Walaupun Ramadan menjelang pada setiap tahun, pada asasnya berpuasa menyebabkan keletihan terutamanya bagi yang bekerjaya. Ini kerana selain perlu menumpukan kepada ibadat puasa, mereka perlu menggunakan mental dan fizikal untuk memastikan tugasan harian berjalan lancar seperti biasa. Baca artikel ini untuk membantu anda sentiasa cergas dan bertenaga sepanjang hari.
1. Jauhi makanan segera
Makanan segera adalah makanan yang sudah diproses dan sudah tentu mempunyai banyak bahan perasa. Apabila berbuka atau bersahur dengan makanan ini anda akan berasa lebih cepat letih dan lesu kerana badan memerlukan tenaga yang lebih untuk memprosesnya dan ini secara tidak langsung anda juga terdehidrasi. Sebaiknya, berbuka dengan makanan segar yang dimasak.
Selain itu, kandungan serat yang sedikit dan gula yang tinggi boleh menyebabkan kenaikan kadar gula dalam darah yang akan mengganggu penghidap diabetes.
2. Elakkan makanan bergoreng dan berkafein
Setiap makanan yang digoreng semestinya lebih enak, namun memakannya akan membuatkan anda mudah berasa mengantuk kerana sistem penghadaman terpaksa bekerja lebih kuat untuk memproses lemak. Ia juga mengandungi minyak dan lemak trans yang menyebabkan saluran arteri, mencemarkan sel darah serta meningkatkan kolesterol jahat (LDL).
Manakala minuman berkafein dipercayai mampu memberi anda tenaga kerana ia membantu mengurangkan rasa mengantuk, rasa lebih segar dan bersemangat. Namun tanpa disedari sebenarnya lama-kelamaan tubuh anda akan berasa lebih penat.
3. Pengambilan makanan kaya zat besi
Makanan yang kaya dengan sumber zat besi seperti daging lembu, ikan, kekacang dan sayur-sayuran hijau membantu tubuh anda menjadi lebih bertenaga. Zat besi adalah sumber mineral penting yang membantu membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh. Jika anda kekurangan zat besi, anda mudah berasa lemah, lesu dan tidak sihat, terutamanya ketika bulan Ramadan.
4. Banyakkan meminum air
Inilah paling sukar dilakukan semasa puasa Ramadan kerana anda kekenyangan dengan minuman bergula dan makanan. Jadi pastikan sepanjang puasa anda mendapatkan air putih secukupnya supaya dapat mengelakkan kekurangan cacair tubuh pada waktu siang yang mana anda tidak boleh mengambil sebarang makanan atau minuman. Amalkan air putih secara berkala sebanyak 8 gelas atau 3 liter sehari.
5. Kurangkan aktiviti luar
Sepanjang berpuasa, elakkan aktiviti lasak dan aktiviti luar yang terdedah kepada cahaya matahari. Ini kerana suhu panas menyebabkan cecair dala badan mengewap. Sebaiknya lakukan aktiviti ringan bersama keluarga yang secara tidak langsung membuatkan anda lupa terhadap rasa lapar dan dahaga.
[embed-health-tool-bmi]