backup og meta

Terlalu Lama Terkurung Buat Si Kecil Berubah Laku? Awasi 7 Tanda Kemurungan Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/04/2020

    Terlalu Lama Terkurung Buat Si Kecil Berubah Laku? Awasi 7 Tanda Kemurungan Ini

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Tanpa disedari, si kecil merupakan antara individu yang cenderung mengalami tekanan akibat COVID-19.

    Berikut adalah 7 tanda kesihatan mental kanak-kanak yang perlu diberikan perhatian.

    Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

    [covid_19]

    Tekanan akibat COVID-19

    Penularan wabak jangkitan coronavirus sememangnya membuatkan ramai individu ketakutan dan kegelisahan.

    Kesan daripada tekanan akibat COVID-19 ini boleh menyebabkan berlakunya keadaan umum seperti:

    • Ketakutan dan kebimbangan terhadap kesihatan diri dan keluarga
    • Perubahan dalam pola tidur dan pemakanan
    • Kesukaran untuk tidur dan fokus
    • Masalah kesihatan kronik semakin teruk
    • Keadaan kesihatan mental yang membimbangkan
    • Peningkatan pengambilan alkohol, rokok atau ubatan lain

    Bagaimana anda bertindak balas terhadap keadaan pandemik ini pastinya berbeza dengan individu lain.

    Kanak-kanak juga tidak terkecuali untuk mengalami tekanan akibat COVID-19.

    Baca juga:

    Ini 7 tanda kesihatan mental pada si manja

    Menurut Profesor Psikiatri berkaitan kesihatan mental dan keluarga di Duke University, Dr Robin Gurwitch, “Apabila kanak-kanak tertekan, ia selalunya ditunjukkan melalui perubahan fisiologi, emosi serta tingkah laku.”

    Namun, malangnya kita tidak mempunyai buku panduan keibubapaan untuk membolehkan anda memahami sebarang tanda kesihatan mental yang berlaku kepada kanak-kanak.

    Kanak-kanak tidak selalunya meluahkan secara lisan tentang kesukaran yang dialami mereka.

    Tetapi ia ditonjolkan melalui kegelisahan, kemurungan dan beberapa tanda kesihatan mental yang lain. Ini yang perlu ibu bapa perhatikan. 

    1. Kemerosotan tingkah laku

    Dalam tempoh pandemik ini, setiap individu dikatakan akan mengalami sedikit penurunan berkaitan tingkah laku.

    Semakin muda usia seseorang itu, maka % penurunan tingkah laku akan semakin tinggi.

    Apa yang dikatakan penurunan tingkah laku itu melibatkan tindakan yang biasanya dilakukan ketika kecil.

    Antaranya, anak akan kembali menghisap jari, cenderung berkepit dengan mainan kesayangan atau mungkin si kecil akan kembali dengan tabiat kencing malam. 

    Situasi yang berlaku adalah sesuatu yang normal apabila berdepan dengan kegelisahan dan ketidakpastian seperti tekanan akibat COVID-19 ini. 

    1. Masalah tidur

    Si kecil anda mungkin akan kurang bermain dan tidur sepanjang hari atau berdepan kesukaran untuk memejamkan mata tidak kira waktu malam atau siang.

    Apabila berdepan tekanan, pastinya ia juga akan mengganggu tidur. Gangguan ini adalah biasa ketika berhadapan situasi sukar.

    Anak anda mungkin akan mengalami insomnia, mimpi buruk, bangun pada waktu tengah malam atau sebarang perkara di luar kebiasaan.

    1. Perubahan selera makan

    tekanan akibat COVID-19

    Apabila si kecil mula hilang selera makan dan berdepan gangguan tidur, itu adalah petunjuk mereka berada dalam keadaan yang tidak baik.

    Sebagai ibu bapa, anda perlu memberikan perhatian terhadap tanda kesihatan mental ini yang melibatkan perubahan dalam tabiat pemakanan, termasuk kurang atau lebih mengambil snek ringan. 

    Situasi ini cenderung untuk berlaku kepada kanak-kanak yang lebih tua dan remaja. 

    1. Perubahan emosi

    Jika tekanan akibat COVID-19 boleh menyebabkan seorang individu dewasa mengalami perubahan emosi mendadak dan sering berubah-ubah, maka keadaan yang sama juga boleh berlaku kepada kanak-kanak.

    Antara perubahan yang berlaku termasuk marah secara tiba-tiba, mudah menangis, cepat merajuk, hilang minat dalam perkara disukai dan lebih gemar mengasingkan diri.

    Anak juga mungkin akan mula menunjukkan tantrum atau sebarang tabiat agresif. Malahan mereka mungkin cenderung melanggar arahan anda. 

    Sekiranya si kecil kerap menguji kesabaran dan gemar membuat anda naik angin, sila bertenang dan cuba fahami keadaan tekanan yang mereka alami.

    https://www.facebook.com/1634329383494261/videos/3475692265791979/

    1. Mahukan jaminan

    Jika si kecil adalah anak yang banyak bertanya, maka dalam situasi pandemik ini mereka akan bertanyakan lebih banyak soalan berbanding biasa.

    Keadaan ini disebabkan mereka mahukan jaminan bahawa keadaan masih selamat .

    Anda juga mungkin akan mendapati anak tidak sukar untuk memejamkan mata dan takut untuk ditinggalkan sendirian.

    Bagi mengatasi keadaan ini, penting untuk ibu bapa memastikan kewujudan anda dapat memberikan jaminan dan keyakinan buat mereka. 

    “Mama ada di sini dengan awak dan mama sayangkan awak”, antara kata-kata yang boleh menghilangkan kegusaran di hati si kecil.

    Baca juga:

    1. Sentiasa ingin melekat

    Adalah normal untuk anak-anak melekat (clingy) dengan ibu bapanya, bukan?

    Tetapi jika mereka sentiasa mengekori anda, tidak boleh berjauhan dan tidak mahu berpisah dengan anda, mungkin itu adalah 1 tanda kesihatan mental.

    Ia berlaku mungkin disebabkan si kecil takut akan kehilangan anda dan ia adalah 1 perkara biasa apabila berdepan dengan keadaan yang masih tidak menentu dan sukar seperti penularan wabak COVID-19 ini.

    Jangan marahkan mereka, sebaliknya, berikan dakapan dan ciuman penuh kasih sayang. Ia sekurang-kurangnya membuatkan mereka tahu, anda akan sentiasa di sisi mereka.

    1. Mengadu sakit

    Anda mungkin lebih memberikan perhatian dan bimbang terhadap simptom fizikal berkaitan jangkitan COVID-19.

    Tetapi kanak-kanak mungkin berdepan kesukaran mental yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

    Anak anda mungkin akan mengadu sakit kepala, sakit perut atau keletihan.

    Ia adalah keadaan yang benar-benar berlaku tetapi tidak didasari sebarang masalah kesihatan yang membimbangkan.

    tanda tekanan mental

    Teruskan bertahan 

    Keadaan pandemik ini adalah situasi yang penuh dengan ketidakpastian. Namun itu tidak bermakna aspek penjagaan diri boleh dipandang remeh.

    Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berlangsung ini, pastikan anda tetap menjaga kebersihan diri dan amalan jarak sosial yang baik. #StayAtHome

    Dalam masa yang sama, perhatikan sebarang tanda kesihatan mental pada anak-anak yang mungkin membimbangkan dan cuba luangkanlah masa bersama mereka.

    Ini dapat membantu mengurangkan kebimbangan dan kegelisahan yang mereka hadapi dalam mengharungi tekanan akibat COVID-19. #KitaJagaKita

    [mc4wp_form id=’115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/04/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan