada permukaan muka bumi adalah selamat untuk diminum terus, atas alasan ia adalah sumber semula jadi. Benarkah tanggapan sebegini? 

Walaupun air yang keluar daripada sisi bukit tersebut tidak berkeladak dan berwarna jernih, tidak bermakna bahawa ia selamat untuk diminum secara langsung.

Tambahan lagi, kita tidak mengetahui sumber asal air tersebut, atau apa yang telah dilalui oleh air tersebut sebelum anda mengumpulkannya. 

Mengapa anda tidak boleh meminum air bukit tersebut secara langsung?

air bukit

Sebelum air bukit tersebut sampai ke tempat anda mengumpulnya, air tersebut mungkin telah melalui kawasan lain yang telah tercemar dengan bahan kimia berbahaya, selain mengandungi bakteria, parasit dan virus yang boleh merisikokan kesihatan tubuh.

Anda perlu berhati-hati dengan organisme bawaan air seperti Cryptosporidium, Giardia dan E. coli yang boleh menyebabkan mual, muntah-muntah dan cirit-birit.

Air yang tidak dirawat terlebih dahulu ini mungkin mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kesan kesihatan jangka panjang seperti kerosakan hati dan buah pinggang.

Antara jenis bahan kimia berbahaya yang boleh terkandung dalam air yang tidak dirawat adalah:

Pencemaran kawasan sekitar

air bukit

Air bukit jenis ini boleh memberikan risiko yang lebih besar terhadap golongan yang berisiko tinggi mendapat penyakit seperti bayi, kanak-kanak dan warga emas. Anda tidak boleh menganggap segala yang dihasilkan secara semula jadi adalah selamat untuk diambil secara terus.

Anda mungkin lupa bahawa persekitaran yang sedang kita sedang diami ini bukanlah satu persekitaran yang benar-benar semula jadi lagi. Hampir kesemua kawasan telah tercemar sama ada di udara mahupun di darat dan lautan. Air pula merupakan salah satu elemen yang paling teruk dan mudah terkesan akibat pencemaran ini.

Oleh itu, kesemua sumber air yang anda peroleh, perlulah ditapis dan dirawat terlebih dahulu sebelum diminum. 

Kesimpulan

Daripada anda bersusah payah mengumpulkan air di tepi jalan atau bukit yang belum pasti bersih dan selamat, guna sahajalah air paip di rumah dan pastikan ia dimasak dan ditapis sebelum diminum. Air paip di rumah anda tersebut sudah dirawat dan lebih bersih berbanding air di tepi jalan tersebut. Tidak perlulah berpenat untuk beratur mengumpulkan air seolah-olah tidak terdapat bekalan air di rumah anda. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sebelum Bagi Baby Makan Buah, Kena Masak Dulu Ke? Ini 5 Sebab Ibu Bapa Perlu Tahu

Anda ingin memberikan buah untuk bayi tetapi perlukah anda masak makanan pejal tersebut? Atau boleh diberikan secara mentah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

Musim wabak COVID-19 ini, kita tentunya lebih kerap memakai topeng muka apabila keluar rumah. Tapi, topeng muka juga boleh sebabkan 5 masalah kulit ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 21/05/2020 . 3 minit bacaan

Kerap Ke Tandas Selepas Berbuka Puasa? Ini 9 Penawar Cirit Birit ‘Confirm’ Baik Jika Diamalkan!

Tidak tahu apa perlu dibuat jika kerap ke tandas? Ini 9 cara dan ubat sakit perut cirit birit untuk anda. Termasuk makanan untuk cirit birit

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 19/05/2020 . 3 minit bacaan

Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan anda mengalami tanda tanda dehidrasi semasa berpuasa di bulan Ramadan. Ini 15 gejala yang boleh dialami.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 18/05/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 03/07/2020 . 8 minit bacaan
cirit semasa seks

Jangan Ketawa, Anda Juga Berisiko Tercirit Semasa Beraksi Dengan Pasangan Jika…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan
pokok lidah jin

ALAMAK! Pusat Racun Negara Dedahkan Pokok Lidah Jin @ Lidah Mentua Beracun?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 17/06/2020 . 3 minit bacaan
pinggan viral

Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya! – Baca Ini Sebelum Beli

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan