backup og meta

Bahaya Masukkan 7 Benda Ini Ke Dalam Miss V Wanita! Ini Kesannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/09/2022

    Bahaya Masukkan 7 Benda Ini Ke Dalam Miss V Wanita! Ini Kesannya!

    Semua wanita inginkan faraj yang sihat. Namun, vagina bersih datang dengan penjagaan yang rapi.

    Walau bagaimanapun, itu tidak bermaksud kaum Hawa perlu letakkan macam-macam ‘benda’ di dalam Miss V! Buruk padahnya nanti.

    Sebenarnya, vagina wanita boleh membersihkan dirinya sendiri dengan bantuan rembesan cecair semula jadi.

    Jadi, wanita tidak perlu meruang atau gunakan pembersih intim untuk memastikan kawasan ini sentiasa segar dan bersih.

    Ada juga wanita ‘kreatif’ di luar sana yang berani bereksperimentasi dengan pelbagai item untuk memuaskan diri.

    Walaupun item tersebut nampak selamat, itu tidak bermaksud anda boleh gunakannya untuk tujuan seks! Kalau salah langkah, ke hospital pula nanti!

    Ini tidak termasuk penggunaan produk tertentu dengan tujuan untuk membantu wanita mendapatkan faraj yang sihat. Produk-produk ini kadangkala tidak mempunyai kelulusan KKM, namun masih dijual secara berleluasa terutamanya melalui atas talian.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Jangan letakkan 7 barang ini pada Miss V!

    Vagina wanita merupakan kawasan sensitif. Tidak seperti bahagian badan yang lain, Miss V lebih mudah gatal-gatal, diserang jangkitan dan terluka.

    Sebagai wanita, kita haruslah lebih peka terhadap kesihatan vagina kita. Jadi, fikir dulu sebelum letakkan sesuatu pada kemaluan anda ya!

    1. Jangan meruang jika ingin faraj yang sihat

    faraj yang sihat

    Ramai wanita yang meruang untuk memastikan vagina bersih.

    Walau bagaimanapun, meruang merupakan satu aktiviti yang bukan sahaja tidak perlu, ia juga sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan ketidakseimbangan bakteria dan jangkitan pada kawasan Miss V.

    Malah, amalan meruang juga merupakan penyebab utama penyakit radang pelvis (PID) dan vaginosis bakteria.

    Untuk mendapatkan faraj yang sihat dan bersih, cukup sekadar basuh kawasan kelilingnya dengan sabun dan air. Berjumpa doktor secepat mungkin jika Miss V berbau hanyir.

    2. Jangan letakkan sayur dalam Miss V

    faraj yang sihat

    Inginkan kelainan semasa bersama suami di ranjang? Kalau anda terfikir untuk gunakan sayur seperti timun atau terung untuk merancakkan suasana, fikir sekali lagi.

    Walaupun sayur tersebut telah dibasuh, masih ada beberapa jenis bakteria yang tahan lasak dan boleh terus hidup.

    Bakteria ini tidak membawa sebarang bahaya kepada saluran pencernaan manusia. Namun, lain pula ceritanya jika sayuran ini digunakan pada kawasan intim. Silap-silap, Miss V boleh terkena jangkitan bakteria atau yis pada masa hadapan.

    Jika anda inginkan stimulasi tambahan ketika melakukan hubungan seks, jangan sesekali gunakan sayuran di rumah. Ada banyak mainan seks yang boleh anda dapati secara atas talian. Ia lebih selamat untuk digunakan.

    Baca juga:

    3. Jangan letak krim coklat atau vanila

    Teringin nak gunakan krim coklat atau vanila ketika melakukan hubungan seks? 

    Dengar macam seksi, tetapi ramai yang ambil ringan bahaya sebenar makanan manis ini, lebih-lebih lagi jika ia digunakan di sekitar kawasan Miss V.

    Kalau inginkan faraj yang sihat, jangan sesekali letakkan makanan yang manis di kawasan kemaluan. Gula yang diletakkan di kawasan faraj boleh menyebabkan jangkitan yis.

    Bukan itu sahaja, manisan ini juga boleh menyebabkan pH vagina berubah.

    Bukan tidak boleh gunakan krim coklat atau vanila semasa berasmara, cuma pastikan atas pusat ya!

    4. Elak guna krim penanggal bulu pada Miss V

    faraj yang sihat

    Semua orang inginkan faraj yang sihat dan vagina bersih. Jadi, mungkin ada di antara kita yang pernah gunakan krim penanggal bulu pada kawasan Miss V.

    Untuk pengetahuan anda, bahan kimia yang terkandung di dalam losen ini amat kasar terhadap kulit. Ia boleh menyebabkan tisu di sekitar vagina terluka dan terdedah pada jangkitan.

    Malah, ada juga yang akan alami reaksi alahan disebabkan krim penanggal bulu. Sebab itulah selepas bercukur, kawasan Miss V rasa gatal dan penuh ruam! Jadi, elakkanlah menggunakan krim penanggal bulu sewaktu bercukur.

    5. Elak semua produk yang mengandungi pewangi

    Semua produk yang mengandungi pewangi tidak sesuai untuk digunakan di kawasan Miss V. Ini termasuklah tuala wanita, tampon, kondom dan juga sabun.

    Tidak dinafikan, bukan semua wanita akan alami masalah dengan produk sebegini. Namun, produk yang mengandungi pewangi boleh menyebabkan reaksi yang tidak diingini pada kawasan kulit.

    6. Jangan sapu jeli petroleum pada Miss V

    Ramai yang suka gunakan jeli petroleum sebagai pelincir sewaktu melakukan hubungan seks. Walau bagaimanapun, jeli petroleum boleh menyebabkan jangkitan pada kawasan vagina.

    Gunakan pelincir berasaskan air yang boleh didapati di farmasi berdekatan. Harganya juga tidaklah terlalu mahal dan mampu milik.

    7. Jangan guna bawang putih untuk rawat jangkitan

    faraj

    Bawang putih merupakan satu bahan yang terkenal dengan sifat antibakterianya. 

    Walau bagaimanapun, penggunaannya untuk merawat jangkitan yis merupakan satu mitos. Jadi, jika anda inginkan faraj yang sihat, jangan sesekali sapukan bawang putih pada kawasan intim anda!

    Bawang putih hanya boleh dimakan secara oral. Minyak yang terkandung di dalam bawang putih boleh menyebabkan jangkitan yis menjadi semakin teruk.

    Oleh sebab itu, berjumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut jika anda alami sebarang masalah pada kawasan faraj. Jangan memandai-mandai dan gunakan remedi dari rumah untuk elak daripada berjumpa pakar.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan