Penyakit Alzheimer adalah keadaan apabila seseorang itu hilang atau lupa ingatan. Tetapi apakah punca dan faktor risiko untuk mengalaminya?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Otak dan Saraf, anda boleh klik di sini.
Definisi
Apa itu penyakit Alzheimer?
Alzheimer merupakan satu penyakit yang progresif menyebabkan lupa ingatan dan fungsi mental penting yang lain.
Pada mulanya, seseorang pesakit Alzheimer akan mengalami sedikit kekeliruan dan sukar untuk mengingati sesuatu perkara.
Lama-kelamaan, mereka akan melupakan orang yang penting dalam hidup mereka dan melalui perubahan personaliti yang mendadak.
Penyakit ini juga selalunya dikaitkan sebagai punca demensia — sejenis kumpulan kecelaruan minda yang mengakibatkan kehilangan kemahiran intelektual dan sosial.
Dalam penyakit Alzheimer, sel-sel otak tidak berkembang dan mati, menyebabkan kemerosotan ingatan dan fungsi mental.
Apakah kebarangkalian untuk seseorang mengalami lupa ingatan?
Penyakit ini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat. Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berhubung dengan doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom lupa ingatan?
Pada mulanya akan sering terlupa dan mengalami sedikit kekeliruan — mungkin petanda awal yang dapat kita lihat pada pesakit Alzheimer.
Tetapi lama-kelamaan, penyakit ini akan hilang ingatan tiba-tiba, terutama sekali ingatan yang baru tercipta. Kadar kemerosotan simptom adalah tertakluk kepada seseorang individu.
Perubahan otak yang dikaitkan dengan penyakit Alzheimer membawa peningkatan kepada masalah:
- Ingatan
- Berfikir secara rasional
- Membuat pertimbangan dan keputusan
- Merancang dan melaksanakan kerja-kerja yang biasa dilakukan
- Perubahan pada personaliti dan tingkahlaku
Perubahan otak yang berlaku dalam penyakit Alzheimer boleh menjejaskan cara bertindak dan perasaan anda. Pesakit Alzheimer boleh mengalami:
- Kemurungan
- Sikap tidak ambil peduli
- Lebih suka menyendiri
- Perubahan mood yang mendadak
- Tidak mempercayai orang lain
- Mudah naik angin dan bersikap kasar
- Perubahan pada pola rehat/tidur
- Sering menyimpang atau merayau-rayau
- Kehilangan perasaan
- Berilusi, mempercayai sesuatu barang telah dicuri
Banyak kemahiran penting tidak hilang sehingga penghujung penyakit ini. Ini termasuk keupayaan untuk membaca, menari dan menyanyi, menikmati muzik, terlibat dalam kraf dan hobi, mengingati dan berkongsi cerita.
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza.
Seharusnya anda berbincang dengan doktor mengenai kaedah rawatan yang terbaik untuk keadaan anda.
Punca
Apakah punca lupa ingatan Alzheimer?
Para saintis percaya bahawa bagi kebanyakan orang, penyakit Alzheimer disebabkan oleh kombinasi faktor genetik, gaya hidup dan faktor persekitaran yang mempengaruhi otak dari masa ke masa.
Walaupun punca penyakit ini masih belum dikenalpasti sepenuhnya, namun kesannya terhadap otak memang sangat jelas. Alzheimer merosakkan dan membunuh sel-sel otak.
Otak yang terkesan dengan Alzheimer mempunyai kurang sel dan tidak banyak berhubung dengan sel-sel otak lain yang masih terselamat berbanding otak pada tubuh badan seseorang yang sihat.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada lupa ingatan Alzheimer?
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi keadaan kesihatan ini:
- Umur
- Sejarah keluarga dan genetik
- Sindrom Down
- Jantina
- Kerosakan kognitif yang ringan
- Trauma di kepala
- Gaya hidup
- Kesihatan organ jantung
- Pembelajaran sepanjang hayat dan penglibatan sosial
Diagnosis & Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana diagnosis ditentukan terhadap pesakit lupa ingatan Alzheimer?
Tiada ujian khusus buat masa ini yang dapat mengesahkan bahawa anda mempunyai penyakit Alzheimer.
Doktor akan membuat penilaian mengenai sama ada Alzheimer adalah penyebab simptom berdasarkan maklumat yang diberikan dan keputusan pelbagai ujian yang membantu menjelaskan diagnosis.
Penyakit Alzheimer boleh didiagnosis dengan ketepatan yang lengkap hanya selepas kematian, apabila pemeriksaan mikroskopik otak mendedahkan ciri serta kekusutan dalam otak.
Bagi membantu membezakan penyakit Alzheimer daripada sebab-sebab kehilangan ingatan yang lain, doktor kini biasanya bergantung pada jenis ujian berikut:
- Ujian Fizikal dan neurologikal
- Ujian makmal
- Ujian status mental dan neuropsikologikal
- Pengimejan Otak
Bagaimana penyakit Alzheimer dirawat?
Rawatan Alzheimer ketika ini boleh membantu untuk seketika dengan gejala hilang ingatan dan perubahan kognitif yang lain. Dua jenis rawatan yang digunakan untuk merawat gejala kognitif:
- Cholinesterase inhibitors.
- Memantine (Namenda)
Kadang-kadang ubat-ubatan lain seperti anti-kemurungan digunakan untuk membantu mengawal simptom tingkah laku yang berkaitan dengan penyakit Alzheimer.
Tetapi beberapa ubat hanya boleh digunakan dengan berhati-hati.
Sebagai contoh, beberapa ubat tidur biasa – zolpidem (Ambien), eszopiklone (Lunesta) dan lain-lain – boleh meningkatkan kekeliruan dan risiko ketidakstabilan tubuh sehingga terjatuh.
Ubat anti-kemurungan – klonazepam (Klonopin) dan lorazepam (Ativan) – meningkatkan risiko jatuh, kekeliruan dan pening. Sentiasa periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan baru.
[embed-health-tool-bmi]