Jerebu: Peka Bacaan Indeks Pencemaran Udara

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan

Indeks kualiti udara biasanya digunakan untuk menunjukkan jumlah bahan pencemar di udara sepanjang tempoh tertentu. Setiap negara mempunyai indeks sendiri yang bersesuaian dengan piawaian kualiti udara kebangsaan. Sebagai contoh, kualiti udara di Malaysia dilaporkan sebagai Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang mengukur karbon monoksida (CO), ozon (O3), nitrogen dioksida (NO2), sulfur dioksida (SO2) dan zarah yang 10 mikrometer atau kurang lebar (PM10).

Nilai indeks kualiti udara biasanya dikelompokkan menjadi julat. Setiap julat diberikan tahap pencemaran dan kod warna.

Berdasarkan nilai indeks kualiti udara, anda boleh mendapat idea umum mengenai kualiti udara, kesan terhadap kesihatan yang mungkin berkaitan dengannya dan langkah berjaga-jaga yang anda perlukan.

Selain itu, maklumat berkenaan memudahkan anda untuk menyampaikan kualiti udara kepada orang awam dan membantu mereka menyesuaikan aktiviti hari dengan keadaan cuaca semasa.

Memahami Indeks Pencemaran Udara

Langkah Penjagaan Diri Semasa Jerebu

Pencemar utama dalam jerebu yang mempunyai kesan kesihatan yang paling besar ialah zarah-zarah yang kurang daripada 2.5 mikrometer. Kesannya bergantung kepada tahap jerebu dan berapa lama anda terdedah kepadanya.

Ambil tahu kualiti udara setempat

Sentiasa kemas kini maklumat berkenaan kualiti udara di tempat anda sebagai langkah berjaga-jaga. Bagi memudahkan kemas kini, anda boleh terus ke laman portal Indeks Pencemaran Udara Malaysia.

Elakkan aktiviti luar

Kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang yang menghidap penyakit kronik khususnya penyakit jantung dan pernafasan perlu kekal di dalam rumah apabila kualiti udara pada tahap tidak sihat. Orang dewasa yang sihat perlu elakkan aktiviti luar yang tidak diperlukan. Jika anda perlu bersenam, elakkan bersenam di kawasan yang sangat sesak berhampiran jalan raya, terutamanya semasa waktu sibuk.

Minum banyak air

Minum lebih banyak air dan meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran segar kerana ia membantu tubuh menyingkirkan toksin yang diserap melalui kulit dan paru-paru dan memperbaiki sistem imun. Pengambilan lebih banyak buah dan sayur anti-radang juga membantu mengurangkan keradangan yang disebabkan zarah halus udara yang berbahaya. Kurangkan pengambilan kopi dan alkohol kerana ia mengalakkan kehilangan cecair dan melarutresapkan nutrien dari tubuh.

Tutup tingkap/pintu

Ini bertujuan untuk mengurangkan zarah halus memasuki rumah anda secara terus. Hidupkan penghawa dingin jika ada.

Kurangkan merokok

Hadkan atau elakkan merokok di kawasan tertutup dan kurangkan penggunakan dapur gas, lilin apa-apa sahaja yang membakar dan mengeluarkan asap.Di kawasan tertutup, asap, gas dan bahan pencemar mendorong kepada tahap berbahaya jika ia terus membakar untuk tempoh masa yang panjang.

Pakai topeng muka

Dalam keadaan jerebu, pakai topeng muka semasa berada diluar. Ia melindungi dan menyekat udara tercemar daripada memasuki hidung dan mulut. Ia juga menapis dengan betul bagi mengeluarkan zarah halus yang terdapat dalam jerebu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    MENGEJUTKAN! Udara Luar Kotor Buat Rambut Anda Mudah Gugur!

    Jika anda adalah salah seorang yang sering bersenam di luar rumah, anda perlu tahu bahawa rambut mudah gugur kerana ia berkaitan dengan udara luar tersebut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan/Keguguran Rambut 21/11/2019 . 3 minit bacaan

    Ada Asbestos Dalam Bedak Bayi?

    Pihak berkuasa telah menjumpai sejumlah kecil asbestos di dalam kandungan bedak bayi. Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Berita, Berita Antarabangsa 03/11/2019 . 3 minit bacaan

    Jerebu: IPU Dah Rendah Tapi Kenapa Pulak Ramai Yang Sakit?

    Mengikut indeks, bacaan IPU rendah tapi situasi sebenar macam berbeza. Betul ke bacaan itu? Ada peningkatan kes pesakit berkaitan jerebu tak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Sakit Mata Atau Alami Masalah Berkaitan Pernafasan? Ia Mungkin Angkara Jerebu

    Kes asma telah meningkat naik sebanyak 16% pada minggu lepas dengan angka sebanyak 1,375 kes berbanding 1,187 kes akibat jerebu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 20/09/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    preeklampsia adalah

    Bahaya Sampai Boleh Ragut Nyawa, Ini Sebab Ibu Hamil Perlu Kenal Tanda Awal Praeklampsia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/05/2020 . 3 minit bacaan
    jangkitan-pneumonia

    Jangkitan Pneumonia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/12/2019 . 1 minit bacaan
    jangkitan-respiratory-syncytial-virus

    Jangkitan Respiratory Syncytial Virus

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/12/2019 . 1 minit bacaan
    asma-akibat-olahraga

    Asma Akibat Olahraga

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/12/2019 . 1 minit bacaan