backup og meta

Sari Pati Ayam Beri Manfaat Kepada Fungsi Kognitif, Cegah Keletihan Otak- Pakar

Sari Pati Ayam Beri Manfaat Kepada Fungsi Kognitif, Cegah Keletihan Otak- Pakar

Topik berkenaan keletihan otak agak jarang sekali diperkatakan dalam kalangan masyarakat kita. Apatah lagi tentang cara untuk mengatasinya. Namun, sebenarnya ada cara ampuh yang boleh membantu anda mengatasi keletihan otak ini menerusi nutrisi tertentu. Apakah nutrisi tersebut? Lihat penjelasan tentang nutrisi pati ayam di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Sari pati ayam tingkatkan aktiviti otak

pati ayam
Brand’s Essence of Chicken yang terkenal di pasaran.

Satu penemuan unik yang dibentangkan oleh Dr. Hiroshi Watanabe, Pengarah Penyelidikan Saintifik dari Suntory Beverage & Food Asia Pacific menunjukkan bahawa, BRAND’S® Essence of Chicken sebenarnya boleh membantu meningkatkan aktiviti otak, terutamanya semasa melaksanakan tugas yang melibatkan memori kerja.

Kajian pengimejan neuro menunjukkan, terdapat peningkatan ketara dalam aliran darah ke otak selepas tujuh hari pengambilan sari pati ayam ini.

Ia seterusnya menyokong fungsi kognitif dan membawa nutrien serta oksigen penting ke tisu otak.

Ini menunjukkan potensi besar khasiat pati ayam BRAND’S sebagai suplemen yang berkesan dalam meningkatkan keupayaan mental dan daya ingatan.

Kepentingan asid amino dalam pati ayam untuk kesihatan otak

Dr. Watanabe turut menekankan bahawa asid amino adalah asas penting bagi kehidupan manusia.

Menurut kajian beliau, 20% daripada tubuh manusia terdiri daripada asid amino yang membentuk protein, yang kemudian disintesis menjadi peptida dalam tubuh melalui proses penguraian dan penggabungan semula.

Asid amino ini bukan sahaja penting untuk pembinaan protein, tetapi juga untuk pelbagai fungsi tubuh lain seperti pembentukan tisu, enzim dan hormon.

Beliau juga membentangkan teori bagaimana kehidupan mungkin bermula dengan pembentukan asid amino dalam persekitaran prasejarah.

Reaksi kimia antara air, nitrogen, ammonia dan bahan-bahan lain selepas impak meteorit berkemungkinan besar mencetuskan proses polimerisasi dehidrasi, yang akhirnya menghasilkan peptida dan protein yang menjadi asas kepada kehidupan.

Profesor Dr. Michael Ling, Pakar Sains Neuro dan Genetik dari Universiti Putra Malaysia pula menggariskan peranan penting L-histidine sebagai asid amino yang penting untuk kesihatan otak.

Menurut beliau, L-histidine yang terdapat dalam makanan seperti daging lembu, ayam, telur, susu dan kekacang adalah komponen utama dalam penghasilan L-carnosine.

pati ayam
6 jenis makanan untuk otak.

L-carnosine ini bertindak sebagai antioksidan, antiradang, dan anti-agregan yang memberikan perlindungan neuro kepada otak, sekali gus menyokong fungsi kognitif dan kesejahteraan mental.

Punca, kesan dan langkah mencegah keletihan otak

pati ayam
Keletihan otak sebabkan burnout.

Jurulatih kesihatan otak dari Meaningful Activation, Nasreen Ma pula menerangkan apa sebenarnya yang disebut sebagai keletihan otak.

Menurut beliau, keletihan otak adalah satu keadaan di mana otak mengalami keletihan yang berlebihan yang kemudiannya mengurangkan kapasiti kognitif seseorang.

Antara punca utama yang dikenal pasti termasuklah:

  • tekanan berpanjangan
  • tuntutan pekerjaan
  • trauma yang tidak diselesaikan
  • gaya hidup tidak sihat seperti kurang tidur
  • penggunaan gajet yang berlebihan

Tambah beliau lagi, kepenatan otak ini boleh membawa kesan negatif terhadap tahap tenaga, kesejahteraan emosi, produktiviti, kesihatan fizikal dan mental, serta hubungan peribadi.

Nasreen turut menekankan perkara-perkara berikut sebagai langkah penting untuk mencegah dan mengurangkan kepenatan otak:

  • Kepentingan pengurusan stres
  • Tidur yang mencukupi
  • Senaman fizikal
  • Diet yang sihat

Nasreen juga menekankan bahawa pemakanan yang baik adalah kunci kepada kesejahteraan otak.

Beliau merujuk kepada organ usus sebagai ‘otak kedua’ tubuh, yang mana ia menunjukkan bahawa diet seimbang dan sihat dapat membawa perubahan positif kepada kesihatan mental dan fungsi kognitif.

Tip

Pilihan makanan yang bijak sangat penting untuk mengekalkan kesihatan otak yang optimum.

Kesimpulan

Kesemua penemuan penting ini dikongsikan dalam satu sesi perbincangan meja bulat “Stay Sharp, Stay Ahead, Don’t Let Brain Fatigue Bring You Down”.

Sesi ini telah membicarakan mengenai keletihan otak dan peranan nutrisi dalam meningkatkan kesihatannya.

Kajian mengenai kebaikan sari pati ayam BRAND’S®, kepentingan asid amino seperti L-histidine, dan kesedaran tentang kepentingan diet yang sihat membuktikan bahawa terdapat banyak cara yang dapat diambil untuk menyokong dan meningkatkan kesihatan otak anda.

Menerusi perkongsian penemuan ini, individu diharapkan dapat membuat pilihan yang lebih bijak dalam menjaga kesejahteraan kognitif mereka.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Perbincangan meja bulat “Stay Sharp, Stay Ahead, Don’t Let Brain Fatigue Bring You Down” pada 8 Ogos 2024.

Toh, D. W. K., Wong, C. H., Fam, J., & Kim, J. E. (2021). Daily consumption of essence of chicken improves cognitive function: a systematically searched meta-analysis of randomized controlled trials. Nutritional neuroscience, 24(3), 236–247. https://doi.org/10.1080/1028415X.2019.1619984. Diakses pada Ogos 9, 2024.

Huang W-C, Lin C-I, Chiu C-C, Lin Y-T, Huang W-K, Huang H-Y, Huang C-C. Chicken Essence Improves Exercise Performance and Ameliorates Physical Fatigue. Nutrients. 2014; 6(7):2681-2696. https://doi.org/10.3390/nu6072681. Diakses pada Ogos 9, 2024.

Yamano, E., Tanaka, M., Ishii, A., Tsuruoka, N., Abe, K., & Watanabe, Y. (2013). Effects of chicken essence on recovery from mental fatigue in healthy males. Medical science monitor : international medical journal of experimental and clinical research, 19, 540–547. https://doi.org/10.12659/MSM.883971. Diakses pada Ogos 9, 2024.

Mental fatigue impairs physical performance in humans. https://journals.physiology.org/doi/full/10.1152/japplphysiol.91324.2008. Diakses pada Ogos 9, 2024.

Emotional exhaustion: When your feelings feel overwhelming. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/emotional-exhaustion-during-times-of-unrest. Diakses pada Ogos 9, 2024.

 

Versi Terbaru

09/08/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Bernafas Pun Ada Caranya, Ini 4 Teknik Pernafasan Yang Baik Jika Anda Sedang Stress!

Selain Ubat, Ini Cara Lain Yang Berkesan Berdepan Masalah Depresi & Kegelisahan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan