Minggu demi minggu

Bolehkah Guna Ubat Gigi semasa Gosok Gigi Bayi?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Penjagaan oral kanak-kanak perlu bermula sejak mereka masih bayi lagi. Sungguhpun bayi masih belum tumbuh gigi pertama, namun ibu bapa perlu mula menjaga kebersihan mulut dan gusi bayi. Penjagaan oral kanak-kanak sinonim dengan penggunaan berus gigi bayi, kain lembut dan juga ubat gigi. Walau bagaimanapun, seawal usia berapakah bayi boleh diberikan ubat gigi dan bagaimana anda ingin membersihkan gusi dan gigi bayi yang kecil?

Bagaimana menjaga gigi dan gusi bayi?

Ibu bapa tidak perlu menunggu sehingga anak tumbuh gigi untuk memulakan penjagaan oral mereka. Anda sudah boleh mula menjaga gusi bayi sebelum gigi pertamanya tumbuh lagi. Caranya adalah dengan:

  • Sebelum gigi bayi tumbuh, anda boleh mula bersihkan gusi dan mulutnya menggunakan kain basah lembut dan gosokkan pada sekitar mulut serta gusi bayi.
  • Jika bayi sudah tumbuh gigi, anda boleh mula perkenalkan berus gigi yang direka khas untuk bayi dengan berus lembut. Anda hanya perlu basahkan berus gigi dan kemudian gosokkan perlahan gigi bayi.

Bila perlu mula perkenalkan bayi dengan ubat gigi?

Bayi hanya boleh menggunakan ubat gigi jika sudah berusia 18 bulan dan ke atas. Sebelum mencapai usia yang dinyatakan, anda hanya boleh memperkenalkannya dengan ubat gigi jika disarankan oleh doktor gigi.

Jika bayi anda sudah berusia 18 bulan, anda boleh letakkan ubat gigi rendah atau bebas fluorida sebesar saiz kacang pis pada berus giginya.

Selamatkah ubat gigi fluorida untuk bayi?

Fluorida biasanya diletakkan dalam ubat gigi bagi mencegah kaviti, menguatkan enamel gigi yang lemah, menterbalikkan kerosakan gigi awal, mengehadkan pertumbuhan bakteria oral, dan melambatkan kehilangan mineral daripada enamel gigi. Bagaimanapun, terdapat perdebatan mengenai keselamatan fluorida, termasuklah ubat gigi berfluorida kepada manusia. Namun, American Dental Association masih menyarankan penggunaan ubat gigi ini kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Cuma, ia perlu digunakan dengan betul.

Bayi hanya memerlukan sedikit sahaja ubat gigi untuk diletakkan pada berus gigi, setiap kali sesi. Mengikut saranan American Academy of Pediatrics, bayi perlu diberikan ubat gigi bebas-fluorida sehingga usianya mencecah 2 tahun.

Anda boleh menambah jumlah ubat gigi berfluorida jika usia kanak-kanak sekitar 3 tahun, kerana ketika ini mereka sudah pandai meludah semasa menggosok gigi.

Bagaimana jika bayi saya tertelan ubat gigi?

Sekiranya ibu bapa mematuhi jumlah pemberian ubat gigi yang disarankan, adalah tidak mengapa jika bayi tertelan sedikit daripada saiz kecil ubat gigi yang ada pada berus gigi. Bagaimanapun, jika anda meletakkan jumlah ubat gigi yang lebih banyak, dan anak anda tertelan sedikit daripadanya, terdapat kemungkinan bayi mengalami sakit perut. Ini tidak semestinya berbahaya, tetapi anda boleh membawa bayi berjumpa doktor jika bimbang dengan keadaan kesihatan si manja anda.

Ubat gigi berfluorida adalah selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Jika anda bimbang anak anda akan tertelan ubat gigi, sentiasa pantau anak kecil anda semasa memberus gigi, sehinggalah dia sudah boleh memberus giginya sendiri dan pandai meludah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Tarikh Reviu: 12/03/2019 | Kali terakhir kemaskini: 04/06/2019

Rujukan

Artikel lain untuk anda

kes terkini

Sifar Kes Baharu 7 Hari Berturut-Turut, Ini Kejayaan New Zealand Basmi Wabak COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 29/05/2020
hamil

Tak Perlu Guna Kalkulator, Ini Cara Mudah Nak Kira Waktu Subur Selepas Period

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 29/05/2020
vaksin anak

Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/05/2020
stres bunuh diri

Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 29/05/2020

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tegas & Garang Itulah Sifat Anak Ke-3 Tapi Dalam Diam Manja, Nak Tahu Fakta Menarik Lagi? Baca Ini

Mesti anda pernah terbaca mengenai fakta anak ketiga. Adakah ia benar atau tidak? Jom ketahui keperibadian anak nombor 3 yang mungkin tidak disedari.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Rokok Gulung Lebih Selamat Berbanding Rokok Biasa? Anda SILAP, Tolong Baca Ini!

Ada perokok tegar yang mula beralih daripada rokok biasa kepada rokok gulung kerana sangka ia lebih baik. Klik untuk tahu bahaya rokok gulung!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

Apabila menerima rangsangan seksual, pastinya akan terjadi klimaks. Tetapi bagaimana jika orgasme wanita tidak berlaku? Adakah ia sesuatu yang tidak normal?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

Klimaks lelaki bukan hanya sekadar terpancut air mani semata-mata. Terdapat 4 fasa yang akan berlaku. Klik untuk belajar mengenainya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid