backup og meta

3 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Antibiotik

3 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Antibiotik

Ubat antibiotik digunakan secara meluas di hospital dan klinik. Tidak kurang juga ubat ini disalahgunakan oleh doktor sendiri.

Untuk lebih memahami tentang antibiotik, ikuti 5 fakta berikut berkenaan antibiotik.

1. Antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan bakteria

Ini adalah perkara pertama yang paling penting perlu diketahui. Antibiotik hanya sepatutnya digunakan untuk merawat jangkitan bakteria. Malah, perkataan biotik itu sendiri merujuk kepada bakteria.

Antara kesilapan yang biasa berlaku adalah apabila anda mengambil antibiotik setiap kali demam. Hakikatnya, kebanyakan demam tidak berpunca daripada bakteria, tetapi virus. Jangkitan virus perlu dirawat dengan ubat antivirus tetapi demam biasa yang disebabkan oleh virus kebiasaannya tidak memerlukan ubat.

2. Penyalahgunaan antibiotik adalah sesuatu yang serius

Selain kos yang mahal, penyalahgunaan antibiotik bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Jika antibiotik digunakan terlalu kerap tanpa kawalan, ia boleh menyebabkan sesetengah bakteria berkembang menghasilkan spesis rintangan antibiotik.

Hasilnya, antibiotik yang sebelum ini berkesan tidak boleh digunakan ke atas bakteria yang sama. Antibiotik baru atau yang lebih kuat sebaliknya perlu digunakan.

3. Habiskan antibiotik walaupun sudah sihat

Antibiotik bertujuan membunuh bakteria di dalam badan anda. Walaupun anda sudah berasa sihat, bakteria mungkin masih ada di dalam badan anda tetapi terlalu sedikit untuk menyebabkan rasa sakit.

Jika dibiarkan, ia mungkin berkembang dan menyebabkan anda sakit semula. Oleh itu, habiskan semua antibiotik yang dipreskrip oleh doktor anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Diana Kohnle (2016). Get The Facts About Antibiotics. Dimuat turun daripada https://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=200019.

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Petua Hilangkan Pening Kepala Berdenyut Dalam Masa 10 Minit Sahaja!

Moon Face, 7 Punca Ini Sebabkan Muka Jadi Bulat & Kelihatan Bengkak, Bahaya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan