backup og meta

Wanita, Jangan Stres Stres! Ada Cara Untuk Kekal Sihat & Bebas Tekanan, Jom Cuba!

Wanita, Jangan Stres Stres! Ada Cara Untuk Kekal Sihat & Bebas Tekanan, Jom Cuba!

Wanita merupakan makhluk yang luar biasa. Cuba lihat isteri, ibu atau mana-mana wanita yang dekat dengan kita, pasti kita rasa kagum melihat ketabahan dan kecekalan mereka dalam hidup. Sempena Hari Wanita Sedunia 2021, marilah kita bersama-sama mencari cara untuk mengatasi musuh nombor satu wanita iaitu stres.

Bertepatan pula dengan slogan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac tahun ini iaitu ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’, inilah masa yang terbaik untuk memerangi stres dalam kalangan wanita.

Tidak dapat dinafikan, wanita berhadapan dengan banyak bentuk tekanan setiap hari.

Kini, wanita bukan sahaja mempunyai kerjaya tersendiri, mereka juga merupakan tonggak utama rumah tangga dan mampu melakukan pelbagai tugas secara serentak.

Tetapi, apa sebenarnya yang membuatkan wanita selalu stres?

Kadangkala, sebagai seorang wanita, kita rasa hairan juga melihatkan kaum Adam yang sentiasa ‘steady’. Ini membuatkan kita tertanya-tanya, adakah lelaki dan wanita mempunyai reaksi yang berbeza terhadap stres?

Wanita lebih stres berbanding lelaki

cara mengatasi stres

Menurut American Psychological Association (APA), dari segi stres, wanita dan lelaki melaporkan mengalami kadar tekanan perasaan yang hampir sama.

Namun, apa yang berbeza ialah wanita merasakan tahap stres yang mereka alami semakin meningkat hari demi hari.

Menurut kaji selidik yang dilakukan oleh APA, hampir 49% daripada responden wanita melaporkan mereka lebih stres jika dibandingkan dengan 5 tahun dahulu.

Malah, jika dibandingkan antara wanita yang bujang dengan yang sudah berkahwin, mereka juga mengalami kadar tekanan yang berbeza. Seperti yang ramai sudah jangka, wanita berkahwin mempunyai kadar tekanan yang lebih tinggi berbanding wanita bujang.

Mereka juga meletakkan markah tekanan mereka pada skala 7, 8, dan 9 daripada 10 berbanding wanita bujang yang meletakkan skala 1 hingga 5. Teruk bukan?

Wanita juga lebih berkemungkinan untuk mengalami stres disebabkan masalah kewangan dan ekonomi berbanding lelaki. Kaum Adam pula lebih berisiko untuk rasa tertekan disebabkan kerja.

Tambah lagi, wanita juga lebih berisiko untuk mengalami simptom fizikal dan mental apabila tertekan. Oleh sebab itu, mereka lebih berkemungkinan mengalami sakit kepala, kemurungan dan mengalami masalah pencernaan jika sedang stres.

Sebab itulah, jangan mudah melatah jika wanita mudah menangis semasa stres. Sebenarnya, itu merupakan salah satu simptom yang mereka alami ketika tertekan!

Cara mengatasi stres sempena Hari Wanita Sedunia!

Semua orang tahu, stres boleh membuatkan fizikal dan emosi anda merosot. Malah, superwomen pun tidak mampu terus bekerja, menjaga anak dan ibu bapa sekali gus tanpa rasa tertekan.

Tidak kiralah apa punca dan simptom yang wanita alami disebabkan stres, kebanyakan besar lebih suka melakukan aktiviti seperti membaca, mendengar muzik dan menonton televisyen untuk mengawal stres masing-masing berbanding bersenam atau berjumpa pakar psikologi.

Tidak mengapa, semua orang ada cara tersendiri untuk mengawal stres. Di sini, kami ingin kongsikan 5 cara untuk mengatasi stres yang mungkin berkesan untuk wanita:

1. Jangan lupa bersosial untuk atasi stres

Walau betapa sibuk pun anda, cuba cari masa untuk bersosial bersama-sama kawan-kawan atau orang yang tersayang.

Menurut laman sesawang Johns Hopkins Medicine, wanita yang menghabiskan masa berkualiti dengan bersosial kurang berisiko untuk mengalami penyakit jantung.

2. Bersenam dan gerakkan badan anda

cara mengatasi stres

Bersenam dapat meningkatkan tahap hormon endorfin di dalam badan. Hormon ini mampu membuatkan anda rasa gembira dan bahagia di samping dapat memastikan jantung kekal sihat.

American Heart Association mencadangkan agar kita melakukan senaman aerobik selama 30 minit, 5 hari seminggu. 

Jika anda banyak bekerja sambil duduk, amalkan kaedah 20-2-8. Setiap 20 minit yang dihabiskan duduk, pastikan anda berdiri selama 8 minit dan berjalan selama 2 minit.

3. Atasi stres dengan bersederhana dalam pemakanan

Jika anda selalu makan sebagai cara untuk mengatasi stres, pilih snek yang sihat seperti salad atau kekacang ketika lapar. Elakkan juga terlampau cepat memesan makanan segera ketika anda sedang tertekan.

4. Wanita, jangan cepat sangat putus asa!

Bak kata orang tua-tua, ada hikmahnya di sebalik semua yang anda alami pada hari ini. Sebagai wanita yang kuat dan cekal, jangan mudah putus asa!

Selain itu, cuba kekal optimis dalam hidup. Ia bukan sahaja akan membuatkan anda lebih tenang, wanita yang optimis juga lebih jarang mengalami penyakit jantung!

5. Cari ‘me time’ anda

cara mengatasi stres

Kadang-kadang, wanita habiskan terlalu banyak masa untuk orang lain dan jarang fokus terhadap diri sendiri. Mulai hari ini, pastikan anda mempunyai masa untuk diri sendiri atau ‘me time’.

Gunakan masa tersebut untuk menjaga diri anda, makan dengan lebih sihat, bersenam dan melakukan hobi yang anda gemari.

Kesimpulan

Kita semua mempunyai wanita yang paling kita sayang di dunia, tidak kiralah wanita tersebut berstatus ibu, isteri, kakak, adik atau merupakan seorang teman yang istimewa.

Sempena Hari Wanita Sedunia tahun 2020, jangan lupa hargai semua wanita yang berada di sekeliling anda!

Bersama-sama, kita meriahkan lagi sambutan tahun ini dengan menggunakan tanda pagar #WanitaBangkitMendepaniCabaran di laman sosial masing-masing.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. American Psychological Association. n.d. Gender and Stress. Accessed March 4, 2021. https://www.apa.org/news/press/releases/stress/2010/gender-stress.
  2. Cleaveland Clinic. 2020. Stress: 10 Ways to Ease Stress. December 10. Accessed March 4, 2021. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/8133-stress-10-ways-to-ease-stress.
  3. Cleaveland Clinic. 2019. Women and Stress. February 13. Accessed March 4, 2021. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/5545-women-and-stress.
  4. Johns Hopkins Medicine. n.d. Stressed Out? 5 Tips for Women to Stay Heart Healthy. Accessed March 4, 2021. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/stressed-out-5-tips-for-women-to-stay-heart-healthy.

Versi Terbaru

06/10/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kalau Nak Kurangkan Stres, Boleh Cuba 7 Jenis Makanan Penghilang Stres Ini

Ramai Wanita Tak Perasan Simptom Kanser Ovari Mereka, Dah Buang Rahim Pun Masih Berisiko!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan