backup og meta

Masalah Perbelanjaan? Ini Tip Berguna Buat Single Parents

Masalah Perbelanjaan? Ini Tip Berguna Buat Single Parents

Jika masih berdua, soal perbelanjaan sudah tentu menjadi perkara yang boleh ditanggung bersama. Namun, setelah berpisah segalanya harus dipikul sendiri. Jadi bagaimana untuk mengatasi isu kewangan yang muncul bagi ibu bapa tunggal?

Jangan risau, Hello Doktor ada jawapannya.

Tip kendalikan isu kewangan 

Sebagai ibu bapa tunggal, soal kewangan merupakan antara perkara yang boleh mendatangkan kerungsingan. Apatah lagi apabila terlalu banyak perkara yang menjadi tanggungan. 

Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk membantu anda merancang kewangan dengan lebih baik.

  1. Bajet keluarga

Tidak dinafikan, ia adalah sesuatu yang sukar untuk mengikut bajet yang dirancang. Namun, sekurang-kurangnya, dengan adanya perancangan yang boleh dilihat, ia boleh dijadikan panduan walaupun anda tidak mengikut seperti apa yang direncanakan 100%.

Lakukan secara manual. Tulis jumlah bajet bagi setiap perkara seperti belian barangan runcit, hutang dan bayaran bil dan pastikan ada juga bajet untuk simpanan. Ia adalah penting untuk kegunaan di waktu kecemasan.

soal perbelanjaan

  1. Insurans

Persediaan itu penting kerana kita tidak boleh menduga apa yang bakal berlaku. Jadi mengambil insurans adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh.

Penulis akui, bayaran bulanan yang dikenakan adakalanya membuatkan kita berasa terbeban. Terutamanya ketika kita masih mampu untuk bekerja. 

Namun, di saat-saat kecemasan, seperti mendapat kemalangan atau cacat kekal yang tidak memungkinkan anda untuk melakukan sebarang pekerjaan, bagaimana dengan nasib anak-anak yang berada di bawah jagaan anda? 

  1. Simpanan

Masih belum terlambat untuk anda menyimpan. Ia adalah sedikit berbeza dengan menabung di mana anda boleh menabung sedikit demi sedikit.

Sebaliknya, adalah aspek simpanan ini, anda ‘meletakkan’ sejumlah wang yang hanya boleh digunakan di saat kecemasan, seperti ketika kereta rosak.

Anda boleh lakukan pelbagai cara untuk memperolehi simpanan ini. Sebagai contoh, jika terdapat barang milik anda yang tidak digunakan lagi, jualkannya dan simpan wang hasil jualan tersebut. Ia sukar, tetapi ia adalah perkara yang berbaloi untuk dilakukan.

ibu bapa tunggal

  1. Kad kredit

Ada yang mengatakan adalah penting untuk mempunyai kad kredit terutama ketika waktu kecemasan.

Tetapi percayalah, kad kredit adalah ‘berhantu’. Ia boleh menyebabkan anda menjadi ketagih untuk menggunakannya. Akhirnya tidak mustahil ia akan mendatangkan bebanan hutang kepada anda.

Jadi perkara yang terbaik, elakkan dari mempunyai sebarang kad kredit jika anda adalah individu yang sukar mengawal perbelajaan. Sudah terlalu banyak contoh individu di luar sana yang menjadi bankrap kerana penggunaan kad kredit. 

Melainkan anda benar-benar yakin anda mampu menahan diri daripada menggunakannya untuk suka-suka, terpulanglah kepada anda. 

Berpada-pada 

Ada masanya anda mungkin ingin membawa anak-anak berjalan-jalan, belanja makan di luar atau membeli barang yang diingini oleh anak-anak. Tiada salahnya.

Namun, sebaiknya pastikan ia masih di dalam bajet agar tidak menjadi bebanan dalam isu kewangan kepada diri anda sendiri.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.singleparents.org.uk/dealing-with-your-finances-when-becoming-a-single-parent

https://www.letsmakeaplan.org/blog/view/lets-make-a-plan-blogs/financial-tips-for-single-mothers

http://www.genisyscu.org/parentcorner/financial-tips-for-single-parents

Versi Terbaru

14/08/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Derita Dalam Diam, Ini Tanda-Tanda Wanita Sedang Mengalami Kemurungan

Atasi Tekanan Sebagai Ibu Bapa Tunggal


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/08/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan