Gigi geraham bongsu

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Definisi

Apa itu Gigi geraham bongsu?

Gigi geraham bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tidak teratur dibahagian belakang, atas dan bawah rahang. Gigi-gigi ini juga merupakan set gigi terakhir yang secara umumnya keluar apabila individu mencapai umur akhir remaja atau awal 20-an.

Gigi geraham bongsu yang tidak teratur muncul dengan pelbagai cara, bermula daripada melintang, sudut melawan atau jauh daripada gigi geraham kedua atau membesar kedalam atau keluar. Kedudukan tidak teratur ini menyebabkan masalah gigi yang serius seperti gigi terlalu rapat, atau merosakkan gigi berhampiran, saraf atau keseluruhan tulang rahang.

Apakah kebarangkalian Gigi geraham bongsu?

Gigi geraham bongsu sangat lazim terjadi. Ia mula keluar apabila seseorang itu mencapai umur sekitar 17-21 tahun. Masalah yang disebabkan oleh gigi ini boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Gigi geraham bongsu?

Simptom yang lazim untuk gigi geraham bongsu ialah:

  • Sakit atau berasa sengal apabila disentuh atau memberus gigi;
  • Sakit atau kekakuan rahang akibat impaksi gigi;
  • Sakit akibat jangkitan pada gusi disebabkan impaksi gigi;
  • Susunan gigi terlalu rapat;
  • Gigi reput atau penyakit gusi akibat kurang penjagaan mulut disebabkan kurang ruang untuk membersihkan gigi.

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom yang anda alami.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas, atau sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu memberi tindak balas berbeza. Berbincang dengan doktor tentang rawatan anda adalah pilihan yang terbaik.

Punca

Apakah Punca Gigi geraham bongsu?

Jika gigi geraham bongsu ini keluar ditempat yang betul, ia tidak akan memberi sebarang masalah. Akan tetapi, anda mungkin mempunyai masalah sekiranya berlaku perkara berikut:

  • Satu lapisan gusi membesar diatas gigi geraham anda, memerangkap makanan dan menyebabkan jangkitan.
  • Gigi geraham bongsu tersebut tumbuh dalam keadaan senget dan berhadapan dengan arah yang salah.
  • Gigi bongsu itu tidak boleh keluar daripada gusi kerana tulang rahang yang kecil.
  • Anda sukar untuk membersihkan gigi dibahagian belakang mulut.
  • Cyst terbentuk pada impaksi gigi, dan merosakkan tulang dan akarnya.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Gigi geraham bongsu yang bermasalah?

Gigi geraham bongsu mula keluar apabila seseorang mencapai umur sekitar 17 hingga 21 tahun.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Gigi geraham bongsu didiagnosis?

Doktor gigi anda akan memeriksa gusi untuk sebarang tanda gigi bongsu itu sudah keluar, atau gigi berlapis diantara gigi-gigi lain. X-ray akan menunjukkan gigi terkini dan gigi yang akan datang, penyebab kepada masalah ini berlaku.

Bagaimana pesakit Gigi geraham bongsu dirawat?

Sebelum gigi anda dicabut, kebanyakan doktor gigi akan memberi pelbagai bentuk hiburan untuk anda berasa tenang seperti mendengar muzik atau menonton video. Anda juga boleh membawa kawan atau ahli keluarga untuk memberi sokongan personal. Mereka juga akan memaklumkan kepada anda beberapa teknik untuk menenangkan diri seperti menarik nafas dalam dan berimaginasi. Jika anda terlalu gelisah, anda mungkin perlu memohon ubatan tambahan atau teknik penenang.

Gigi bongsu terimpak ini adalah punca kesakitan atau masalah gigi yang lain dan kebiasaannya perlu dibuang secara pembedahan. Cabutan gigi bongsu ini biasanya diperlukan untuk:

  • Jangkitan atau masalah gusi (penyakit periodontal) yan melibatkan gigi bogsu;
  • Pereputan gigi terutamanya gigi bongsu yang tidak tumbuh scera keseluruhan;
  • Cyst atau ketumbuhan yang melibatkan gigi bongsu.
  • Gigi bongsu yang menyebabkan kerosakan pada gigi berhampiran.

Cabutan gigi ini adalah prosedur pesakit luar, jadi anda tidak perlu untuk bermalam dihospital selepas mencabut gigi tersebut. Proses ini termasuklah:

  • Ubat pelali atau ubat kebas (anesthesia). Anda boleh memohon ubat kebas lokal untuk memberi kesan kebas pada mulut, ubat kebas pelali adalah untuk menekan/menghentikan kesedaran atau ubat kebas am adalah untuk menghilangkan kesedaran diri.
  • Cabut gigi. Doktor gigi akan membuat potongan pada gusi dan membuang cebisan tulang yang menghalang gigi bongsu terimpak itu. Selepas itu, doktor gigi akan menutup luka tersebut dengan jahitan dan soket yang kosong dengan gauze.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Gigi geraham bongsu?

Menghalang impaksi gigi berlaku adalah mustahil; akan tetapi ia jauh lebih mudah untuk membuat pemeriksaan berkala dan memberi peluang kepada doktor gigi anda untuk melihat perkembangan gigi  bongsu anda. Diagnosis menggunakan x-ray akan menunjukkan maklumat untuk mengurus dan merawat simptom gigi yang akan datang.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan