Bahaya Ada Ruam Tompokan Darah Seakan Labah-labah Di Badan! Ini Amaran Penyakit Sirosis Hati

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Selalunya, ruam kulit muncul dengan bentuk bulat atau leper dan berwarna kemerahan. Namun, terdapat sesetengah kes di mana ruam kulit terbentuk di muka seakan cabangan pokok atau sarang labah-labah.

Ketahui pengertian ruam kulit tersebut dengan lebih lanjut dalam artikel ini.

Apakah itu ruam kulit spider nevi?

Sebilangan indvidu mempunyai pembuluh darah yang terlihat sangat jelas di kulit wajah ataupun bahagian badan lain.

Ruam kulit spider nevi adalah kumpulan pembuluh darah kecil yang mengembang dan berkumpul dekat dengan permukaan kulit.

Penampilannya seakan-akan sarang labah-labah yang mempunyai titik pusat dan cabangan. Ia boleh muncul dalam warna merah, ungu atau kebiruan.

Punca ruam kulit spider nevi

Jaringan pembuluh darah yang kelihatan dekat dengan kulit adalah tidak normal. Punca ruam kulit ini berlaku tidak difahami sepenuhnya oleh para saintis.

Namun, penyelidik percaya bahawa pelbagai faktor boleh menyebabkan spider nevi, sama ada dari sudut masalah kesihatan, perubahan hormon mahupun persekitaran.

1. Pendedahan kepada cahaya matahari

kulit ruam

Sinar matahari yang berlebihan mampu mengembangkan pembuluh darah.

Selain itu, lapisan kulit berpotensi untuk menipis sehingga membuat pembuluh darah terlihat jelas di bawah permukaan kulit.

2. Iritasi daripada bahan kimia dalam kosmetik

Bahan kimia yang terdapat dalam sesetengah produk kosmetik boleh merosakkan struktur kulit dan menyebabkan ia lebih nipis.

Oleh itu, pembuluh darah akan muncul sebagai ruam kulit spider nevi.

3. Trauma

Kecederaan selepas pukulan atau ditimpa sesuatu benda yang keras boleh menyebabkan kontusi pada kulit.

Semasa ia berlaku, pembuluh darah boleh pecah dan kelihatan di permukaan kulit.

4. Perubahan hormon

Ia biasanya berlaku apabila tahap estrogen tinggi dalam sistem tubuh anda seperti kehamilan dan penyakit sirosis hati.

5. Penyakit sirosis hati

penyakit sirosis hati

Ruam kulit spider nevi boleh berlaku apabila terdapat penyakit sirosis hati yang berkaitan dengan pengambilan alkohol yang banyak.

Kajian menunjukkan sebanyak 33% pesakit sirosis mempunyai ruam kulit ini.

Ia berlaku kerana hati tidak berfungsi dengan baik untuk memproses estrogen di dalam badan.

Faktor risiko ruam kulit spider nevi

Walaupun punca ruam kulit ini tidak difahami sepenuhnya, beberapa faktor boleh meletakkan anda pada risiko yang lebih tinggi seperti :

Bolehkah ia dicegah?

Anda mungkin tidak dapat mencegah ia sepenuhnya sekiranya anda mempunyai faktor keturunan dan genetik.

Walaupun tidak ada langkah pencegahan khusus yang diketahui, pembentukan spider nevi mungkin boleh dihalang dengan :

Rawatan ruam kulit spider nevi

Anda boleh berunding dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang lebih efektif. Secara umum, beberapa rawatan yang boleh dijalankan adalah seperti :

1. Terapi ablasi laser

Ia berfungsi dengan menghantar cahaya yang kuat ke dalam pembuluh darah. Pembuluh darah yang timbul akan perlahan-lahan pudar dan hilang.

Jenis terapi ablasi yang terbaru menggunakan tenaga frekuensi radio dan bukannya cahaya.

Terapi ini tidak menggunakan sebarang jarum atau pemotongan. Namun begitu, prosedur ini sering kali kurang berkesan berbanding dengan skleroterapi, terutama sekali untuk pembuluh darah yang lebih besar.

Kesan sampingan termasuklah kemerahan, lebam, gatal, bengkak dan perubahan warna kulit yang kekal.

2. Skleroterapi

Dalam prosedur ini, doktor akan menyuntik pembuluh darah yang terjejas dengan larutan yang membentuk parut dan menutup urat tersebut.

Ia mengakibatkan darah untuk mengalir semula melalui pembuluh darah yang lebih sihat.

Dalam beberapa minggu, spider nevi yang dirawat akan mula pudar. Walaupun urat yang sama mungkin perlu disuntik lebih daripada sekali, namun skleroterapi biasanya sangat berkesan jika dilakukan dengan betul.

Prosedur ini tidak memerlukan bius dan boleh dilakukan di pejabat doktor anda.

Kesan sampingan boleh terjadi termasuklah gatal-gatal, bengkak dan perubahan warna kulit pada kawasan yang dirawat.

Konklusi

Jika anda mempunyai ruam kulit spider nevi di kawasan tubuh anda, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca dan pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ruam Kulit

Kenali apa itu Ruam Kulit. Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/05/2018 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

waxing

10 Perkara yang Perlu Dilakukan Selepas Waxing dan Bercukur Untuk Elakkan Ruam dan Radang

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/03/2019 . 3 minit bacaan
heat-rash-treatment-prevention

Rawatan dan Pencegahan Ruam Panas

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Diterbitkan pada 07/03/2019 . 2 minit bacaan

Apa yang Berlaku Semasa Terapi Laser?

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz
Diterbitkan pada 07/03/2019 . 2 minit bacaan
penyakit kulit bayi

Ekzema, Ruam dan Alahan, Ini Antara Jenis Penyakit Kulit Yang Kerap Berlaku Pada Bayi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr Aqilah
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/03/2019 . 2 minit bacaan