Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda kerap mengantuk di siang hari walaupun sudah tidur dengan secukupnya pada waktu malam? Kenapa sering mengantuk padahal tidur cukup? Ini beberapa jawapan yang mungkin anda cari.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Mengapa tidur penting?
Walaupun anda mungkin menganggap tidur sebagai satu tabiat atau sekadar amalan harian, namun ia sebenarnya adalah satu keperluan yang sangat penting untuk tubuh badan manusia.
Bagi individu dewasa, waktu tidur yang ideal adalah antara 7 hingga 8 jam setiap hari.
Namun, walaupun anda sudah tidur mengikut waktu yang disarankan ini, tidak bermakna anda tidak akan berasa mengantuk pada waktu siang.
Oleh itu, kenapa sering mengantuk padahal tidur cukup? Lihat penerangan selanjutnya di bawah ini.
Punca sebabkan anda kerap mengantuk walaupun cukup tidur
Sebenarnya, ada beberapa faktor atau punca mata letih dan mengantuk yang boleh menyebabkan anda masih berasa mengantuk di siang hari walaupun anda sudah tidur cukup 8 jam.
Antara punca-punca tersebut adalah:
#1. Apnea tidur
Apnea tidur merupakan satu keadaan di mana nafas anda boleh terhenti seketika sewaktu anda sedang lena tidur.
Ia merupakan sejenis gangguan tidur dan berlaku disebabkan saluran pernafasan yang tersumbat (obstructive sleep apnea).
Apabila anda sukar bernafas, otak akan menghantar isyarat kepada badan untuk bangun dan bernafas semula.
Perkara seperti ini yang menyebabkan tidur anda terganggu memandangkan anda mungkin akan terbangun beberapa kali setiap malam.
Jika anda mengalami keadaan seperti ini, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui kaedah untuk mengatasinya.
#2. Kerap mengantuk kerana sleepwalking
Pernahkah anda mengalami keadaan sleepwalking atau berjalan ketika tidur? Ia mungkin tidak berlaku kepada anda tetapi ada sesetengah individu yang berhadapan dengan masalah ini.
Walaupun anda sedang tidur dan berada dalam keadaan yang tidak sedar, anda masih lagi boleh berjalan ketika tidur.
Ia lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak, namun orang dewasa juga boleh mengalaminya. Berjalan ketika tidur boleh membuatkan tubuh badan berasa letih dan penat.
Oleh sebab itu, tidak pelik mengapa anda boleh berasa mengantuk walaupun telah tidur nyenyak pada waktu malam.
#3. Jam biologi yang terganggu
Antara punca lain yang menyebabkan seseorang itu kerap mengantuk walaupun telah tidur dengan cukup adalah kerana jam biologi badan yang tidak normal.
Untuk pengetahuan anda, jam biologi atau ritma sirkadian merupakan waktu segala fungsi organ dan tubuh anda berfungsi secara semula jadi.
Apabila ia terganggu, maka ia boleh menyebabkan seseorang itu sering mengantuk.
Antara mereka yang sering mengalami gangguan jam biologi adalah mereka yang bekerja shift tidak menentu, mereka yang menaiki penerbangan ke zon waktu berbeza atau mereka yang bekerja pada waktu malam.
#4. Pengambilan alkohol
Bagi mereka yang mengambil alkohol, anda perlu tahu bahawa ia boleh menyebabkan anda kerap mengantuk di siang hari.
Ini kerana, alkohol boleh meningkatkan pengeluaran hormon epinefrin iaitu hormon stres yang memberi kesan kepada degupan jantung dan rangsangan terhadap badan.
Minuman beralkohol juga boleh membuatkan anda mengalami apnea tidur pada waktu malam selain meningkatkan keinginan untuk membuang air kecil ketika waktu malam.
#5. Sindrom kaki resah (restless leg syndrome) sebabkan kerap mengantuk
Sindrom kaki resah juga boleh membuatkan anda mengalami gangguan ketika tidur malam.
Sindrom ini menyebabkan anda tidak boleh mengawal diri daripada menggerakkan kaki ketika tidur pada waktu malam.
Ia berlaku apabila terdapat rasa sensasi yang tidak selesa pada kawasan kaki.
Namun, kebanyakan orang yang mengalami sindrom ini tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalaminya.
Lebih-lebih lagi apabila anda tinggal atau tidur berseorangan.
Kesimpulan
Kini anda telah tahu kenapa sudah tidur tapi rasa mengantuk dan tertidur pada waktu siang walaupun tidur cukup sehingga 8 jam malam tadi.
Ia boleh menjadi tanda beberapa gangguan tidur seperti yang kami senaraikan di atas.
Sebenarnya, ada beberapa lagi punca lain yang boleh menyebabkan isu ini, namun kami hanya menyenaraikan punca-punca yang paling biasa dan kerap berlaku.
[embed-health-tool-bmi]