backup og meta

4 Tip Mudah Mengatasi Letih Semasa Berpuasa

4 Tip Mudah Mengatasi Letih Semasa Berpuasa

Berpuasa bukan bererti anda harus bekerja dengan lemah dan lesu. Jika anda rasa letih ketika berpuasa, adakah anda pernah berfikir bagaimana para atlet bola sepak seperti Mesut Özil, Paul Pogba, Emre Can, Samir Nasri menjalankan ibadah puasa? Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa atlet tetap boleh berlatih seperti biasa pada saat berpuasa. Apa yang penting adalah persiapan yang baik, mulai dari niat sampai nutrisi. Untuk anda yang tidak berlari di padang bola sepak, harusnya lebih bersemangat daripada mereka.

Letih ketika berpuasa terjadi hanya dalam 3-4 hari pertama

Menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan tidak boleh dilakukan dengan separuh hati. Selain beribadah, puasa juga memberikan manfaat kesihatan untuk anda, salah satunya adalah puasa diyakini sebagai cara untuk mendetoksifikasi badan dengan baik. Dengan berpuasa, perut yang sebelum ini bekerja secara berterusan boleh berehat.

Letih ketika berpuasa dikatakan hanya terjadi pada fasa awal puasa, iaitu 3-4 hari pertama. Selepas 3-4 hari, badan akan menyesuaikan diri sehingga tak akan lagi rasa letih dan lesu. Tak ada masalah bagi orang yang berpuasa melakukan aktiviti seperti biasa. Sepatutnya tidak terjadi kurang fokus atau tumpuan jika dia sahur dan berbuka puasa dengan tepat dan mengambil makanan yang seimbang.

Jika anda merasa letih ketika berpuasa, mungkin ada yang salah pada pola hidup atau pola makan anda saat berbuka puasa dan sahur.

Cara mengatasi letih dan kurang tenaga semasa berpuasa

Mengubah beberapa tabiat anda di bulan Ramadhan dapat mewujudkan perbezaan besar untuk membuat badan lebih bertenaga. Jangan biarkan rasa letih ketika berpuasa menurunkan produktiviti anda. Ada beberapa cara mudah yang boleh dicuba untuk mengatasi lesu dan kurang tenaga ketika berpuasa.

1. Pastikan anda terhidrasi dengan baik

Dehidrasi saat berpuasa kemungkinan besar menjadi penyebab anda letih. Pastikan pada saat berbuka puasa dan sahur, anda mencukupkan keperluan air anda. Anda boleh cuba pola 2-4-2, dua gelas saat berbuka puasa, empat gelas sepanjang malam, dan dua gelas ketika sahur. Tidak hanya air putih, anda boleh mengambil buah-buahan atau yogurt untuk menambah pengambilan cecair.

Elakkan minuman yang mengandungi kafein sepanjang bulan puasa. Kafein di dalam kopi, minuman bersoda, mahupun teh yang dimakan 3-6 jam sebelum tidur boleh membuatkan anda susah tidur dan berpeluang terjaga di tengah malam. Berhenti mengambil kafein secara beransur-ansur adalah cara terbaik untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Anda mungkin akan rasa letih dan sakit kepala apabila tidak mengambil kafein. Keadaan ini hanya bersifat sementara.

2. Perhatikan makanan ketika berbuka puasa dan sahur

Semua makanan memang kelihatan mengenyangkan pada saat berbuka puasa, tetapi tidak semuanya memberikan nutrisi kepada badan. Makanan berasaskan tepung dan yang mengandungi kadar gula yang tinggi boleh membuatkan anda cepat letih. Jadi, cuba elakkan makanan seperti ini. Ambil makanan segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan secara teratur.

Berbanding mengambil makanan dalam jumlah yang besar dalm satu waktu, lebih baik mengambilnya dalam jumlah kecil setiap 3 jam sekali dari waktu berbuka puasa hingga menjelang imsak. Berikut ini adalah beberapa pilihan kudapan yang boleh menghasilkan tenaga untuk bekerja:

  • Buah potong, misalnya sebuah pisang saiz sederhana mengandungi sekitar 100 kalori dan epal saiz sederhana mengandungi sekitar 80 kalori.
  • Salad dan telur rebus. Sebiji telur saiz sederhana boleh menghasilkan tenaga sekitar 80 kalori.
  • Batang coklat hitam tanpa susu mengandungi sekitar 250 kalori dalam setiap 50 gram.

3. Lakukan senaman yang anda suka

Aktiviti normal pun sudah memenatkan, apatah lagi bersenam. Namun percayalah bahawa senaman berkala akan membuat anda lebih bertenaga.

Bahkan untuk sebahagian orang, bersenam mampu meningkatkan kualiti tidur mereka. Dua jam setengah dalam seminggu adalah tempoh yang dianjurkan untuk menjaga kecergasan tubuh.

Namun anda tidak perlu memenuhi tempoh ini serta merta. Mulakan dengan senaman ringan seperti 10 minit sehari berjalan kaki. Agar terus bersemangat, pilihlah senaman dan suasana yang anda suka. Aktiviti tersebut boleh disertai dengan iringan muzik atau dilakukan secara beregu di tempat terbuka.

4. Waktu tidur yang tetap

Cukup rehat adalah kunci untuk terus bertenaga ketika bekerja sepanjang hari. Cuba untuk bangun dan tidur di jam yang sama setiap hari, sehingga tubuh mempunyai jam biologi yang dijadualkan. Buatlah jadual yang sesuai dengan keperluan sahur di bulan Ramadan. Memasang jam loceng boleh membantu anda bangun tepat pada waktunya. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh diterapkan agar anda mempunyai waktu rehat yang berkualiti:

  • Mandi dengan air hangat, membaca buku, atau mendengar muzik tenang sebelum tidur di malam hari dapat membantu anda tidur lebih nyenyak.
  • Elakkan makan dalam masa 2 jam sebelum waktu tidur. Gas dalam perut yang menghadam makanan mungkin akan membuat anda terjaga.
  • Nikotin di dalam rokok, alkohol, dan kafein juga membuat anda susah tidur.
  • Sebaiknya jadikan bilik tidur hanya untuk berehat. Kewujudan komputer dan TV di bilik boleh mengganggu ketenangan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber

10 ways to not be tired.

http://www.besthealthmag.ca/best-you/sleep/10-ways-to-not-be-tired/4/. Accessed 30/05/2017.

9 Ways to Get Your Energy Back.

http://www.webmd.com/balance/features/get-energy-back#1. Accessed 30/05/2017.

How to Stop Feeling Tired All the Time.

https://www.healthyfamiliesbc.ca/home/articles/always-tired.  Accessed 30/05/2017.

Ramadan Reflection Day 12: Are You Sleeping Enough and Eating Well?.

http://www.huffingtonpost.com/imam-khalid-latif/ramadan-reflection-day-12-sleeping-enough-eating-well_b_1724349.html. Accessed 30/05/2017.

Fasting during the month of Ramadan can cause headaches, fatigue and dehydration. https://www.washingtonpost.com/national/health-science/fasting-during-the-month-of-ramadan-can-cause-headaches-fatigue-and-dehydration/2011/08/15/gIQAhuV1WJ_story.html?utm_term=.ae05a4f59028. Accessed 30/05/2017.

Versi Terbaru

06/12/2019

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Kate


Artikel Berkaitan

Moon Face, 7 Punca Ini Sebabkan Muka Jadi Bulat & Kelihatan Bengkak, Bahaya!

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Dera, Bagaimana Laporkan Kepada Pihak Berkuasa?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan