backup og meta

Gelinya, Vagina Berpeluh Sampai Seluar Dalam Basah! Ada Tip Ke Nak Elak?

Gelinya, Vagina Berpeluh Sampai Seluar Dalam Basah! Ada Tip Ke Nak Elak?

Aduh, vagina berpeluh selepas bersenam, tak selesanya! Bagaimana nak elakkan masalah faraj basah, lebih-lebih lagi apabila ia menyebabkan ketidakselesaan dan kegatalan?

Jangan risau, kami ada jawapannya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Normal ke jika vagina selalu berpeluh?

Berpeluh di kawasan Miss V merupakan sesuatu yang normal. Semua wanita mengalaminya. Mungkin pada hari tersebut, anda bersenam lebih kuat atau terpaksa berpanas sepanjang hari, sebab itulah kawasan ‘bawah’ itu berpeluh dan basah!

Tubuh merembeskan peluh sebagai satu cara untuk menyejukkan badan. Jadi, ia adalah sesuatu yang semula jadi untuk anda berpeluh, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.

Ada beberapa bahagian badan seperti di kawasan ketiak yang lebih mudah berpeluh. Di kawasan ini, ada banyak folikel rambut dan kelenjar peluh.

Kawasan Miss V lebih kurang sama dengan ketiak; ia dipenuhi bulu, hangat dan dipenuhi dengan kelenjar peluh.

Benar, ada wanita yang berpeluh lebih banyak berbanding orang lain. Tetapi, tidak ada sesiapapun yang patut dihantui masalah vagina berpeluh dan seluar dalam yang basah. Tak selesa, kan?

Dalam artikel kali ini, kami akan berikan beberapa tip untuk mengekalkan kawasan Miss V ‘kering’ sepanjang hari.

Tip elakkan vagina berpeluh

Ada banyak cara untuk kaum Hawa mengelakkan faraj basah. Antaranya ialah:

1. Gunakan seluar dalam kalis peluh

vagina berpeluh

Pada zaman sekarang, ada banyak seluar dalam kalis peluh yang boleh didapati di pasaran. Malah, para atlet sudah lama memakainya ketika bersukan.

Seluar dalam kalis peluh dapat mengelakkan faraj basah dengan cara menarik lembapan jauh daripada kulit. Ini membuatkan fabrik tersebut sentiasa kering di bahagian dalam.

Malah, seluar dalam ini juga dapat mengelakkan sebarang bau yang tidak enak daripada terbentuk. Jadi, anda boleh kekal segar dan wangi walaupun selepas bersenam berjam-jam.

Baca juga:

2. Katakan ya kepada seluar dalam kapas

Jika anda tidak sukakan material seluar dalam kalis peluh yang ‘melekat’, anda boleh gunakan seluar dalam kapas. Seluar dalam jenis ini membolehkan Miss V bernafas dan tidak akan memerangkap peluh.

Elakkan penggunaan material sintetik seperti poliester. Material ini bukan sahaja tidak selesa dipakai, ia juga akan memerangkap peluh, sekali gus membuatkan vagina berpeluh dengan teruk.

3. Pakai pakaian yang longgar

vagina berpeluh

Suka pakai skinny jeans? Mungkin sudah tiba masanya untuk anda tinggalkannya! Seluar yang ketat di bahagian kelangkang akan membuatkan vagina berpeluh.

Bukan itu sahaja, apabila kulit kita bergesel dengan fabrik, akan terhasillah haba. Haba inilah yang menyebabkan kawasan kelangkang berpeluh.

Jadi, pakailah pakaian yang longgar dan dapat memberikan pengudaraan yang baik. Pakai seluar yang longgar ketika berjoging. Ketika keluar rumah pula, cuba pakai palazzo!

4. Tukar baju setiap kali berpeluh

Selepas bersenam, cepat-cepatlah tukar baju! Jika tidak, anda akan terdedah dengan sejenis jangkitan yang dikenali sebagai jangkitan yis.

Jangkitan yis boleh membuatkan kaum Hawa rasa sangat tidak selesa. Miss V juga akan menjadi gatal, pedih dan berbau.

Bagaimana hendak mengurangkan risiko jangkitan yis? Mudah sahaja, tukar baju sejurus selepas bersenam. Selain itu, jika Miss V anda sering berpeluh, bawalah sehelai dua seluar dalam tambahan.

[embed-health-tool-ovulation]

5. Elak pakai panty liner kecuali sedang alami pendarahan

Wanita yang alami vagina basah pasti secara automatik akan pakai panty liner untuk elakkan seluar dalam basah. Tapi, panty liner sebenarnya hanya akan buatkan masalah ini menjadi semakin teruk!

Kebanyakan panty liner akan memerangkap haba di kawasan kelangkang. Ia juga tidak dapat memberikan pengudaraan yang baik.

Kalau boleh, gunakan panty liner yang diperbuat daripada kapas. Namun, jangan pakai selalu. Gunakannya di waktu kecemasan dan ketika anda alami pendarahan.

6. Vagina berpeluh? Jangan guna deodoran!

vagina berpeluh

Jangan sesekali sembur deodoran di kawasan Miss V walaupun faraj basah dengan peluh. Kawasan intim ini amat sensitif. Penggunaan deodoran boleh menyebabkan Miss V terkena jangkitan.

Malah, deodoran dicipta untuk digunakan di ketiak, bukan pada kawasan vagina! Silap-silap boleh gatal kawasan kelangkang nanti.

Jika anda risau tentang vagina berpeluh, mandi dua kali sehari sudah cukup untuk membuang segala peluh dan minyak yang boleh menyebabkan bau. Namun, pastikan anda gunakan sabun yang lembut pada kawasan Miss V.

7. Buang bulu vagina dengan kerap

vagina berpeluh

Bulu di kawasan Miss V sebenarnya ada fungsinya yang tersendiri. Ia membolehkan bakteria baik untuk terus hidup. Bukan itu sahaja, bulu ini juga dapat mengelakkan peluh daripada melekat di kawasan kulit.

Walau bagaimanapun, bulu yang terlalu panjang boleh menyebabkan bau yang tidak enak. Manakan tidak, kawasan tersebut hangat dan dipenuhi bakteria. Jika tidak dijaga dengan baik, Miss V boleh berbau hanyir dan gatal-gatal.

Vagina basah boleh menyebabkan ketidakselesaan pada wanita. Namun, jika ia berlaku bersama simptom-simptom lain seperti gatal-gatal, rasa pedih dan sukar untuk membuang air kecil, pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Bukan apa, takut penyakit!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 9 Tips to Keep Your Vagina Happy + Healthy. https://health.clevelandclinic.org/how-to-keep-your-vagina-happy-healthy/. Accessed on March 2, 2022.
  2. How can I stay healthy down there? https://www.thewomens.org.au/health-information/vulva-vagina/your-vulva-vagina/how-can-i-stay-healthy-down-there. Accessed on March 2, 2022.
  3. Keeping your vagina clean and healthy. https://www.nhs.uk/live-well/sexual-health/keeping-your-vagina-clean-and-healthy/. Accessed on March 2, 2022.
  4. Vagina: What’s typical, what’s not. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/womens-health/in-depth/vagina/art-20046562. Accessed on March 2, 2022.
  5. Vulvar Care. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/4976-vulvar-care. Accessed on March 2, 2022.

Versi Terbaru

21/06/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Vagina Keluar Angin Semasa Bersenggama? Ini Namanya Kentut Faraj, Nak Tahu Bahaya Ke Tak, Baca Ini!

Periksa Rahim Melalui Faraj, Ini Cara Doktor Lakukan Scan TVS Ultrasound Transvaginal


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 21/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan