backup og meta

Ketahui Jenis Bentuk Badan Anda

Ketahui Jenis Bentuk Badan Anda

Menentukan bentuk badan anda merupakan langkah pertama dalam mempelajari cara berpakaian yang menjadikan tubuh anda kelihatan lebih baik. Hampir setiap wanita mempunyai bahagian badan yang ingin mereka sembunyikan dan juga bahagian positif yang menambah keyakinannya. Panduan ini akan membantu anda mengetahui apa bentuk badan anda. Terdapat sekurang-kurangnya 5 jenis: pear, epal, segi empat tepat, segi tiga terbalik atau jam pasir.

Apakah bentuk yang sempurna?

Bentuk badan anda akan kekal dengan anda untuk seumur hidup, tidak kira betapa banyak berat badan anda berkurang atau bertambah, anda tidak akan mencapai bentuk yang ideal (yang tidak anda miliki). Tidak ramai orang yang mempunyai bentuk yang ideal (hanya 2% populasi). Mujurlah,  kecantikan bukanlah satu standard, tetapi bergantung pada pendapat masing-masing. Daripada menukar jenis badan anda – tonjolkanlah kelebihan anda. Setiap jenis bentuk badan mempunyai beberapa bahagian indah yang boleh diserlahkan.

Jenis bentuk badan

Bentuk jam pasir 

Ini dikenali sebagai jenis badan yang ideal. Bentuk jam pasir dicirikan sebagai ukur lilit pinggul dan ukur lilit dada anda mempunyai kelebaran yang sama dan pinggang anda jelas terbentuk. Selain itu, anda berkemungkinan besar mempunyai ukuran bentuk badan menegak yang seimbang.

Segi tiga terbalik

Ini adalah bentuk kedua terbaik dengan ciri: payudara yang besar sepadan, atau anda mempunyai bahu yang luas, atau kedua-duanya; peha yang runcing dengan bentuk pinggang yang jelas; kaki yang panjang dan ramping dan punggung yang rata.

Badan bentuk pear

Bentuk ini melibatkan ukur lilit payudara yang lebih kecil berbanding ukur lilit pinggul dan bentuk pinggang yang jelas; bahu sempit, ukuran bentuk badan menegak dengan kaki lebih pendek, peha penuh dan bahagian punggung yang bulat penuh.

Badan segi empat tepat

Ini adalah jenis bentuk dengan lilitan payudara dan lilitan pinggul dengan lebar yang sama, kaki dan lengan yang sama panjang, payudara kecil atau sederhana, badan seimbang atau jenis badan kaki panjang dengan punggung rata. Ini boleh dianggap sebagai bentuk jam pasir dalam beberapa kes, tetapi jenis bentuk ini membuatkan anda kelihatan lebih pendek dan lebih berat daripada keadaan sebenar anda.

Bentuk epal

Bentuk ini mempunyai penampilan khas keseluruhan yang bulat di pinggang, perut yang besar dan ke bawah, peha lebar dan peha bahagian atas penuh.

Bentuk badan adalah berdasarkan struktur rangka anda. Titik penentunya adalah pada bahu, pinggang, dan pinggul anda. Dalam kebanyakan orang, anda akan mempunyai bentuk yang sama sepanjang hayat anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin berubah antara bentuk langsing dan bentuk bulat pada waktu yang berbeza. Adakah anda terkejut mengetahui bentuk badan anda? Apa jua bentuk badan anda, ingat bahawa yang paling penting adalah keyakinan diri anda terhadap badan anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

  1. THE 3 SOMATOTYPES. https://www.uh.edu/fitness/comm_educators/3_somatotypesNEW.htm. Accessed on Sept 10, 2021
  2. What Your Body Shape Reveals About Your Health. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/health-and-wellness/2019/september/body-shape. types. Accessed on Sept 10, 2021
  3. 8 Different Body Types: Brilliant Tips to Help You Find Out Your Body Type. https://flo.health/health-articles/beauty/style-and-makeup/different-body-types. Accessed on Sept 10, 2021
  4. What your body shape (apple, pear, carrot) means for your health. https://www.eehealth.org/blog/2018/02/body-shape-heart-disease-risk/. Accessed on Sept 10, 2021
  5. The Art of Fashion. https://www.uen.org/cte/facs_cabinet/downloads/FashionStrategies/S2O1_ArtFashion.pdf. Accessed on Sept 10, 2021

Versi Terbaru

14/06/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Antibiotik Perlu Makan Habis! Kalau Tidak, Sakit Susah Sembuh Kalau Jadi Lagi?

Banjir Datang Lagi, Ini Apa Yang Mesti & Tak Boleh Dibuat Semasa Musim Banjir!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 14/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan