Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Ingat Kebas Kaki Biasa Je? Rupanya Boleh Jadi Tanda Penyakit Saraf Serius!
Masalah saraf kaki boleh berlaku akibat neuropati periferi (PN), iaitu gangguan saraf yang sering menyebabkan kebas, rasa terbakar, kesemutan dan sakit seperti dicucuk jarum pada tangan atau kaki. Keadaan ini kerap berlaku dalam kalangan pesakit diabetes, tetapi ramai masih tidak menyedari simptom awalnya.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Saraf & Otak, anda boleh klik di sini.
APAC lancar garis panduan pertama untuk neuropati periferi
Pakar farmasi Asia Pasifik bersama P&G Health baru-baru ini melancarkan garis panduan pertama rantau APAC khusus untuk membantu ahli farmasi komuniti mengenal pasti, menilai dan mengurus neuropati periferi (PN) dalam amalan harian farmasi.
Garis panduan bertajuk “Memperkasa Ahli Farmasi Komuniti: Garis Panduan Konsensus Pakar untuk Pengurusan Neuropati Periferi yang Berkesan dengan Vitamin B Neurotropik” ini dibangunkan bagi meningkatkan pengesanan awal serta menyeragamkan penjagaan pesakit yang mengalami masalah saraf.
Menurut Profesor Kolej Farmasi University of the Philippines dan Presiden Federation of Asian Pharmaceutical Associations (FAPA), Dr. Yolanda R. Robles, neuropati periferi merupakan keadaan yang meluas di rantau Asia Pasifik, terutama dalam kalangan pesakit diabetes.
Data yang dikongsikan menunjukkan prevalens PN dalam kalangan pesakit diabetes di Malaysia mencecah 54%, manakala Filipina dan Indonesia masing-masing mencatatkan 58%.
Tanda sakit saraf kaki dan tangan yang ramai abaikan
Salah satu cabaran utama penyakit ini ialah ramai pesakit tidak menyedari mereka mengalami masalah saraf pada peringkat awal.
Antara tanda sakit saraf yang sering berlaku termasuk:
Menurut P&G Health, sehingga 80% kes neuropati periferi di Asia Pasifik dipercayai masih tidak didiagnosis.
Disebabkan itu, ahli farmasi komuniti dilihat memainkan peranan penting kerana mereka sering menjadi titik hubungan pertama pesakit yang mengalami simptom awal.
Sakit saraf kaki boleh jadi petanda neuropati periferi
Sakit saraf kaki bukan sekadar masalah biasa akibat keletihan atau penuaan.
Dalam banyak kes, ia boleh menjadi tanda neuropati periferi yang melibatkan kerosakan saraf.
Garis panduan baharu ini memperkenalkan pendekatan mudah menggunakan mnemonic “MEDIC” untuk membantu ahli farmasi mengenal pasti individu berisiko tinggi.
Menurut Dr. Navin Kumar Loganadan dari Malaysia, pendekatan ini membantu ahli farmasi mengenal pasti pesakit berisiko lebih awal sebelum keadaan menjadi semakin serius.
Selain itu, garis panduan tersebut turut membantu ahli farmasi membezakan sakit saraf daripada sakit otot menggunakan alat saringan mudah seperti ACT, DN4 dan NPQ.
Penyakit saraf kaki dan tangan perlukan pengesanan awal dan pemantauan
Pakar turut menegaskan bahawa penyakit saraf seperti neuropati periferi sering lambat dikesan kerana pesakit cuba merawat sendiri menggunakan suplemen vitamin tanpa pemantauan profesional.
Menurut garis panduan tersebut, penggunaan vitamin B neurotropik seperti vitamin B1, B6 dan B12 pada dos terapeutik boleh membantu pengurusan PN bagi pesakit yang sesuai.
Namun, pemantauan tetap penting bagi memastikan dos dan tempoh rawatan adalah selamat.
Dr. Kenny James P. Merin dari Lyceum of the Philippines University – Davao berkata, garis panduan ini memberi fokus kepada langkah praktikal dalam farmasi seperti:
Menurut P&G Health, platform ini dibangunkan bagi membantu ahli farmasi meningkatkan keyakinan dalam pengurusan pesakit neuropati periferi di farmasi komuniti.
Kesimpulan
Masalah saraf kaki tidak seharusnya dipandang ringan terutama dalam kalangan pesakit diabetes dan individu berisiko tinggi.
Dengan pelancaran garis panduan pertama APAC untuk neuropati periferi, ahli farmasi kini mempunyai panduan lebih jelas untuk membantu mengesan simptom awal, memberi kaunseling dan mempercepatkan rujukan rawatan.
Pendekatan lebih proaktif ini bukan sahaja membantu pesakit mendapatkan rawatan lebih awal, malah berpotensi meningkatkan kualiti hidup mereka sebelum kerosakan saraf menjadi lebih serius.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Siaran Akhbar, Garis Panduan Pertama Ahli Farmasi APAC untuk Menangani Neuropati Periferi. P&G Health. Diakses Mei 18, 2026.
Peripheral neuropathy. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/peripheral-neuropathy/symptoms-causes/syc-20352061. Diakses Mei 18, 2026.
Peripheral Neuropathy. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/14737-peripheral-neuropathy. Diakses Mei 18, 2026.
Peripheral Neuropathy. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/peripheral-neuropathy. Diakses Mei 18, 2026.
Peripheral Neuropathy. https://www.americanbrainfoundation.org/diseases/peripheral-neuropathy/. Diakses Mei 18, 2026.
Peripheral Neuropathy. https://www.ucsfhealth.org/care/conditions/peripheral-neuropathy. Diakses Mei 18, 2026.
Versi Terbaru
20/05/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor