Soalan Pembaca
Hai Doktor, saya merasakan terdapat banyak cacing membiak dalam tubuh saya. Ini kerana saya seringkali berasa seperti terdapat sesuatu yang bergerak di dalam mata. Mungkinkah ini cacing pipih? Adakah ini berbahaya? Apa yang perlu saya lakukan?
Jawapan Doktor
Hi, terima kasih atas soalan yang diberikan.
Secara umumnya, masalah cacing lebih kerap terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Namun begitu, masalah cacing juga boleh berlaku dalam kalangan orang dewasa.
Ramai yang merasakan masalah jangkitan cacing hanyalah di bahagian usus sahaja. Tetapi, jangkitan cacing sebenarnya boleh merebak ke mata, hati, paru-paru dan salur darah.
Antara gejala masalah jangkitan cacing adalah:
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Muntah-muntah
- Kurang berat badan
- Cacing keluar dari najis
- Cacing keluar dari rongga seperti hidung dan mata
Masalah ini boleh ditangani dengan pengambilan ubat cacing. Namun, pesakit atau individu yang mengalami gejala kecacingan perlu mendapatkan nasihat doktor untuk pengesahan diagnosis dan pemberian rawatan yang sesuai.
Jawapan ini disediakan oleh Dr Zai Muhammad Zaidi, Panel Perubatan Hello Doktor.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Atau sertai komuniti kami untuk mengajukan soalan terus kepada ahli perubatan atau berkongsi pengalaman dengan ahli komuniti lain.
Apakah jenis-jenis cacing?
1. Cacing pita
Cestod atau cacing pita adalah salah satu spesies cacing pipih (flatworm) yang boleh hidup di dalam saluran gastrousus manusia.
Pengambilan makanan seperti daging kurang masak daripada haiwan yang dijangkiti adalah punca utama jangkitan cacing pita pada manusia.
Walaupun cacing pita pada manusia hanya menimbulkan simptom kecil dan boleh dirawat, namun ada kalanya ia boleh mengakibatkan masalah serius dan mengancam nyawa.
2. Cacing trematod, salah satu cacing pipih
Sama seperti cacing pita, parasit ini yang turut dikenali sebagai fluke ini dipindahkan daripada haiwan ke manusia melalui pengambilan makanan.
Kebanyakan individu dijangkiti dengan memakan ikan mentah, udang atau sayuran yang mengandungi larva parasit ini.
3. Cacing nematod
Lebih dikenali sebagai cacing gelang (roundworm) dan kerap ditemui di habitat akuatik, tanah, bersalji, padang pasir panas, di dalam tumbuhan serta pada haiwan.
Banyak spesies cacing gelang adalah parasit yang hidup dalam atau pada organisma hidup lain – disebut sebagai hos dan boleh mengakibatkan kemudaratan.
Salah satu jenis cacing di bawah kategori nematod adalah cacing jarum (pinworm) – yang bertelur di sekitar dubur dan selalunya menjadi parasit kepada kanak-kanak kerana telurnya dilepaskan ke dalam najis.
Cacing kerawit juga merupakan satu lagi parasit manusia. Ia akan menembusi kulit – terutamanya pada bahagian kaki apabila berjalan tanpa alas di tanah tercemar dan bergerak hingga ke paru-paru.
Baca juga: