backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

5 Mitos Biasa Dengar Tentang Ubat Anxiety, Boleh Percaya Ke?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/05/2024

5 Mitos Biasa Dengar Tentang Ubat Anxiety, Boleh Percaya Ke?

Tahukah anda, ada ubat yang boleh membantu merawat atau mengawal simptom kegelisahan (anxiety)? Walau bagaimanapun, ubat anxiety di farmasi ini hanya boleh didapati dengan surat doktor sahaja.

Namun, ada juga yang kata bahawa ubat ini perlu dimakan setiap hari. Ada juga yang sebut ia boleh mengubah personaliti anda. Benarkah begitu?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, anda boleh klik di sini.

Bila anxiety biasa berlaku dan berapa lama tempohnya?

ubat anxiety di farmasi
Kegelisahan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Bila anxiety menyerang? Berapa lama tempoh anxiety? Adakah ubat untuk anxiety?

Kegelisahan atau anxiety adalah antara masalah kesihatan mental yang tidak boleh diabaikan sama sekali. Kegelisahan adalah tindak balas semula jadi tubuh terhadap tekanan, dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa kepada sesiapa sahaja.

Kegelisahan boleh berlaku dalam jangka pendek, dan ia biasanya dipicu oleh peristiwa atau situasi tertentu seperti sebelum ujian, temu duga kerja, atau dalam situasi tekanan tinggi.

Namun, bagi sesetengah orang, kegelisahan boleh menjadi kronik dan berlangsung selama beberapa minggu, bulan, atau bahkan lebih lama lagi.

Ini lebih dikenali sebagai gangguan kegelisahan. Gangguan ini termasuk gangguan kegelisahan umum, gangguan panik, fobia sosial, dan lain-lain lagi. 

Adakah ubat untuk anxiety?

Ada yang bertanya, adakah ubat untuk anxiety?

Ya, terdapat ubat yang boleh digunakan untuk mengurangkan atau mengurus simptom kegelisahan.

Ubat-ubatan ini biasanya terdiri daripada:

  • antidepresan
  • benzodiazepin

Dan, ada juga ubat-ubatan anti-kegelisahan khusus lain yang direka untuk mengurangkan simptom-simptom gangguan kegelisahan.

Penggunaan ubat-ubatan ini adalah di bawah pengawasan doktor, kerana doktor akan menilai keadaan individu dan menentukan jenis ubat serta dos yang paling sesuai.

5 mitos tentang ubat anxiety di farmasi

ubat anxiety di farmasi
Ubat kegelisahan berfungsi mengawal simptom anda.

Meskipun terdapat pelbagai jenis ubat anxiety yang boleh membantu merawat dan menguruskan simptom, terdapat dakwaan-dakwaan tertentu berkenaan pengambilan ubat anxiety.

Lihat antara mitos-mitos tersebut di bawah ini:

#1. “Ubat anxiety di farmasi buat anda ketagih.”

Walaupun benar bahawa sesetengah ubat seperti benzodiazepin boleh menyebabkan ketagihan jika digunakan dalam jangka masa yang panjang dan tidak dikawal, namun banyak ubat kegelisahan yang selamat apabila digunakan mengikut arahan doktor.

Antidepresan yang juga digunakan untuk merawat kegelisahan, secara umumnya tidak menyebabkan ketagihan.

#2. “Ubat kegelisahan mengubah personaliti anda.”

Ubat kegelisahan direka untuk membantu mengurangkan gejala kegelisahan, bukan untuk mengubah personaliti anda.

Ramai pesakit merasakan bahawa mereka menjadi ‘diri mereka sendiri’ setelah simptom kegelisahan mereka terkawal menerusi pengambilan ubat anxiety di farmasi. 

#3. “Saya boleh berhenti mengambil ubat kegelisahan bila-bila masa saya mahu.”

Berhenti mengambil ubat secara tiba-tiba boleh menyebabkan gejala penarikan dan boleh membuat keadaan menjadi lebih teruk.

Sangat penting untuk sentiasa berbincang dengan doktor sebelum mengubah dos atau berhenti mengambil ubat.

#4. “Ubat anxiety di farmasi adalah penyelesaian segera untuk masalah kegelisahan.”

Ubat-ubatan mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk menunjukkan kesan penuhnya.

Penggunaannya pula akan lebih berkesan apabila digabungkan dengan terapi psikologi, seperti terapi tingkah laku kognitif.

#5. “Jika saya mula mengambil ubat kegelisahan, saya mesti mengambilnya seumur hidup.”

Banyak individu menggunakan ubat kegelisahan untuk tempoh yang singkat, iaitu sepanjang mereka menjalani terapi dan mengembangkan strategi pengurusan stres yang berkesan.

Keputusan untuk berhenti mengambil ubat boleh dibuat bersama doktor, bergantung pada kemajuan diri individu tersebut.

Kesimpulan

Memahami realiti sebenar mengenai ubat kegelisahan adalah penting untuk mengurus kegelisahan dengan berkesan.

ubat anxiety di farmasi
Tip ketika berhadapan kegelisahan.

Dengan menolak mitos dan mendapatkan informasi yang betul, individu yang mengalami kegelisahan boleh membuat keputusan yang lebih baik mengenai pilihan rawatan mereka.

Perhatian!

Jangan biarkan salah faham menghalang anda atau orang yang anda sayangi daripada mendapatkan bantuan yang diperlukan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan