brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Mulut Berbau Waktu Puasa? Mungkin Ini Punca Dari Makanan Yang Anda Ambil

Tahukah anda apakah punca nafas berbau?

Mulut Berbau Waktu Puasa? Mungkin Ini Punca Dari Makanan Yang Anda Ambil

Masalah mulut berbau semasa puasa adalah perkara normal kerana tiada pengambilan makanan dan minuman yang menyebabkan mulut menjadi kering.

Apabila mulut kering, sel-sel mati dan bakteria akan berkumpul di lidah, gusi dan bahagian dalam pipi. Sel-sel itu kemudiannya membusuk dan mengeluarkan bau mulut yang tidak menyenangkan.

Bagaimana anda boleh menghindari mulut berbau semasa puasa? Sila baca artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini. 

4 punca nafas berbau dan cara mengatasinya 

1. Punca nafas berbau – Elakkan bawang

Bawang adalah rempah yang digunakan untuk menambah rasa bagi masakan. Di samping itu, bawang juga mempunyai banyak manfaat kesihatan.

Walau bagaimanapun, di sebalik manfaat, bawang sangat terkenal dengan bau yang menyengat.

punca nafas berbau
Elakkan pengambilan bawang secara berlebihan.

Jadi, tidak hairanlah jika selepas makan bawang, mulut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, walaupun anda telah menggosok gigi dan menggunakan pencuci mulut.

2. Elakkan keju

Keju sentiasa menarik perhatian orang ramai tanpa mengira waktu, apatah lagi semasa berpuasa kerana kebanyakan juadah berbuka kini diinovasikan dengan keju.

Namun, makanan mengandungi keju perlu dielakkan bagi mengelak mulut berbau.

Sekiranya anda masih ingin makan makanan berkeju, anda perlu hisap potongan lemon selepas makan. Ini kerana lemon berfungsi membunuh bakteria dalam mulut.

punca nafas berbau
Petua hilangkan nafas berbau.

3. Elakkan ikan

Seperti diketahui umum, ikan adalah salah satu makanan yang mengandungi sumber protein tinggi dan sudah pasti ia sangat baik untuk tubuh.

Walau bagaimanapun, bau hanyir boleh menyebabkan nafas berbau semasa berpuasa. Oleh itu, elakkan memakan ikan semasa bersahur.

Sekiranya anda ingin menikmati ikan, anda boleh mengatasinya dengan menggosok gigi atau berkumur selepas makan ikan.

4. Elakkan kopi

Minuman berkafein khususnya kopi menjadi kegemaran kebanyakan orang.

Ini kerana ia terkenal dengan minuman yang mampu meningkatkan semangat dan menghilangkan rasa mengantuk.

punca nafas berbau
Hadkan pengambilan kopi.

Namun, jika pengambilan kopi berlebihan akan mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan dan pengambilannya semasa bersahur boleh menyebabkan mulut berbau.

Ini kerana paras keasidan yang bersatu dengan air liur dalam mulut akan menyebabkan mulut berbau.

medical
Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Disemak secara perubatan oleh
Dokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 22/01/2026