Tidak cukup di bibir atau gusi, masalah yang popular dengan nama ‘mata ikan’ ini muncul pula di lidah. Ya, kondisi ini memang rasa sakit dan tidak selesa! Persoalannya, apa ubat ulser lidah paling mujarab yang anda boleh gunakan tidak kira moden atau tradisional?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.
Apa maksud, punca dan kesan ulser lidah?
Untuk pengetahuan anda semua, ulser adalah kondisi munculnya tompok atau bintik berbentuk bulat dan berwarna putih di atas permukaan organ akibat kesan luka terbuka yang tidak dirawat.
Kondisi ini boleh terjadi di mana-mana anggota badan termasuk kulit, perut, usus dan banyak lagi tetapi mungkin lebih sering berlaku pada bahagian oral terutama bibir, gusi dan lidah anda.
Terdapat beberapa penyebab ulser lidah, berikut adalah antara yang utama:
- Kecederaan lidah yang tidak dirawat
- Infeksi kuman
- Produk mulut
- Individu kurang minum air kosong
- Gejala penyakit sistem imunisasi
- Simptom penyakit jangkitan kelamin
- Kanser lidah
Kebiasaannya, masalah ini mungkin datang dan pergi dengan sendiri walaupun tanpa sebarang ubatan atau rawatan tetapi wujud juga risiko kemunculan ulser itu adalah petanda penyakit kronik seperti kanser!
Sekiranya anda yakin ia hanya mata ikan yang biasa, anda boleh cuba merawatnya di rumah sahaja dengan penggunaan ubat ulser lidah di farmasi atau bahan-bahan tradisional dari dapur.
Cara hilangkan ulser di lidah moden @ tradisional!
Kondisi ini bukan sahaja boleh menyebabkan kesakitan bahkan kesukaran untuk menelan air liur, makanan dan minuman.
Jadi, adalah penting untuk anda merawat sebelum ia lebih melarat.
Tidak perlu pening kepala lagi, berikut beberapa ubat ulser yang kalian boleh cuba di rumah:
#1. Ubat ulser lidah versi moden
Pertama, anda mesti cuba ubat topikal dalam bentuk krim atau gel yang boleh ditemui di farmasi, klinik atau pasar raya.
Cara untuk menggunakan ubat ini juga cukup mudah yakni disapukan dan dibiarkan seketika, ulang beberapa kali sehari sehingga ulser mula hilang.
#2. Ubat ulser lidah versi tradisional
Sebagai alternatif, anda juga boleh cuba ubat sapu dalam bentuk serbuk yang amat popular dalam kalangan masyarakat Cina sejak zaman dahulu lagi.
Menggunakan serbuk yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti buah tembikai, ia boleh membantu merawat kondisi ulser.
#3. Kumur mulut dengan air garam
Merupakan cara yang paling menakutkan dan menyeksakan, ramai percaya jika kumur air garam boleh membantu merawat mata ikan.
Hakikatnya, cara popular ini mungkin benar boleh menjadi antara ubat ulser lidah.
Ini kerana garam itu sendiri memiliki sifat antiseptik yang membuat saiz ulser menjadi lebih kecil atau terus menutup kesan luka.
Namun, kaedah ini sudah pasti akan memedihkan mulut anda.
Cara hilangkan ulser lidah #4. Madu
Madu memang terkenal sebagai ubat tradisional terutama jika ia melibatkan masalah kulit.
Kalian boleh cuba menyapukan ia di ulser lidah kerana ia mempunyai sifat antioksidan yang tinggi.
Apa yang mungkin menarik, ia sedap untuk ditelan dan dimakan selain tidak membawa rasa pedih.
Cara hilangkan ulser lidah #5. Mentega
Mentega juga bagus dijadikan sebagai alternatif untuk membantu merawat mata ikan dengan cara yang sama seperti garam di mana ia boleh menyebabkan kebas pada ulser sekali gus mengurangkan rasa sakit.
Namun, adalah lebih baik untuk anda memanaskan mentega terlebih dahulu bagi memaksimumkan hasilnya.
#6. Soda penaik juga boleh membantu?
Selain mengambil makanan untuk ulser lidah di atas, ada juga bahan dapur yang mungkin boleh membantu!
Bahan yang penting untuk memasak atau membakar kek ini dipercayai mampu menyeimbangkan tahap keasidan dan mengurangkan masalah keradangan sekali gus boleh menyembuhkan kondisi mata ikan atau ulser pada lidah dan tempat lain di bahagian oral.
#7. Minum lebih banyak air kosong
Sudah terang lagi bersuluh, masalah ulser akan lebih mudah terjadi jika mulut anda terlalu kering atau dehidrasi. Jadi, ubat ulser yang paling utama tentu sahaja minum banyak air kosong.
Tip
Konklusinya, anda boleh cuba pelbagai ubat ulser lidah sama ada moden atau tradisional dalam usaha untuk mencuba merawat masalah ulser di lidah atau bahagian oral yang lain.
Apa yang penting, pastikan anda dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu ya?
[embed-health-tool-bmi]