backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

AWAS! Ini Bahaya Jika Selalu Ambil Paracetamol, Takut Terlebih Dos!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 24/07/2023

    AWAS! Ini Bahaya Jika Selalu Ambil Paracetamol, Takut Terlebih Dos!

    Penulis pasti ramai yang pernah dengar mengenai ubat paracetamol. Tahukah anda bahaya paracetamol jika dimakan lebih daripada dos yang ditetapkan?

    Paracetamol merupakan ubat tahan sakit yang paling popular di Malaysia. Ubat ini digunakan untuk mengurangkan rasa sakit dan bertujuan menurunkan suhu badan ke suhu normal semasa demam.

    Paracetamol merupakan sejenis ubat yang versatil. Ia boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit gigi, sakit kepala, sakit belakang, sakit otot, demam dan juga sakit ketika menstruasi.

    Disebabkan ubat ini mudah untuk dibeli dan boleh didapati di mana-mana sahaja, paracetamol adalah punca utama kes keracunan sama ada secara tidak sengaja atau sengaja di Malaysia.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kesihatan diri, anda boleh klik di sini.

    Elak bahaya paracetamol, jadi kena ambil dos yang betul

    bahaya paracetamol

    Jika anda ingin makan paracetamol, dos yang dicadangkan untuk orang dewasa ialah sebiji ataupun 2 biji pil 500 miligram, paling banyak 4 biji dalam masa 24 jam.

    Sebelum makan dos yang seterusnya, pastikan anda tunggu sekurang-kurangnya 4 jam. Jangan tambah bilangan dos walaupun anda sakit teruk.

    Ada beberapa sebab yang memungkinkan pengambilan bahaya paracetamol melebihi kadar toksik:

    1. Cubaan untuk meracun diri sendiri (bunuh diri).
    2. Bahaya paracetamol jika dimakan secara tidak sengaja oleh kanak-kanak.
    3. Pesakit termakan lebih daripada amaun yang dibenarkan kerana sakit tidak sembuh atau rasa sakit yang teramat sangat.

    Makan 1 atau 2 biji pil paracetamol secara berlebihan mungkin tidak akan mendatangkan apa-apa bahaya kepada anda dengan syarat anda tidak ambil lebih daripada 8 pil dalam masa 24 jam.

    Selain itu, pastikan anda tidak ambil 2 jenis ubat yang mengandungi paracetamol sebagai bahan aktif. Ramai yang anggap nama jenama ialah nama bahan yang terkandung di dalam ubat tersebut.

    Oleh itu, pastikan anda baca dahulu label yang tertulis di bahagian belakang ubat yang anda beli. Periksa sama ada ubat tersebut mengandungi paracetamol ataupun tidak.

    Tidak menjadi masalah jika anda ambil ubat tahan sakit yang tidak mengandungi paracetamol seperti ibuprofen ataupun aspirin.

    Jika anda terlepas 1 dos paracetamol kerana terlupa, cepat-cepat ambil dos tersebut sejurus selepas anda teringat.

    Walau bagaimanapun, jika terlupa, jangan makan ubat 2x pula ya! Pastikan anda ingat bila kali terakhir anda ambil paracetamol.

    Selain itu, jangan lupa untuk tunggu sekurang-kurangnya 4 jam sebelum ambil dos seterusnya.

    Jangan beri paracetamol kepada bayi bawah 3 bulan!

    bahaya paracetamol

    Jika anak anda berumur kurang daripada 3 bulan, bahaya paracetamol jika diberikan tanpa saranan doktor.

    Walau bagaimanapun, paracetamol selamat dimakan oleh bayi yang berumur lebih daripada 3 bulan.

    Namun, untuk lebih selamat, pastikan anda rujuk dengan doktor terlebih dahulu sebelum bertindak memberikan anak anda apa-apa jenis ubat.

    Bahaya jika anda memberikan paracetamol kepada anak sebelum imunisasi dengan tujuan untuk mengurangkan rasa sakit yang mereka alami semasa suntikan.

    Jika boleh, elakkan terus daripada memberi anak anda makan apa-apa jenis ubat pun sebelum sesi imunisasi. Paracetamol mungkin akan mengurangkan kadar keberkesanan imunisasi tersebut.

    Sebelum berikan anak anda dos kedua, pastikan jika anak anda benar-benar perlukan ubat tersebut. Hanya beri satu dos dalam masa 4 jam untuk kanak-kanak.

    Jika anda seorang yang mudah lupa, pastikan anda catatkan pukul berapa kali terakhir anak anda makan ubat.

    Bahaya paracetamol, boleh akibatkan keracunan

    bahaya paracetamol

    Individu yang mengalami keracunan paracetamol akan menunjukkan simptom yang berbeza mengikut masa. Pada awalnya, pesakit mungkin tidak akan mempunyai apa-apa simptom.

    Pesakit yang makan lebih daripada 10 gram paracetamol berisiko untuk mengalami kerosakan hati.

    Namun, pesakit yang mempunyai faktor risiko seperti selalu minum minuman keras ataupun mempunyai masalah kesihatan seperti HIV, gangguan pemakanan atau kelaparan, 5 gram paracetamol sudah cukup untuk merosakkan hati pesakit.

    Antara tanda keracunan paracetamol termasuklah:

    • 24 jam pertama: Hilang selera makan, mual, muntah-muntah, kepenatan
    • Hari ke-2 dan 3: Sakit perut dan sakit pada bahagian hati. Pada waktu ini, pesakit sudah kurang muntah-muntah dan kembali berselera untuk makan
    • Hari ke-3 dan 4: Kembali muntah-muntah, rasa mual dan hilang selera makan. Mula alami jaundis dan gangguan mental
    • Selepas hari ke-4: Jika dihantar ke hospital, pesakit akan mula sembuh setelah menerima rawatan. Jika tidak, pesakit boleh alami kerosakan organ yang kemudiannya boleh membawa maut

    Jika ada individu yang anda kenali mengalami simptom seperti di atas, penting untuk anda cepat-cepat membawanya ke hospital untuk rawatan kecemasan.

    Bahaya jika anda makan paracetamol lebih daripada dos yang ditetapkan.

    Walaupun ia boleh didapati dengan mudah di kaunter farmasi yang berdekatan, tapi itu tidak bermakna ia selamat untuk dimakan berkali-kali!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 24/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan