backup og meta

Bagaimana Ingin Memilih Berus Gigi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/10/2022

    Bagaimana Ingin Memilih Berus Gigi

    Memberus gigi adalah bahagian yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita, dan memilih berus gigi yang betul tidak kurang pentingnya. Artikel ini akan memandu anda tentang bagaimana untuk memilih berus gigi yang paling sesuai.

    Bagaimana memilih berus gigi untuk setiap individu

  • Untuk menggilap: Ini adalah jenis berus gigi yang menggunakan ibu bapa memberus gigi susu bayi, yang baru nak keluar. Anda perlu memilih berus gigi dengan berus yang lembut supaya ia tidak memudaratkan gusi, dan bentuknya haruslah yang mudah dipegang oleh ibu bapa mereka.
  • Untuk gigi susu: Berus gigi khusus untuk kanak-kanak memberus gigi susu mereka dengan sendiri. Biasanya, jenis berus gigi ini adalah agak kecil, bersamaan dengan saiz tangan kanak-kanak untuk agar mereka boleh memegangnya dengan kuat.
  • Untuk kanak-kanak yang gigi kekalnya sedang membesar: Berus gigi untuk gigi tidak sejajar dan gigi yang sedang membesar. Panjang leher berus gigi harus cukup untuk mencapai gigi geraham pertama.
  • Untuk pelajar sekolah menengah dan dewasa: Saiz kepala perlu dipilih dengan berhati-hati agar berus boleh menembusi kawasan di sekitar jambatan gigi atau gigi yang terasing. Dalam kes ini, kita perlu menggunakan berus gigi dengan kepala yang lebih besar (40 baris berus).
  • Apakah jenis berus gigi perlu saya beli – manual atau auto?

    Dalam pasaran, terdapat dua jenis berus gigi, iaitu manual dan auto. Walaupun terdapat perbezaan, kedua-duanya membersihkan gigi anda dengan sempurna dan efektif. Jadi, mana satu yang saya harus beli – manual atau auto?

    Walau bagaimanapun, kanak-kanak mungkin merasakan bahawa berus gigi auto adalah lebih menyeronokkan berbanding manual. Di samping itu, orang yang mempunyai masalah menggunakan berus gigi manual juga mendapati bahwa jenis auto lebih mudah atau lebih selesa untuk digunakan.

    Oleh itu, apa sahaja jenis berus gigi anda pilih, pastikan ia selesa, bersih dan berkesan. Lagipun, anda akan menggunakannya sekurang-kurangnya dua kali sehari!

    Lembut adalah lebih baik

    Anda harus ingat bahawa apabila memilih berus gigi yang betul, anda perlu memilih berus yang lembut. Orang biasanya berfikir bahawa untuk membersihkan gigi dengan sempurna, anda memerlukan berus gigi dengan berus yang keras. Walau bagaimanapun, jenis yang lembut sebenarnya akan membersihkan gigi dengan lebih cepat dan mudah. Tambahan pula, ia tidak merosakkan permukaan gigi dan gusi sebanyak berus keras mungkin boleh lakukan (berus gigi dengan berus keras berkemungkinan membuatkan gusi anda berdarah ).

    Memilih kepala berus gigi

    Lebih besar tidak selalunya lebih baik. Jika mulut anda adalah kecil, anda perlu memilih berus gigi dengan saiz yang bersamaan dengan mulut anda. Memilih berus gigi dengan kepala besar tetapi tidak selesa akan membuatkan ia sukar bagi anda untuk meletakkan berus gigi tersebut ke kawasan yang sukar untuk dicapai.

    Sila ambil perhatian terhadap tip yang disebut di atas agar anda dapat memilih berus gigi yang sesuai dengan anda dan keluarga. Jika terdapat sebarang persoalan atau kebimbangan mengenai berus gigi, jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor gigi bagi mendapatkan maklumat lanjut, nasihat dan bimbingan.

     

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan