backup og meta

Hati-Hati, Anda Mungkin Alami Depresi Dalam Diam Jika SELALU Sebut 9 Perkataan Ini

Hati-Hati, Anda Mungkin Alami Depresi Dalam Diam Jika SELALU Sebut 9 Perkataan Ini

Semua orang sering berasa tertekan, tetapi kemurungan adalah penyakit serius yang melibatkan seseorang berasa rendah diri atau kosong sepanjang masa, tahap tenaga yang menurun, hilang minat dalam aktiviti atau hobi, sukar tidur, hilang selera makanan, bahkan boleh mendorong seseorang untuk melakukan perkara yang berbahaya terhadap diri sendiri termasuk bunuh diri.

Berdasarkan laporan terkini daripada World Economic Forum, dianggarkan 275 juta orang mengalami gangguan kegelisahan.

Jumlah ini merangkumi 4% populasi global dengan penyebarannya sebanyak 2.5% dan 6.5% penduduk setiap negara. Sekitar 62% atau 170 juta daripada mereka yang mengalani kegelisahan adalah perempuan berbanding dengan 105 juta pesakit lelaki.

Bagaimana mengesan depresi melalui pertuturan?

Menurut msn, satu kajian yang diterbitkan oleh Clinical Psychological Science telah mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya salah satu cara anda boleh mengesan kemurungan pada orang kesayangan anda adalah dengan memerhatikan jenis perkataan yang mereka gunakan.

Para penyelidik menjalankan analisis teks 63 forum internet yang melibatkan lebih daripada 6,4000 ahli dan mendapati bahawa orang yang mengalami kemurungan cenderung bercakap secara mutlak, sering menggunakan kata-kata seperti “tiada apa-apa (nothing),’ “tidak pernah (never),’ “semua orang (everyone),’ dan “segala-galanya (everything). ‘

Manakala, penemuan lain pula menunjukkan bahawa mereka yang mengalami kemurungan cenderung menggunakan banyak perkataan dan kata-kata negatif seperti “kesepian (lonely),’ “sedih (sad),’ atau “sengsara (miserable),’ yang mana ini tidak mengejutkan.

Apa yang lebih menarik adalah bahawa mereka yang mengalami kemurungan cenderung menggunakan kata ganti tunggal yang pertama, seperti “saya (I atau me),’ dan “diri saya (myself)“, yang mungkin mencerminkan perasaan mereka.

Menurut calon PhD dalam Psikologi di Universiti of Reading,UK, Mohammed Al-Mosaiwi, corak penggunaan kata ganti diri ini menunjukkan mereka yang mengalami kemurungan lebih tertumpu kepada diri mereka sendiri, dan kurang berkait dengan orang lain.

Selain itu, penyelidik juga melaporkan bahawa kata ganti ini sebenarnya lebih dipercayai dalam mengenal pasti kemurungan daripada kata-kata emosi yang negatif.

Tambah Al-Mosaiwi, adalah mungkin untuk menggunakan bahasa yang berkaitan dengan kemurungan tanpa benar-benar tertekan.

Tetapi ia adalah perkara yang baik untuk diperhatikan dan menjadi perbincangan yang lebih luas.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

This is the world’s biggest mental health problem – and you might not have heard of it https://www.weforum.org/agenda/2019/01/this-is-the-worlds-biggest-mental-health-problem/ Accessed on Feb 25, 2019.

People Who Use These Words May Suffer From Depression https://www.msn.com/en-my/health/health-news/people-who-use-these-words-may-suffer-from-depression/ar-BBTVlji?srcref=rss Accessed on Feb 25, 2019.

Davos Report Says the World Is Suffering from Poor Mental Health https://bestlifeonline.com/davos-poor-mental-health/?utm_source=msn&utm_medium=feed&utm_campaign=msn-feed Accessed on Feb 25, 2019.

Versi Terbaru

14/10/2020

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Kemelut Kanye Dan Kim K, Tanda Orang Bipolar Tak Boleh Kahwin? Ini Pendapat Ahli Psikologi

Ingin Tahu Tahap Stres Dan Anxiety Anda? Lakukan Ujian DASS, Buat Online Lebih Cepat Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 14/10/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan