backup og meta

Memahami Kitaran Haid Dengan Mudah (2)

Memahami Kitaran Haid Dengan Mudah (2)

Proses kitaran haid melibatkan dua kitaran yang berlaku pada waktu yang sama, iaitu kitaran rahim (endometrium) dan kitaran ovari.

Dua kitaran ini saling berhubung untuk menghasilkan kitaran haid yang sempurna selama 28 hari. Sebarang gangguan pada mana-mana fasa di dalam dua kitaran ini akan menjejaskan kitaran haid.

Perbincangan tentang kitaran rahim (endometerium) telah dimuatkan di dalam artikel yang lain. Di dalam artikel ini, perbincangan akan disambung dengan kitaran ovari pula.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Proses kitaran haid melibatkan ovari

Ovari atau juga disebut sebagai kilang telur wanita (ovum pula adalah telur), adalah organ reproduktif yang sangat penting bagi wanita.

Di samping mengahasilkan ovum, yang menjadi asas kepada proses kehamilan, ovari juga berperanan menghasilkan beberapa hormon penting termasuk estrogen dan progesterone bagi menjalankan fungsi serta memberikan ciri-ciri wanita.

Berdasarkan namanya, kitaran ini melibatkan proses yang berlaku di dalam ovari semasa kitaran haid.

Seperti kitaran rahim, kitaran ovari juga terbahagi kepada 3 fasa:

1. Fasa folikular (hari pertama hingga ke-13)

Dalam fasa ini, kantung berisi cecair di dalam ovari bernama folikel ovarium akan membesar untuk menghasilkan ovum (telur). Hormon utama bagi fasa ini adalah FSH.

Hormon ini bertanggungjawab merangsang pembesaran folikel di dalam ovari. Pada awalnya, saiz folikel tersebut adalah kecil. Ia akan membesar sehingga mencapai saiz matang, iaitu 18-26 mm.

Apabila folikel membesar, ovum di dalamnya akan menjadi matang dalam lingkungan sekitar 36 jam sebelum ia dilepaskan.

proses kitaran haid

2. Fasa pengovulan (hari ke-14)

Peningkatan mendadak pada kadar hormon LH menyebabkan folikel pecah dan membebaskan ovum. Seterusnya, ovum ini akan diambil oleh jejari fimbria pada hujung tiub fallopian.

Proses pengovulan atau ovulasi berlaku sacara rambang dari ovari sebelah kiri atau kanan, disebut sebagai kitaran haid subur.

Sebahagian wanita mengalami rasa sakit atau tidak selesa pada abdomen pada fasa ini. Perubahan hormon yang berlaku mungkin juga menyebabkan sedikit pendarahan.

Proses kitaran haid #3. Fasa luteum (hari ke-15 hingga ke-28)

Selepas ovum dibebaskan, folikel tersebut akan membentuk korpus luteum. Ia akan merembeskan hormon progesterone, yang merupakan hormon utama bagi fasa sekretori kitaran rahim (endometrium).

Baca juga:

Korpus luteum hanya akan bertahan selama 14 hari. Jika tiada pensenyawaan dan implantasi berlaku, ia akan mengecut dan kadar progesterone akan menurun secara mendadak. Keadaan ini akan menyebabkan pendarahan daripada dinding rahim.

Apabila korpus luteum telah mengecut dan hilang, fasa folikular akan bermula semula.

Namun, jika pensenyawaan dan implantasi berlaku, plasenta (uri) akan terbentuk dan ia akan mengambil alih peranan korpus luteum dalam mengekalkan integriti dinding rahim. Maka, pendarahan tidak berlaku. Oleh sebab itu, haid tidak berlaku semasa hamil. 

Kitaran rahim (endometrium) dan kitaran ovari

Kedua-dua kitaran ini berlaku pada waktu yang sama dan berkaitan antara satu sama lain. Kekacauan pada salah satunya akan menjejaskan kitaran yang lain.

proses kitaran haid
Kaitan antara kitaran rahim (endometrium) dan kitaran ovari serta perubahan hormon

Tempoh kitaran haid yang biasa adalah 28 hari. Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza bagi setiap orang terutamanya jika terdapat masalah kesihatan.

Jika proses kitaran haid terganggu, sila dapatkan pemeriksaan doktor. Ia mungkin petanda kepada masalah kesihatan yang sedang dialami.

Baca juga Memahami Kitaran Haid Dengan Mudah (1).

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Dr Mohd Nasir Tak Abdullah (1 September 2014). Fisiologi Kitaran Haid. Dimuat turun daripada http://www.myhealth.gov.my/fisiologi-kitaran-haid/.
  2. Menstrual Cycle (Normal Menstruation). https://my.clevelandclinic.org/health/articles/10132-menstrual-cycle. Accessed on July 10, 2023
  3. The Menstrual Cycle. https://www.acog.org/womens-health/infographics/the-menstrual-cycle. Accessed on July 10, 2023
  4. Menstrual Cycle. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/menstrual-cycle-an-overview. Accessed on July 10, 2023
  5. Menstrual cycle: What’s normal, what’s not. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/womens-health/in-depth/menstrual-cycle/art-20047186. Accessed on July 10, 2023

Versi Terbaru

11/07/2023

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Punca 'Period' Lambat Datang, No. 2 Penyakit Wanita Paling Merisaukan!

Haid Dua Kali Sebulan? Ini 4 Punca Paling Lazim Berlaku Pada Wanita


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 11/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan