Jika anda tergolong dalam kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan, adakah anda tahu tentang rawatan dan ubat kesuburan wanita?
Seperti yang anda tahu, ketidaksuburan atau kemandulan ialah penyakit yang memberi kesan dalam keabnormalan fungsi sistem reproduktif/ pembiakan lelaki atau wanita.
Terdapat pelbagai cara untuk merawat penyakit ini seperti melalui permanian beradas (Artificial Insemination), pembenihan in vitro (IVF), dan menggunakan ubat-ubat dalam membantu kesuburan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Berapa jenis ubat kesuburan wanita?
Terdapat pelbagai ubat kesuburan, tetapi dalam artikel ini, kami senaraikan ubat asas lazim yang ditetapkan.
Clomiphene berfungsi dengan cara merangsang hormon (GnRH, FSH, LH) dalam otak anda, yang mencetuskan telur untuk berkembang dan dilepaskan daripada ovari anda.
Ubat ini selalunya digunakan bersama dengan kaedah kesuburan lain, seperti teknik bantuan reproduktif atau permanian beradas.
Gonadotropins merangsang terus ovari anda untuk menghasilkan telur. Ubat ini bukanlah pil yang perlu anda telan. Sebaliknya, anda perlu mengambilnya melalui suntikan.
Baca juga:
Bila saya perlu mengambil suntikan?
Anda boleh mencuba clomiphene dahulu, jika Clomid tidak berfungsi untuk anda. Doktor anda mungkin akan menyarankan hormon untuk mencetuskan ovulasi.
Dos dan pengurusannya pelbagai, bergantung kepada bagaimana ia digunakan. Namun begitu, jangan mengambilnya tanpa preskripsi doktor.
Sesetengah suntikan diberikan di bawah kulit, sementara sesetengah yang lain disuntik ke dalam otot. Anda boleh mendapatkan suntikan pada perut, lengan, paha atas, atau punggung.
Kadangkala, anda mungkin memerlukan suntikan bersama dengan Clomid yang diambil melalui mulut.
Apakah keberkesanannya?
Clomiphene: Kira-kira 60% hingga 80% wanita akan mengalami ovulasi, dan separuh daripadanya akan hamil.
Suntikan hormon: Terdapat 50% wanita yang akan hamil dalam kalangan mereka yang mula mengalami ovulasi.
Apakah risiko pengambilan ubat kesuburan wanita?
Kebanyakan pil kesuburan agar cepat hamil yang digunakan adalah selamat dan berjaya selama lebih 40 tahun penggunaannya.
Bagaimanapun, seperti rawatan kesuburan yang lain, peluang untuk kehamilan kembar adalah tinggi.
Kira-kira 10 peratus wanita yang mengambil clomiphene mendapat kembar (kebanyakannya kembar dua), dan kira-kira 30 peratus daripada wanita yang mengambil gonadotropins mendapat kembar (juga kebanyakannya kembar dua).
Suntikan hormon: Kebanyakannya mengalami kesan ringan seperti kesakitan, jangkitan, dan lepuh darah, kebengkakan atau lebam pada tapak suntikan.
Juga, terdapat risiko keadaan yang dipanggil hiper rangsangan ovari, yang membuatkan ovari anda mengembang dan menjadi sakit.
Clomiphene: Secara umumnya, kesan yang diterima ringan.
Dalam sesetengah kes, ia boleh mengubah mukus serviks anda, membuatkan sukar untuk mengetahui waktu subur anda dan ia juga mungkin akan menghentikan sperma daripada masuk ke dalam uterus anda.
Jika anda sedang menangani masalah ketidaksuburan, berjumpalah dengan doktor.
Doktor akan menjelaskan semua pilihan rawatan yang sesuai, termasuklah ubat kesuburan wanita. Dengan mengetahui senarai ubat kesuburan boleh membantu anda untuk menanyakan kepada doktor tentang rawatan kesuburan.
[embed-health-tool-ovulation]