Kusta: Penyakit Kulit Kronik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 11/10/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Kusta atau leprosy adalah penyakit kulit yang telah wujud sejak zaman dahulu. Antara rekod terawal adalah sejak zaman kerajaan Mesir Purba. Pada zaman dahulu, penyakit ini menjadi sesuatu yang sangat ditakuti dan penghidapnya sering menghadapi stigma buruk daripada masyarakat.

Apakah punca penyakit kusta?

Kusta disebabkan oleh sejenis bakteria bernama Mycobacterium lepare (M. leprae). Bakteria ini menjejaskan kulit serta urat saraf. Ia merupakan sejenis bakteria yang lambat berkembang biak dan mengambil masa bertahun-tahun lamanya sebelum menghasilkan simptom ke atas pesakit.

Adakah kusta boleh berjangkit?

Antara punca ramai orang takut untuk mendekati pesakit kusta adalah bimbang akan dijangkiti penyakit tersebut. Ia sememangnya penyakit berjangkit. Namun, jangkitan daripada pesakit kepada orang yang sihat tidaklah berlaku seperti jangkitan bakteria lain.

Cara bagaimana ia boleh tersebar adalah tidak diketahui secara pasti. Apa yang pasti adalah seseorang itu perlu bersentuhan dengan cecair daripada mulut atau hidung pesakit berulang kali sebelum boleh dijangkiti bakteria M. leprae. Itu pun hanya akan berlaku jika pesakit tersebut tidak mengambil apa-apa rawatan.

Oleh itu, jangan takut untuk menyantuni pesakit kusta. Mereka juga memerlukan sokongan daripada masyarakat.

Apakah tanda dan simptom kusta?

Penyakit ini menjejaskan kulit dan urat saraf periferi. Mata dan hidung juga mungkin boleh terjejas sama.

Simptom utamanya adalah kecacatan pada kulit dalam bentuk luka atau ketulan yang tidak hilang dalam tempoh beberapa minggu atau bulan. Kecacatan tersebut berwarna pudar berbanding kulit.

Kesan pada urat saraf periferi pula menyebabkan hilang deria rasa pada tangan dan kaki serta otot menjadi lemah.

Disebabkan bakteria M. leprae berkembang biak dalam tempoh yang lambat, ia kebiasaannya mengambil masa antara 3 hingga 5 tahun sebelum simptom dan tanda tersebut dapat dilihat. Malah, ada juga mereka yang tidak mengalami sebarang simptom sehingga 20 tahun. Tempoh yang berbeza ini membuatkan doktor susah untuk menjangkakan tempoh jangkitan pesakit.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Psoriasis Tiada Penawar, Tapi Anda Mampu Melawannya Dengan 5 Langkah BERKESAN Ini

    Penyakit kulit psoriasis sememangnya memberikan ketidakselesaan kepada pesakit psoriasis. Jangan risau, ikuti 5 langkah ini untuk melawannya dengan berkesan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 15/04/2020 . 4 minit bacaan

    Cari Rawatan Psoriasis? Ini 4 Sebab Perlu Guna Ubat Biologik- Paling Berkesan

    Jika anda ingin mendapatkan rawatan penyakit psoriasis terbaik, boleh pertimbangkan ubat biologik. Cuba bandingkan dengan rawatan tradisional psoriasis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Penyakit Kulit 15/04/2020 . 3 minit bacaan

    Adakah Penyakit Kusta Benar-benar Sudah Pupus?

    Jarang sekali kita bertembung atau terdengar cerita berkenaan dengan penyakit kusta sekarang. Adakah ini bermakna penyakit kusta telah pupus?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 31/01/2020 . 4 minit bacaan

    Awas! Ini Mungkin Tanda Anak Anda Dijangkiti Kudis Buta

    Anak anda pulang dari asrama sekolah dan mengadu gatal-gatal di celah jari dan timbual ruam merah? Mungkin anak anda dijangkiti kudis buta

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 29/01/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tumbuh jambang

    Lelaki Kurang Jantan Jika Tiada Janggut, Benarkah Ada Kaitan Dengan Hormon Testosteron?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
    merawat psoriasis ketika hamil

    Ibu Hamil @ Menyusu Yang Ada Psoriasis, Jangan Ambil Ubatan Ini Selagi Tidak Diizinkan Doktor!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit kulit psoriasis

    Pesakit Psoriasis Nak Elak Luka Pada Kulit Semasa Bercukur? Ini 5 Tip Bercukur Secara Selamat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    produk kosmetik

    Nak Cantik Sampai Tak Ambil Tahu Kesan Pada Wajah, Ini Bahaya Jika Pakai Kosmetik Ada Merkuri!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/07/2020 . 3 minit bacaan