backup og meta

7 Klinik Haiwan Di Kuala Lumpur Yang Ramai Orang Selalu Pergi, Review Pun Terbaik!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 19/06/2023

    7 Klinik Haiwan Di Kuala Lumpur Yang Ramai Orang Selalu Pergi, Review Pun Terbaik!

    Bagi anda yang memelihara binatang peliharaan di rumah seperti kucing dan anjing, penjagaan kesihatan haiwan kesayangan perlu menjadi keutamaan setiap masa. Oleh itu, amat penting untuk anda tahu klinik haiwan terbaik untuk memenuhi keperluan kesihatan ‘si bulus’ anda. Mencari klinik haiwan near me berserta klinik haiwan reviews? Ini senarai klinik haiwan di Kuala Lumpur yang boleh anda pertimbangkan. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

    3 sebab kenapa anda kena pergi klinik haiwan terbaik

    Mengunjungi klinik veterinar adalah aspek penting dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan haiwan peliharaan anda.

    Pemeriksaan kesihatan berkala membolehkan doktor veterinar mengesan sebarang masalah kesihatan haiwan lebih awal dan memberikan rawatan yang diperlukan.

    Vaksinasi juga penting untuk melindungi haiwan peliharaan anda daripada penyakit berjangkit.

    haiwan

    Selain itu, doktor veterinar dapat memberikan nasihat dan rawatan untuk mencegah parasit yang boleh membahayakan haiwan peliharaan anda.

    Dengan kata lain, kunjungan rutin ke klinik veterinar adalah kunci untuk memastikan haiwan peliharaan anda kekal sihat dan sejahtera.

    7 klinik haiwan near me yang boleh dikunjungi

    #1. Klinik Veterinar Hartamas

    klinik haiwan terbaik

    Klinik Veterinar Hartamas merupakan sebuah klinik haiwan terbaik yang terletak di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

    Klinik ini menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk pemeriksaan kesihatan, vaksinasi, pembedahan dan rawatan penyakit kronik. Berdasarkan ulasan pelanggan, klinik ini dikenali kerana layanan yang baik selain staf yang mesra.

    Pelanggan juga memuji kebersihan klinik dan profesionalisme doktor veterinar yang berkhidmat di sini.

    Alamat: Plaza Crystalville 1, Gf9, Jalan 23/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Sri Hartamas, Malaysia.

    Waktu operasi: 10 pagi hingga 7 malam

    #2. Hospital Veterinar Gasing (Gasing Veterinary Hospital)

    Hospital Veterinar Gasing adalah hospital veterinar yang terletak di Petaling Jaya, berhampiran Kuala Lumpur.

    Hospital ini menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk rawatan kecemasan, pembedahan dan rawatan penyakit kronik. Menurut ulasan, hospital ini mendapat pujian kerana memiliki staf yang mesra dan berpengetahuan.

    Hospital ini juga dikenali ramai kerana dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan perubatan haiwan serba canggih.

    Alamat: 53 & 55, Jln 5/58, Gasing Indah, 46000 Petaling Jaya, Selangor.

    Waktu operasi: 10 pagi hingga 6 petang

    Facebook: https://www.facebook.com/people/Gasing-Veterinary-Hospital/100063522280296/

    #3. Klinik Veterinar J Avenue

    klinik haiwan terbaik

    Klinik Veterinar J Avenue adalah sebuah klinik haiwan terbaik yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur.

    Di sini, mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk pemeriksaan kesihatan, vaksinasi dan rawatan kecemasan untuk haiwan peliharaan kesayangan anda.

    Berdasarkan ulasan pelawat, klinik ini mendapat rekomendasi positif disebabkan layanan yang baik selain harga berpatutan.

    Klinik ini juga direkomendasi kerana doktor veterinarnya yang berpengalaman dan mesra pelanggan. 

    Alamat: 11G, Jalan J-avenue, Taman J-Avenue, 43200 Cheras, Selangor.

    Waktu operasi: 10 pagi hingga 6.30 petang

    Facebook: https://www.facebook.com/javenuevetclinic/

    #4. Klinik haiwan terbaik: Klinik Veterinar Taman Tun Dr Ismail

    Klinik Veterinar Taman Tun Dr Ismail adalah sebuah klinik haiwan yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

    Menurut ulasan daripada pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatan, klinik ini memiliki staf yang mesra dan juga profesional.

    Staf di klinik ini mampu memberikan penjelasan yang jelas dan terperinci tentang keadaan haiwan peliharaan anda. 

    Alamat: 119, Jln Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Waktu operasi: 10 pagi hingga 6.30 petang

    Facebook: https://www.facebook.com/p/Taman-Tun-Dr-Ismail-Veterinary-Clinic-Sdn-Bhd-100063773731326/

    #5. Klinik Veterinar & Pusat Haiwan Hand N Paws

    klinik haiwan terbaik

    Klinik Veterinar & Pusat Haiwan Hand N Paws adalah klinik haiwan terbaik yang terletak di Petaling Jaya.

    Bagi mereka yang tinggal di sekitar Petaling Jaya atau Pusat Bandar Kuala Lumpur, anda boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan untuk haiwan kesayangan di sini.

    Menurut ulasan, klinik ini mempunyai doktor veterinar yang berpengalaman selain harga servis yang berpatutan.

    Alamat: G-21, Block B, Merchant Square, Jln Tropicana Selatan, Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor.

    Waktu operasi: 10 pagi hingga 7 malam

    Facebook: https://m.facebook.com/profile.php?id=202250219796237

    #6. VPAC – Klinik Haiwan Vets For Pets Kuchai Lama

    VPAC – Klinik Haiwan Vets For Pets Kuchai Lama adalah klinik veterinar yang terletak di Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

    Berdasarkan ulasan, walaupun doktor di klinik ini masih muda, mereka menjalankan perkhidmatan dengan sangat teratur, bersemangat, penyayang dan empati.

    Bil keseluruhan juga dikatakan lebih murah sekurang-kurangnya 30% daripada kebanyakan klinik-klinik lain. 

    Alamat: No. 49, Jalan Kuchai Lama, Taman Lian Hoe, 58100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Waktu operasi: 10 pagi hingga 7 malam

    Facebook: https://www.facebook.com/vpackuchailama/

    #7. Klinik haiwan terbaik: iVet Petcare

    iVet Petcare adalah pusat rawatan haiwan yang mempunyai beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan juga Selangor.

    Klinik ini menawarkan pelbagai perkhidmatan yang komprehensif selain agak popular dalam kalangan pencinta haiwan.

    Kebanyakan pelanggan memuji kebersihan klinik dan profesionalisme doktor veterinar di pusat rawatan ini.

    Menurut ulasan, klinik ini juga menawarkan produk kesihatan haiwan peliharaan yang unik.

    Alamat: 3 Two Square, Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya, Selangor (Cawangan Petaling Jaya).

    Waktu operasi: 10 pagi hingga 6 petang

    Facebook: https://www.facebook.com/ivetpetcare/

    Laman web: https://ivet-petcare.com/

    Kesimpulan 

    Haiwan kesayangan perlu diperiksa secara berkala walaupun tidak menunjukkan tanda-tanda kurang sihat.

    Tujuannya supaya saringan penyakit boleh dijalankan lebih awal.

    Namun anda perlu tahu bahawa ulasan bagi setiap klinik adalah subjektif dan mungkin berbeza-beza antara individu.

    Anda disarankan untuk membuat penelitian sendiri sebelum membuat keputusan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 19/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan