Anda Masih Perlu Gosok Gigi Walaupun Kurang Ambil Gula, Sumber Karbohidrat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 2 minit bacaan

Jika anda merupakan salah seorang pengikut diet keto yang sedang trendy sekarang, anda mungkin perlu baca mengenai hal ini. 

Terdapat segelintir pengamal diet keto yang berbangga bahawa mereka mempunyai kesihatan oral atau mulut yang lebih baik berbanding mereka yang bukan pengamal diet ini. Ini kerana diet keto mengurangkan pengambilan karbohidrat yang menjadikan pengamalnya kurang mengambil gula dan menjadikan gigi mereka lebih cantik. Walaupun kebanyakan doktor gigi mengakui bahawa diet jenis ini kurang mengambil gula, ia sebenarnya mungkin memberikan kesan sampingan lain terhadap pengamalnya. Apakah ia?

Masih perlu gosok gigi walaupun kurang mengambil gula

Doktor-doktor gigi telah membuat gesaan agar mereka yang mengamalkan diet keto untuk sentiasa menggosok gigi mereka walaupun mereka mendakwa kurang mengambil gula dalam diet mereka. Menurut doktor gigi, tanpa memberus gigi, satu lapisan lendir akan wujud pada gigi dan boleh menyebabkan penyakit gusi dan apa yang disebut sebagai ‘keto breath’. Menurut Profesor Damien Walmsley, pengamal mana-mana jenis pelan diet masih perlu menggosok gigi walaupun mereka mendakwa kurang mengambil gula dalam diet harian. Beliau juga menambah, tanpa mengira apa yang anda makan, lapisan plak masih akan wujud pada gigi disebabkan oleh bakteria yang hidup secara semula jadi dalam mulut anda. 

Menurut British Dental Association, secara terorinya, mungkin terdapat pengurangan risiko untuk mendapat pereputan gigi jika kurang mengambil gula. Walau bagaimanapun, kesihatan mulut yang baik juga memerlukan diet bernutrisi yang seimbang. Pengamal diet keto hanya mengurangkan pengambilan karbohidrat, tetapi mengambil makanan yang tinggi lemak seperti kekacang dan bijian, selain buah-buahan dan sayur-sayuran.

Bagi mereka yang kurang tahu, ini adalah maksud diet keto

Pemakanan atau diet Ketogenic mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat, tetapi mengambil makanan yang tinggi lemak. Kaedah pemakanan seperti ini memaksa tubuh berada dalam keadaan metabolik yang dikenali sebagai ketosis. Ia akan membuatkan tubuh menjadi ‘lapar’ terhadap sumber karbohidrat.

Mengapa karbohidrat tidak diambil oleh pengamal diet keto? Ini kerana karbohidrat akan menyebabkan tubuh badan menghasilkan glukosa yang akan digunakan sebagai tenaga berbanding lemak. Diet keto akan menjadikan anda lebih banyak mengalami kehilangan berat badan memandangkan tubuh badan akan membakar lebih banyak lemak sebagai sumber tenaga utama. Pengamal diet keto biasanya akan memakan daging, sayuran hijau dan kebanyakan jenis sayur lain, produk tenusu tinggi lemak, kekacang dan bijian, avokado dan buah beri dan sumber lain lemak seperti minyak kelapa. Mereka tidak boleh memakan bijirin seperti nasi dan gandum, gula seperti madu, kebanyakan buah-buahan dan sayuran ubi seperti keledek.

Bagi mereka yang mengikuti diet keto, ia mungkin membantu anda mengurangkan berat badan, tetapi ia tidak langsung mengurangkan risiko untuk mendapat pengakit berkaitan gusi jika tidak digosok. Gigi masih perlu digosok setiap hari walaupun anda kurang mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula atau berkarbohidrat. Tidak mengira walau apa pun yang anda makan, plak masih tetap akan terbentuk dan anda tidak mempunyai alasan untuk tidak menggosok gigi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Awas! Ini Sebenarnya BAHAYA Penapis Air Kepada Kesihatan Mulut Anda

    Setiap kediaman banyak memasang penapis air. Pun begitu, ia mungkin akan mendatangkan mudarat terhadap kesihatan mulut anda! Lanjutkan Hello Doktor!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 08/10/2019 . 2 minit bacaan

    Gigi Susu Punca Gigi Berlapis?

    Tahukah anda bahawa masalah gigi berlapis boleh disebabkan oleh gigi susu? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 03/10/2019 . 5 minit bacaan

    Senjata Baru Dalam Melawan Karies Gigi

    Dalam mencapai misi bebas kaviti dalam setiap kanak-kanak di Malaysia menjelang tahun 2060, senjata baru diperlukan bagi melawan karies gigi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 24/09/2019 . 3 minit bacaan

    Gigi Kuning Bukan Lagi Masalah, Ini 4 Cara Kembalikan Senyuman Menawan!

    Sudah menjadi stigma untuk kita merasakan warna gigi putih sebagai gigi yang sihat dan gigi kuning sebagai tidak dijaga dengan baik. Tapi betul ke begitu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 19/09/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    air liur bayi

    Air Liur Bayi Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? ALERT Mak Ayah, Ada Bahayanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Ketahui, Makan Sihat Bukan Hanya Untuk Badan, Tetapi Juga Untuk Mental Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/01/2020 . 4 minit bacaan
    tempoh pemakaian braces

    Rimas Pakai Braces? Ini Jawapan TEPAT Berapa Lama Anda Perlu Pakai Pendakap Gigi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/11/2019 . 3 minit bacaan
    minum susu

    Tahukah Anda Berapa Banyak Susu Perlu Diminum Dalam Sehari? Cukup Ke Kalau Satu Cawan Saja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 24/10/2019 . 2 minit bacaan