backup og meta

4 Penyakit Kelamin Paling Kerap Menjangkiti Kaum Hawa, Cek Sekarang!

4 Penyakit Kelamin Paling Kerap Menjangkiti Kaum Hawa, Cek Sekarang!

Mengalami penyakit ginekologi (penyakit kelamin wanita) menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa. Tetapi apa punca-punca penyakit kelamin yang biasa berlaku?

Artikel di bawah akan memberikan maklumat lanjut mengenai empat sebab utama penyakit kelamin yang biasa berlaku kepada kaum Hawa.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apa yang anda tahu tentang penyakit kelamin wanita?

Penyakit ginekologi dilihat sebagai gangguan yang mempunyai kesan signifikan terhadap fungsi sistem reproduktif wanita.

Simptom yang paling kerap berlaku dalam gangguan ginekologi adalah gatal-gatal pada vagina, lendiran  faraj, sakit pelvis, pendarahan faraj yang tidak normal, sakit payudara serta ketulan payudara.

Tahap tanda-tanda ini biasanya bergantung pada usia wanita kerana simptom-simptom ini boleh dipengaruhi perubahan hormon dan penuaan.

Di samping itu, bulu badan berlebihan (hirsutism), kadangkala dianggap sebagai simptom ginekologi kerana pertumbuhan bulu yang terlalu banyak boleh dianggap tidak normal dalam wanita.

Keadaan ini berkaitan dengan tahap hormon lelaki yang tinggi (testosteron) yang mempengaruhi sistem pembiakan wanita.

Baca juga:

4 penyebab utama penyakit kelamin wanita

Berikut merupakan 4 penyebab utama penyakit kelamin yang biasa berlaku pada kaum Hawa:

Human Papillomavirus (HPV)

Seorang wanita mungkin dijangkiti HPV pada bila-bila masa sepanjang usianya. Keadaan ini hanya boleh dikawal tetapi tidak akan sembuh.

Sesetengah wanita yang mempunyai HPV tidak menunjukkan tanda-tanda yang menunjukkan serangan virus.

Mereka hanya mengetahui sama ada mereka mempunyai HPV atau tidak melalui ujian yang dipanggil Pap smear.

Sebaliknya, wanita lain dengan HPV mempunyai simptom seperti ketuat kelamin yang biasanya berwarna putih, ungu, atau kelabu dan tumbuh di dalam vagina atau dubur, vulva atau pangkal paha.

Orang yang mempunyai ketuat kelamin biasanya mengalami rasa sakit. S

esetengah jenis HPV juga boleh menyebabkan kanser serviks atau komplikasi pada serviks.

Vaginitis tidak berjangkit

penyakit kelamin wanita

Vaginitis (keradangan pada faraj) yang tidak berjangkit adalah kesan tindak balas alahan atau kerengsaan kepada krim faraj, semburan, sabun, detergen atau pelembut fabrik.

Simptom ini akan hilang dalam masa yang singkat apabila anda berhenti menggunakan produk yang menyebabkan vaginitis tidak berjangkit tersebut.

Walau bagaimanapun, jika anda mencari rawatan, doktor anda boleh mencadangkan krim tertentu untuk mengurangkan kerengsaan sehingga tindak balas alahan hilang.

Jangkitan yis

Jangkitan yis adalah jangkitan yang disebabkan oleh kulat Candida. Simptom yang paling penting dalam jangkitan yis termasuk lendiran faraj yang tebal dan putih.

Sesetengah wanita mengalami lendiran dan turut mengalami vulva yang gatal dan merah.

Rawatan untuk jangkitan yis  boleh didapati dengan mudah kerana kebanyakannya adalah produk tanpa preskripsi.

Walau bagaimanapun, jika anda mengesyaki bahawa anda mengalami jangkitan yis, lebih baik anda menemui doktor untuk diagnosis dan rawatan lanjut.

penyakit kelamin wanita

Vaginosis bakteria, salah satu penyakit kelamin wanita

Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan bakteria yang wujud dalam vagina.

Wanita yang mempunyai keadaan ni biasanya mengalami lendiran faraj yang nipis, dengan bau yang hanyir. Dalam kes ini, anda perlu menemui doktor untuk rawatan dan pengambilan ubat.

Mempunyai gangguan ginekologi boleh menjejaskan kehidupan anda dalam banyak aspek.

Oleh itu, adalah disyorkan agar wanita mengunjungi klinik kesihatan secara berkala untuk memastikan tubuh mereka sihat tanpa sebarang penyakit.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Gynecologic Diseases and Disorders. https://www.nichd.nih.gov/about/org/der/branches/ghdb/programs/Pages/gynecologic-diseases-disorders.aspx, Accessed January 26, 2017
  2. Gynecological Conditions. https://www.ucsfhealth.org/conditions/gynecological_conditions/ Accessed January 26, 2017
  3. Gynecological Problems and Conditions. https://www.northshore.org/obstetrics-gynecology/conditions/, Accessed on Sept 24, 2022
  4. Obstetrics and Gynecology. https://www.mayoclinic.org/departments-centers/obstetrics-gynecology/sections/conditions-treated/orc-20423744, Accessed on Sept 24, 2022
  5. Recognizing Gynecological Symptoms. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/recognizing-gynecological-symptoms, Accessed on Sept 24, 2022

Versi Terbaru

24/09/2022

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Pelik Bila Ada Wanita Yang Selalu Cirit-Birit Waktu Haid? Ini Namanya 'Period Poop!'

Stres! Tiap Kali Haid Mesti Berat Badan Naik, Ini Faktor Wanita Gemuk Ketika Period


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 24/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan