brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Mengintai Orang Bukan Punca Ketumbit Naik, Ini Sebab Sebenar Ia Muncul Di Mata!

Alasan klasik punca ketumbit mata adalah kerana mengintai orang mandi. Namun, benarkah dakwaan ini? Sebenarnya ketumbit kelopak mata bukanlah disebabkan perbuatan seseorang mengintai orang mandi atau sebagainya. Ia berpunca daripada keadaan perubatan kecil yang anda mungkin tidak pernah tahu. Ini punca yang menyebabkan ia berlaku serta cara merawat ketumbit mata. 

Mengintai Orang Bukan Punca Ketumbit Naik, Ini Sebab Sebenar Ia Muncul Di Mata!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

Apa sebenarnya ketumbit pada mata?

punca ketumbit mata
Contoh ketumbit pada mata.

Ketumbit mata adalah salah satu masalah mata yang kerap berlaku dan ia boleh menjadi gangguan yang menyakitkan.

Walau bagaimanapun, dengan memahami apakah ia, punca-puncanya, bagaimana ia boleh dirawat, dan cara-cara untuk mencegahnya, kita boleh mengurangkan risiko berhadapan dengan masalah ini.

Ketumbit mata adalah bengkak kecil yang timbul pada kelopak mata.

Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria staphylococcus pada folikel bulu mata atau kelenjar minyak yang tersumbat.

Bengkak ini biasanya berwarna merah dan sensitif kepada sentuhan.

Walaupun ketumbit boleh menyebabkan rasa tidak selesa, namun kebiasaannya ia tidak mengganggu penglihatan dan akan sembuh dengan sendirinya dalam masa beberapa hari.

Punca ketumbit mata

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan ketumbit mata. Salah satu punca ketumbit mata yang paling kerap terjadi adalah kerana jangkitan bakteria staphylococcus.

Bakteria ini biasanya hidup di kulit tanpa menyebabkan masalah.

Akan tetapi, jika ia memasuki kelenjar minyak di kelopak mata, ia boleh menyebabkan jangkitan dan juga bengkak.

Selain itu, antara faktor lain yang boleh menyebabkan ketumbit termasuklah penggunaan produk mata yang telah tamat tempoh atau tidak membersihkan produk mata dengan betul.

Ada juga sesetengah individu yang mengalami ketumbit mata disebabkan oleh komplikasi penyakit seperti diabetes.

Penyakit kronik seperti diabetes boleh menjejaskan sistem imun dan membuat anda lebih rentan kepada jangkitan.

Jadi, tidak mustahil jika anda kerap mengalami ketumbit jika menghidap penyakit kronik lain. 

Cara merawat ketumbit mata

punca ketumbit mata
Ketumbit bernanah.

Untuk mengubati ketumbit kelopak mata, beberapa kaedah atau remedi di rumah boleh diaplikasikan.

Antaranya, anda boleh menggunakan kompres hangat pada mata selama 10 hingga 15 minit, dan lakukannya sebanyak tiga atau empat kali sehari.

Ia boleh membantu mengurangkan bengkak dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Selain itu, jangan mencubit atau memicit ketumbit kerana ini boleh menyebabkan jangkitan merebak.

Anda juga boleh menggunakan ubat titisan mata yang dijual di farmasi untuk membantu mengurangkan sakit dan bengkak.

Jika ketumbit tidak sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu, atau jika ia menjadi semakin besar dan menyakitkan, anda perlu mendapatkan rawatan segera daripada doktor.

Cara cegah ketumbit daripada berlaku

Apabila anda telah tahu punca ketumbit mata yang sebenar, maka penting untuk anda mencegahnya sehabis baik.

Untuk mengelakkan kejadian ketumbit mata, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan mata.

Biasakan amalan mencuci tangan sebelum menyentuh mata dan elakkan daripada menyentuh mata dengan tangan yang kotor.

Jangan sesekali berkongsi produk mata seperti:

dengan orang lain.

Pastikan juga untuk membersihkan dan menggantikan produk ini secara berkala.

Jika anda memakai kanta lekap, pastikan anda mencuci dan menyimpannya dengan betul setiap kali selepas menggunakannya. 

Kesimpulan

Kini anda telah tahu apakah punca ketumbit mata yang sebenar.

Walaupun ketumbit kelopak mata boleh menyebabkan ketidakselesaan, namun dengan pengetahuan yang betul, ia boleh dicegah dan dirawat dengan berkesan.

punca ketumbit mata
Beza jenis sakit mata.

Peringatan!

Jika anda mengalami ketumbit mata berulang atau dalam tempoh yang lama, dapatkan nasihat perubatan secepat mungkin.

Ingin hidup bebas ketumbit? Selalulah menjaga kebersihan mata dan pastikan untuk mendapatkan rawatan yang betul jika perlu.

Dengan itu, anda boleh mengekang kejadian ketumbit mata dengan berkesan.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 minggu lalu