backup og meta

Ini Manfaat Kesihatan Jika Jaga Silaturahim, Antaranya Panjang Umur!

Ini Manfaat Kesihatan Jika Jaga Silaturahim, Antaranya Panjang Umur!

Manusia secara lumrahnya mempunyai keperluan untuk membina pertalian, dan hubungan sihat mampu beri manfaat terhadap kesihatan mental serta fizikal yang lebih baik.

Sebagai manusia, hubungan yang terjalin sama ada dengan pasangan, keluarga atau rakan adalah sangat penting dan ternyata mampu memberi impak kepada kesejahteraan mental, emosi bahkan kelangsungan hidup.

Hubungan positif boleh dikongsi antara 2 orang atau lebih yang saling menyayangi, menyokong, menggalakkan dan membantu antara satu sama lain secara praktikal serta emosi.

Manfaat yang diperoleh daripada hubungan sihat adalah seperti:

  • Saling mendengar
  • Mendengar tanpa terus jatuh hukum
  • Percaya dan hormat antara satu sama lain
  • Sentiasa cari masa bersama
  • Ingat butiran tentang kehidupan masing-masing
  • Terlibat dalam aktiviti sihat bersama

Apa yang menjadikan hubungan sosial menjadi sihat?

Para saintis sedang menyiasat faktor biologi dan tingkah laku yang menyumbang kepada manfaat kesihatan ketika berhubungan dengan orang lain.

Contohnya, mereka mendapati ia bantu menghilangkan tahap tekanan berbahaya, yang berisiko mempengaruhi arteri koronari, fungsi usus, regulasi insulin, dan sistem imun tubuh.

Satu lagi penyelidikan menunjukkan bahawa tingkah laku penyayang dapat mencetuskan pembebasan hormon pengurangan tekanan!

Semua ini adalah berita menggembirakan kerana penglibatan dalam hubungan sihat dengan individu lain mungkin merupakan salah satu strategi kesihatan yang paling mudah diakses.

Ia murah, tidak memerlukan peralatan atau ubatan khas, malah kita dapat memanfaatkannya dengan pelbagai cara!

Terdapat pelbagai kajian tentang manfaat hubungan yang sihat dalam memberi kesan positif kepada kesihatan kita, antaranya:

#1 Gaya hidup yang sihat

senaman

Hubungan yang sihat menetapkan gaya hidup yang lebih baik secara keseluruhannya.

Sekiranya pasangan, kawan atau orang tersayang menggalakkan pengambilan makanan yang sihat, bersenam, tidak merokok, dan lain-lain, anda juga cenderung untuk mengikuti jejak mereka.

Maka, mengamalkan gaya hidup sihat menjadi lebih mudah apabila anda dikelilingi oleh individu yang amalkan perkara sama!

#2 Kurangkan tekanan

Menjadi komited dalam hubungan dikaitkan dengan kekurangan pengeluaran kortisol, turut dikenali sebagai hormon stres.

Ini menunjukkan bahawa orang yang telah  berkahwin atau berpasangan adalah kurang terkesan dengan tekanan psikologi, sosial dan emosi.

Terdapat juga bukti mengatakan pasangan yang tinggal bersama ternyata lebih bahagia berbanding mereka yang sebaliknya.

#3 Meningkatkan jangka hayat

Penyelidikan menunjukkan, kewujudan hubungan sosial yang sihat memberikan impak yang lebih besar seperti mengelakkan kematian awal akibat mengambil ubat tekanan darah atau terdedah kepada pencemaran udara.

Kajian turut menunjukkan hubungan yang jelas antara hubungan sosial yang kuat dan umur panjang.

Satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Epidemiology menilai hubungan hampir 5,000 orang dewasa berusia 30 sehingga 69 tahun.

Mereka yang mempunyai ikatan perkahwinan yang kuat dan bahagia ternyata hidup lebih lama berbanding golongan bujang.

Malangnya, dalam kajian yang sama, orang dewasa dengan hubungan sosial yang lemah mempunyai risiko kematian 2 kali ganda!

[embed-health-tool-bmi]

#4 Proses penyembuhan yang lebih baik

Ini seperti sama ada seseorang mengingatkan anda untuk mengambil ubat atau anda mempunyai rakan untuk membantu mengalihkan perhatian daripada kesakitan.

Kajian menunjukkan, individu sudah berkahwin yang menjalani pembedahan jantung adalah 3 kali lebih cenderung untuk bertahan pada 3 bulan pertama selepas pembedahan berbanding pesakit bujang.

Pesakit yang sudah berkahwin juga dilaporkan berasa lebih yakin tentang kemampuan mereka untuk mengendalikan kesakitan pasca-pembedahan dan berasa kurang bimbang tentang pembedahan secara umum.

Ternyata, sokongan emosi yang ditunjukkan walaupun sedikit, memberi impak yang besar dalam membantu proses pemulihan seseorang daripada sebarang pembedahan mahupun penyakit.

#5 Paru-paru yang sihat

Menikah dikatakan boleh bantu melindungi anda daripada komplikasi dan kematian akibat radang paru-paru.

Berbanding dengan gologan bujang, mereka yang sudah berkahwin cenderung tidak memerlukan sokongan ventilator melalui mesin pernafasan, masa tinggal di hospital yang lebih pendek dan mempunyai risiko kematian 13% lebih rendah semasa dimasukkan ke hospital kerana radang paru-paru.

#6 Jantung yang sihat

pasangan

Bersesuaian dengan simbol cinta iaitu bentuk hati (jantung), orang yang sudah berkahwin hanya terdedah dengan separuh risiko kematian akibat penyakit jantung berbanding golongan bujang atau bercerai.

Menurut Dr. Baran Kilical, pakar kardiologi di Anne Arundel Medical Center, bercinta mengurangkan tindak balas tekanan, yang secara tidak langsung boleh menurunkan tekanan darah.

Kajian turut menunjukkan ikatan cinta, perkahwinan dan hubungan sosial yang kuat memberi kesan positif terhadap tekanan darah, manakala pemencilan diri atau dikelilingi orang asing menghasilkan impak negatif, termasuklah kepada degupan jantung.

Menurut kajian tahun 2015 pula, golongan sudah berkahwin mempunyai risiko kematian 14% lebih rendah di hospital setelah serangan jantung.

Bukan itu sahaja, tempoh masa mereka duduk di hospital juga lebih pendek dengan purata 2 hari.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.nm.org/healthbeat/healthy-tips/5-benefits-of-healthy-relationships
  2. https://living.aahs.org/heart-vascular/love-relationships-and-health-the-surprising-benefits-of-being-in-love/
  3. https://www.health.harvard.edu/newsletter_article/the-health-benefits-of-strong-relationships
  4. https://acendahealth.org/4-benefits-of-healthy-relationships/

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Tak Merokok Tapi Mengapa Bibir Gelap? Ini Punca Bibir Jadi Hitam

Nak Lawan Penyakit Kulit Psoriasis, Mudah Sahaja! Kuatkan Sistem Imun Badan Anda


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan