backup og meta

Perkasa Kebajikan Wanita, Perubahan Sektor Kesihatan Antara Fokus Menteri Kesihatan Malaysia Baharu

Perkasa Kebajikan Wanita, Perubahan Sektor Kesihatan Antara Fokus Menteri Kesihatan Malaysia Baharu

Baru-baru ini, senarai kabinet menteri-menteri baharu telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Ini termasuklah pengumuman Dr. Zaliha Mustafa sebagai Menteri Kesihatan Malaysia yang baharu. Mari kita lihat apakah antara inti pati utama wawasan menteri kesihatan yang baru dilantik ini berkenaan isu-isu kesihatan di Malaysia. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Menteri Kesihatan Malaysia yang pertama daripada kaum wanita

Sejak kemerdekaan, posisi atau jawatan menteri kesihatan di negara ini hanya didominasi oleh kaum lelaki.

Oleh itu, pelantikan Dr. Zaliha Mustafa telah memecahkan monopoli tersebut dan menjadikannya sebagai menteri KKM wanita pertama Malaysia.

Sebelum dilantik sebagai menteri, Dr. Zaliha pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Johor Bahru, Pekan dan juga Taiping.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai doktor perubatan di sebuah klinik kesihatan swasta di negeri Johor. 

Terbuka terima pandangan menteri pendahulunya

menteri kesihatan

Pada hari pertama Dr. Zaliha melaporkan diri sebagai menteri, beliau menyatakan kesediaannya untuk menerima sebarang pandangan dan cadangan berkenaan perkara yang pernah menteri sebelumnya lakukan.

Ini termasuklah beberapa dasar baharu yang telah dan sedang diteliti sebelum ini.

Dr. Zaliha turut menyatakan bahawa beliau akan mendapatkan penerangan daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai dasar-dasar kesihatan yang boleh dilaksanakan, ditambahbaik atau mungkin juga ditolak.

Menurut Dr. Zaliha lagi,

“Apa yang kita mahu ialah yang terbaik untuk rakyat dan saya menyedari bahawa kementerian ini sentiasa mendapat perhatian rakyat memandangkan kesihatan merupakan keperluan asas untuk manusia”

Tekad menjaga kebajikan wanita dan kanak-kanak

menteri kesihatan

Antara perkara utama yang menjadi fokus dan tumpuan beliau adalah untuk memperkasakan kesihatan kaum wanita dan juga kanak-kanak.

Dr. Zaliha menyatakan bahawa dirinya pasti akan menjadi tumpuan dalam kalangan badan bukan kerajaan (NGO) dan juga wanita.

Malah, ramai daripada kalangan doktor-doktor perubatan wanita telah berhubungan dengannya yang turut diakui sebagai satu cabaran yang mengujakan.

Baca juga:

Mahu membuat perubahan dalam penjagaan kesihatan

menteri kesihatan

Dr. Zaliha tekad mahu melakukan reformasi khususnya dalam sektor penjagaan kesihatan di Malaysia.

Ini termasuklah isu-isu dan masalah yang berkaitan dengan dilema doktor kontrak.

Selain itu, antara perkara yang akan diberikan lebih tumpuan adalah berkaitan pentadbiran kementerian kesihatan, infrastruktur kesihatan, perkhidmatan kesihatan dan juga perkhidmatan hospital

Pertimbang semula Dasar Generasi Penamat (GEG) 

Selain daripada isu-isu di atas, Dr. Zaliha turut memberikan bayangan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2020 akan dinilai semula.

Sebelum ini, RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2020 telah dibawa ke Parlimen namun belum sempat untuk bacaan kali ketiga sebelum diluluskan disebabkan oleh pembubaran Parlimen.

Antara tujuan RUU tersebut diperkenalkan adalah untuk melahirkan generasi baharu rakyat Malaysia yang bebas rokok menjelang tahun 2025.

Jika RUU tersebut diluluskan kelak, Malaysia akan menjadi negara kedua di dunia yang berjaya mewujudkan dasar sedemikian selepas negara New Zealand. 

Kesimpulan

Sebagai rakyat Malaysia, kita berharap agar menteri kesihatan yang baharu ini akan terus memacu sektor kesihatan negara ke tahap yang lebih baik dan cemerlang.

Teruskan segala usaha yang terbaik hasil kerja menteri-menteri sebelum ini dan wujudkan inisiatif-inisiatif baharu yang lebih bagus untuk rakyat Malaysia. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Congratulations, Dr Zaliha Mustafa, On Appointment As Minister Of Health — Galen Centre. https://codeblue.galencentre.org/2022/12/02/congratulations-dr-zaliha-mustafa-on-appointment-as-minister-of-health-galen-centre/. Accessed on December 8, 2022. 

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, mulakan tugas rasmi. https://berita.rtm.gov.my/~berita/index.php/semasa/52445-menteri-kesihatan-dr-zaliha-mustafa-mulakan-tugas-rasmi. Accessed on December 8, 2022.

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. https://www.moh.gov.my/. Accessed on December 9, 2022.

Pelbagai Perancangan Dr Zaliha Untuk Perkhidmatan Kesihatan. https://bernama.com/bm/news.php?id=2144710. Accessed on December 9, 2022.

Dr Zaliha sedia terima pandangan, cadangan bekas menteri kesihatan. https://selangorkini.my/2022/12/dr-zaliha-sedia-terima-pandangan-cadangan-bekas-menteri-kesihatan/. Accessed on December 9, 2022.

Dr. Zaliha tekad perkasa kesihatan wanita dan kanak-kanak. https://www.buletintv3.my/nasional/dr-zaliha-tekad-perkasa-kesihatan-wanita-dan-kanak-kanak/. Accessed on December 8, 2022.

 

Versi Terbaru

06/03/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Curiga Alami Simptom COVID-19, JANGAN PANIK! KKM Sedia Khidmat Pemeriksaan Di Rumah

Sah Selamat! Ini 6 Jenis Ubat Kencing Manis Yang KKM Sediakan Berserta Fungsinya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 06/03/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan