Kajian menunjukkan bahawa kira-kira ⅓ hingga separuh daripada penghidap hepatitis C mengalami simptom neuropsikiatric (neuropsychiatric) atau lebih dikenali sebagai ‘brain fog’.
Apa itu brain fog?
Kabus otak atau ‘brain fog’ adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan perasaan keseluruhan gangguan mental. Ini termasuk masalah membaca, ingatan, tumpuan, kekeliruan dan pemikiran tidak teratur.
Bagaimana HCV menyebabkan kabus otak?
Hepatitis C kronik memberi kesan terhadap fungsi hati yang sihat. Antara tugas lain hati, ia bertanggungjawab mengeluarkan toksin dan bahan berbahaya dari darah. Apabila hati dijangkiti oleh virus hepatitis C, ia tidak dapat mengeluarkan toksin berkenaan dengan cekap, dan banyak bahan yang ditinggalkan boleh memberi kesan negatif kepada semua sistem tubuh, termasuk otak yang bertanggungjawab untuk fungsi kognitif, pemikiran, dan kemahiran motor.
Apabila penyelidik melihat dalam jarak yang dekat pada laluan saraf otak penghidap HCV, mereka menyedari prestasi kognitif yang lebih teruk dan terdapat halangan keupayaan otak untuk menghantar mesej berulang daripada ganglia basal ke lobus prefrontal.
Walaupun tidak mengetahui penyumbang sebenar kepada simptom kabus otak ini, simptom dan rawatan lain HCV boleh menjadi faktornya. Penyelidik mendapati HCV memberi kesan terhadap otak seperti imbasan otak orang yang tidak menghidap hepatitis C dibanding dengan mereka yang menghidap HCV menunjukkan perbezaan yang berbeza. Ia juga mendapati simptom kabus otak ini lebih kerap muncul pada mereka yang mempunyai hepatitis C lanjutan atau mengalami sirosis hati.
Faktor kabus otak
i. Keletihan
Keletihan adalah simptom umum hepatitis C. Terapi interferon menyebabkan insomnia pada kebanyakan orang. Kurang tidur adalah faktor penyumbang sakit kepala, perubahan mood dan kemurungan. Satu lagi ubat iaitu ribavirin, juga boleh menyebabkan gangguan tidur dan diketahui menyebabkan keletihan. Semua isu ini boleh menyumbang kepada kabus otak.
ii. Kebimbangan
Mereka yang didiagnosis dengan hepatitis C sering kali mengalami kebimbangan mengenai jangkitan, simptom dan rawatan. Kebimbangan itu boleh menyebabkan pesakit merasa tegang atau mudah marah, yang boleh memburukkan simptom kabus otak.
iii. Kesedihan atau kemurungan
Kesedihan mungkin disebabkan oleh hepatitis C, dan ini adalah kesan sampingan yang biasa antara interferon dan ribavirin. Ia biasanya akan berkurang dalam masa beberapa minggu selepas rawatan selesai. Bincang dengan doktor anda jika anda tertekan. Dos ubat perlu diselaraskan, dan antidepresan mungkin perlu ditambah kepada pelan rawatan anda.
iv. Faktor lain
Hepatitis C juga boleh menyebabkan sakit otot, sakit perut, demam dan hilang selera makan. Semua simptom fizikal ini boleh menyumbang kepada masalah kabus otak.
Cara mencegah kabus otak
Kesan-kesan sampingan ubat-ubatan boleh bertambah baik selepas tubuh diselaraskan. Jika tidak, pelarasan dos, perubahan ubat, dan terapi tambahan boleh membantu mengurangkan kabut otak.
- Tidur yang lebih baik: Kualiti tidur yang kurang baik, tidur yang tidak mencukupi, dan gangguan tidur mengganggu daya otak. Cuba dapatkan 6 hingga 8 jam tidur tanpa gangguan pada setiap malam.
- Senaman: Senaman harian secara semulajadi meningkatkan keupayaan kognitif. Cuba dapatkan latihan ringan selama 20 hingga 30 minit setiap hari.
- Mengurangkan tekanan: Meditasi, yoga, latihan pernafasan dan lain-lain terapi yang menyeluruh dan holistik mengurangkan tekanan dan meningkatkan fungsi mental.
- Diet: Pemakanan yang kaya dengan bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran sambil mengelakkan sesuatu yang sukar bagi sistem pencernaan seperti natrium, gula, dan lemak, meningkatkan keupayaan tubuh berfungsi dengan berkesan. Cuba tambah lebih banyak tumbuhan, daging tanpa lemak seperti ayam dan ikan, kekacang, dan bijian ke dalam diet anda.
- Penghidratan: Dapatkan 6-8 gelas air sehari adalah kunci untuk membantu tubuh mengalirkan toksin dan beroperasi dengan cekap.
[embed-health-tool-bmi]