Ketika Kita #StayAtHome, Inilah 3 Hero Yang Berkorban Demi COVID-19, Tak Ramai Tahu!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Umum mengetahui mengenai penularan wabak COVID-19. Tetapi adakah kita ambil peduli tentang wira tak didendang yang bertungkus-lumus siang malam merawat individu yang dijangkiti coronavirus atau wabak COVID-19 ini?

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

3,116

Disahkan

767

Sembuh

50

Kes Kematian
Peta sebaran
Statistik Kes

3,116

Disahkan

767

Sembuh

50

Kes Kematian

Mereka insan biasa

Wabak coronavirus atau kini dikenali dengan nama COVID-19 sudah mengakibatkan kematian lebih daripada 1,600 individu dengan hampir 68,000 kes jangkitan dilaporkan di China, tempat bermulanya wabak ini. 

Berikut merupakan fakta mengenai COVID-19:

Namun, bukan itu yang ingin diketengahkan pada perkongsian artikel kali ini. Sebaliknya, kali ini penulis mahu berkongsi mengenai unsung hero di sebalik wabak COVID-19. 

Mereka adalah wira yang tidak didendang. Menerima dan menggalas tugas dengan penuh rasa tanggungjawab merawat dan mengendalikan pesakit yang dijangkiti wabak ini walaupun perlu menggadai nyawa sendiri.

Mereka manusia biasa seperti anda. Mungkin bergelar seorang ayah, ibu, mahupun anak. Tetapi diketepikan semua itu demi tugas. Merekalah wira COVID-19.

“Ini adalah tugas saya” – Wira COVID-19

Pada ketika ramai individu ingin keluar daripada wilayah Wuhan (yang boleh  dianggap sebagai sebuah tempat ‘berbahaya’ kini), namun keadaan itu berbeza bagi seorang doktor yang ditugaskan untuk mengendalikan pesakit dengan wabak COVID-19

“Ini adalah tugas saya,” ujar salah seorang wira COVID-19, seorang doktor berasal dari Perancis yang enggan meninggalkan Wuhan, Dr. Philippe Klein.

Dengan peningkatan kes dan kematian akibat jangkitan wabak COVID-19, kebanyakan negara sedang cuba membawa keluar rakyat masing-masing yang berada di China. Begitu juga dengan kerajaan Perancis, yang ingin membawa keluar lebih 500 rakyatnya yang berada di negara itu. 

Merupakan Pengarah International SOS Hospital yang berpangkalan di China, Dr. Philippe tidak mahu keluar daripada wilayah Wuhan kerana ingin terus berbakti di sana. 

“Ini bukan kerana saya ingin menjadi hero. Tetapi ini adalah tanggungjawab saya sebagai seorang doktor. Saya yakin kewujudan saya di sini lebih diperlukan berbanding pulang ke Perancis,” – Dr. Philippe. 

Walau bagaimanapun, beliau yang telah bekerja di Wuhan untuk tempoh lebih 6 tahun itu menasihatkan kesemua warganegara Perancis untuk meninggalkan wilayah tersebut dan kembali ke tanah air. 

Ia berikut ketiadaan tempat di hospital bagi menampung pesakit wabak COVID-19 lagi. Ini kerana, jangkitan wabak coronavirus mudah untuk dijangkiti sesiapa sahaja pada setiap masa. 

Artikel berkaitan:

7 Kakitangan Istana Negara Pula Kini Sah Positif COVID-19!

“Wilayah ini mungkin penuh dengan ‘kejahatan’ dan saya seperti berada di dalam mulut singa. Tetapi apa yang saya lakukan (memilih untuk terus tinggal di China) adalah kewajipan saya sebagai doktor,” jelas Dr Philippe. 

Jalinan kasih ibu dan anak

wira-covid-19-wabak-covid-19-coronavirus
Sumber: mothership.sg

Ibu mana yang tidak pernah merindui anaknya? Apatah lagi perlu ditinggalkan selama berminggu-minggu demi tuntutan kerja. Tambah memilukan lagi jika anak yang ditinggalkan itu masih lagi kecil dan dahagakan belaian kasih ibunya.

Itulah antara kisah sedih yang dialami seorang kakitangan perubatan di Fugou County People’s Hospital di Zhoukou, Wilayah Henan.

Sebuah video merakamkan pertemuan ibu dan anak yang dikongsikan media daripada China menjadi tular. Ia merupakan pertemuan pertama kedua-dua beranak ini setelah seminggu tidak berjumpa. 

Ibu dan anak ini terpaksa berpisah berikutan tugasan ibunya sebagai seorang jururawat barisan hadapan yang perlu mengendalikan kes pesakit dengan jangkitan wabak COVID-19.

Lebih menyedihkan lagi, Liu Haiyan dan anaknya yang berusia 9 tahun, hanya dapat membuat ‘pelukan angin’ pada jarak beberapa meter bagi mengubati kerinduan. 

Bagaimana jika anda yang berada di situasi tersebut? Dapatkah anda melaluinya? Melihat insan tersayang namun tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya pandangan sebagai pengubat rindu?

Baca juga:

Ini juga antara kisah hebat wira COVID-19 yang mungkin anda terlepas pandang.

Penghormatan terakhir daripada wira COVID-19

Apa rasanya apabila tidak dapat melihat insan yang pernah melahirkan anda ke dunia ini buat kali terakhir? Kecewa, sedih atau pilu? Itu yang dilalui oleh salah seorang wira COVID-19.

Bertugas sebagai seorang jururawat di Huoshenshan Hospital, sebuah hospital segera yang berjaya dibina dalam tempoh 10 hari, Wu Ya Ling, mendapat perkhabaran kematian ibunya melalui panggilan video dari rumah.

Berita itu amat mengejutkan buat Wu memandangkan ibunya yang ditinggal di Kun Ming mempunyai kesihatan baik selama ini. 

Menerusi perkongsian video itu menunjukkan Wu memberikan penghormatan terakhir buat ibunya dalam keadaan esakan tangisan yang tidak dapat dikawal di sebalik topeng muka yang dipakainya. 

Mengapa penulis menganggap jururawat ini sebagai antara wira COVID-19? Ini kerana selepas berjaya menenangkan diri dan mengumpulkan keyakinan, Wu kembali melakukan tugas seperti biasa.

Mampukah anda? Kalau penulis, sejujurnya, penulis tidak mampu. Paling tidak penulis perlukan tempoh masa yang lebih lama berbanding jururawat Wu untuk menenangkan diri sendiri.

wira-covid-19-wabak-covid-19-coronavirus
Sumber: mothership.sg

Akhir kata

Mungkin bagi anda, apa yang dikongsikan dalam artikel ini tidak memberikan impak yang mendalam. Namun, bagi mereka yang sedang berjuang di sana, ia adalah satu pengorbanan yang tidak akan mampu dibayar dengan wang tunai.

Meninggalkan keluarga dan mempertaruhkan nyawa sendiri demi kepentingan individu lain, bukankah itu sesuatu yang hebat? 

Walau apapun, pastikan anda tidak lupa untuk terus mementingkan aspek penjagaan diri, dengan kerap membasuh tangan, menggunakan gel pembersih tangan serta memakai face mask dalam mencegah jangkitan wabak COVID-19, okay? 

Anda boleh cuba amalkan cara berikut:

Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus

Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Posted by Hello Doktor on Friday, January 31, 2020

Kredit gambar: Tribun Manado

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronavirus

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Tarikh Reviu: Februari 18, 2020 | Kali terakhir kemaskini: Mac 30, 2020

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut