Awas! Ini Sebenarnya BAHAYA Penapis Air Kepada Kesihatan Mulut Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 28/02/2020

Zaman sekarang, kebanyakan orang sudah tidak lagi menjerang air menggunakan cerek. Sebaliknya, penapis air telah menjadi pilihan yang lebih diutamakan. Lihat sahaja di dalam rumah atau pejabat, majoriti mesti memasangnya.

Pun begitu, ada ura-ura yang mengatakan bahawa air yang ditapis menggunakannya tidak selamat untuk diminum dan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan mulut. Betul ke ni?

Perlu atau tidak pasang penapis air?

Kini, lambakan jenama penapis air sama ada tempatan atau luar negara telah berada di pasaran. Bukan itu sahaja, mereka juga kini sudah bergiat lebih aktif dengan menggunakan khidmat ejen untuk memasarkan atau mempromosikan setiap produk mereka.

Maka, tidak hairanlah jika banyak kediaman yang memasangnya. Persoalannya, adakah ia satu keperluan?

Untuk pengetahuan anda, syarikat pengurusan bekalan air di Malaysia seperti Syabas, Sains dan Ranhill SAJ dan lain-lain telah menetapkan standard taraf kualiti air di negara kita yang berpandukan standard World Health Organization (WHO).

Oleh itu, kandungan klorin dan florida dalam air di negara adalah selamat untuk digunakan sebagai air minuman. Jadi, pemasangan penapis air di dalam kediaman anda adalah alternatif pilihan anda sendiri, bukannya satu keperluan.

Kesan penggunaan penapis air kepada kesihatan mulut

Di negara kita, syarikat bekalan air telah membekalkan air yang mengandungi klorin dan florida dan pelbagai mineral lain kepada kita. Ia sebenarnya adalah satu kaedah yang paling jimat, selamat dan efektif dalam mencegah penyakit karies gigi.

Pun begitu, sudah banyak kajian kini yang membuktikan alat penapis air dengan sistem osmosis berbalik akan mengurangkan atau menyingkirkan terus kandungan mineral-mineral ini. Jadi, ia akan memberi kesan secara tidak langsung kepada kesihatan mulut kita.

Dalam erti kata yang lebih mudah, ia sebenarnya mungkin akan mengganggu sistem yang telah dicipta oleh manusia dalam membekalkan mineral-mineral yang diperlukan oleh kesihatan mulut kita. Jadi, apakah yang boleh anda lakukan?

Pilih penapis air yang sesuai

Tidak salah untuk anda menggunakannya dengan alasan untuk menghilangkan rasa payau pada air atau menyahkan warna dan bendasing yang terdapat dalam air. Cuma, ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan terlebih dahulu:

  • Pastikan sistem penapisan air yang anda gunakan telah berdaftar dengan badan regulasi seperti SIRIM.
  • Pastikan sistem penapisan air yang anda gunakan diselenggara secara berkala seperti 3 bulan sekali.

Jadi, keputusan untuk memasang sistem penapisan air di rumah atau pejabat adalah terletak di tangan anda. Ya, ia mungkin akan memberi kesan kepada kesihatan mulut kita. Namun, kita juga tidak boleh nafikan keberkesanannya dalam menapis bau, warna dan tekstur air. Jika anda tidak mahu menggunakannya, tidak ada masalah. Anda masih boleh terus menggunakan cerek untuk menjerang air!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Berus Gigi 2x Sehari Tak Cukup! Lakukan Lebih Kerap Jika Tak Nak Jadi Begini!

    Berapa kalikah anda memberus gigi dalam sehari? Jika kurang 2 kali, anda perlu lakukannya lebih daripada 2 kali dalam sehari. Ini sebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Lindungi Diri Anda Daripada Jangkitan Virus Selesema

    Artikel ini akan menyenaraikan beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengelakkan diri anda daripada dijangkiti virus selesema. Teruskan membaca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Jangan Terkejut, Terlebih Minum Air Boleh Jadi Punca Mabuk Yang Bawa Maut!

    Hmmm...sebenarnya berapa keperluan air bagi seseorang individu? Bagaimana kalau terlebih minum air? Adakah ia boleh mendatangkan bahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Rimas Pakai Braces? Ini Jawapan TEPAT Berapa Lama Anda Perlu Pakai Pendakap Gigi!

    Mesti kita semua pernah tertanya-tanya apa itu pendakap gigi dan berapa lama ia perlu dipakai, bukan? Jom baca artikel untuk mengetahuinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    bulan ramadhan

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/05/2020
    hari kebersihan tangan sedunia

    Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2020: Tiada Senjata Terkuat Perangi COVID-19 Kecuali Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020
    teh kombucha

    Cendawan Mekah Jadi Buruan, Tapi Usah Pandang Ringan Akan Mudaratnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/04/2020
    cara cuci tangan

    Kerap Cuci Tangan Guna Air & Sabun Satu SENJATA Utama Perangi COVID-19? Bukan Hanya Hand Sanitizer!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/04/2020